Saya teruja melihat ladang anggur di Sik, Kedah. Tak sangka anggur boleh ditanam di Malaysia walaupun cuaca di Malaysia agak panas. Dengan menggunakan teknologi terkini serta pengurusan yang teliti, pokok anggur dapat mengeluarkan buah yang manis dan berkualiti. Jabatan Pertanian Perlis merupakan perintis penanaman anggur di Malaysia. Tidak hairanlah kebanyakkan orang Perlis dan Kedah menanam anggur di sebelah rumah mereka dan secara tidak langsung menambah pendapatan keluarga hasil dari jualan buah anggur. Antara varieti Anggur adalah seperti New White Malaga, Green Perliet, Black Opal ,I.A.C, Kyoho dan Isabela. Saya ada membawa balik batang pokok anggur untuk ditanam, tetapi tangan panas sangat, pokok anggur tak boleh hidup atau mungkin tanah di Johor tidak sesuai untuk penanaman anggur. Kepada yang berminat untuk melihat sendiri ladang anggur, bolehlah berkunjung ke Ladang Anggur Tasik Beris, Sik, Kedah.
Azah, tahniah kerana at last Kak Oha dapat tengok anggur yang best tu. Semasa di France nampak juga pokok anggur, tapi pokoknya rendah aje dan berpaut di batang kayu yang lurus. Mungkin dia belum cukup tinggi untuk di buat para kot, tak sure..
ReplyDeleteUntuk pengetahuan, Dr Norazah ke Perlis untuk mengambil sampel untuk research beliau. Kalau ke Perlis pada bulan April, kita boleh menikmati Mangga Perlis (sudah lupa namanya) yang sangat manis tu. Mangga ni memang special dan masak sekali setahun iaitu pada bulan April.
ReplyDeletenice article (free email at http://www.free-emaillist.blogspot.com)
ReplyDelete(joint us at http://www.coverjok.com)
(http://www.rokanshop.com, http://www.stik-drum.blogspot.com)