Showing posts with label kembara. Show all posts
Showing posts with label kembara. Show all posts

Tuesday, July 6, 2010

Lighten up your mind



Dr. Bakri's effort to update us on the essence of Balance Score Card in his previous post does help us a bit in today's workshop. However, there were still some murmurs heard such as..hei what is CPA?, SIP? even more torturing, the coming of the new term means the repeat of the CRR etc..haha...feeling like you want to have an early retirement? Not once but many times I supposed. What more when Puan Hanim started to present her voluminous amount of carefully thought out formula for making her life easier, it really did scare us even more!!!sorry Hanim. Just joking..you have helped us a lot last semester in trying so much to make us understand what it was all about..I mean the CRR and the lot. I suppose we couldn't complaint much, in fact I think it is going to be more interesting by each semester. And don't be surprised, Puan Khaida said she is fully equipped to face the new semester! Semuanya berbekalkan Puan Hanim's hard work. We must salute Puan Hanim for her endless passion for teaching and learning and of course the others too who are directly or indirectly involved and in trying your very best to mould and influence us all. I think we all had a fruitful day today and thanks to the Faculty for sponsoring the food.
My purpose of writing is to lighten up your mind a little bit (I hope!) with some floral pictures taken during my recent trip to a Floral Park in Orleans, France...imagine they are sweet smelling too, especially the white one. Sorry that the pictures come first before the writings. Have a good day tomorrow inshaAllah...

"If you know where you are going, the world will side step for you"

Wednesday, June 30, 2010

Anggur di Malaysia

Saya teruja melihat ladang anggur di Sik, Kedah. Tak sangka anggur boleh ditanam di Malaysia walaupun cuaca di Malaysia agak panas. Dengan menggunakan teknologi terkini serta pengurusan yang teliti, pokok anggur dapat mengeluarkan buah yang manis dan berkualiti. Jabatan Pertanian Perlis merupakan perintis penanaman anggur di Malaysia. Tidak hairanlah kebanyakkan orang Perlis dan Kedah menanam anggur di sebelah rumah mereka dan secara tidak langsung menambah pendapatan keluarga hasil dari jualan buah anggur. Antara varieti Anggur adalah seperti New White Malaga, Green Perliet, Black Opal ,I.A.C, Kyoho dan Isabela. Saya ada membawa balik batang pokok anggur untuk ditanam, tetapi tangan panas sangat, pokok anggur tak boleh hidup atau mungkin tanah di Johor tidak sesuai untuk penanaman anggur. Kepada yang berminat untuk melihat sendiri ladang anggur, bolehlah berkunjung ke Ladang Anggur Tasik Beris, Sik, Kedah.

Sunday, June 13, 2010

BERITA PENUH XPDC ANGSI 2010


Oleh Mohamad Saufi Rosmi
Graduan SSA 2010

Pada 29-30 Mei 2010, pensyarah dan staf dari Jabatan Kimia, Fakulti Sains telah menganjurkan ekspedisi mendaki Gunung Angsi yang terletak di Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Ekspedisi ini diadakan bertujuan bagi mengeratkan hubungan antara pensyarah,staf dan pelajar Jabatan Kimia. Bas bertolak daripada UTM ke Hutan Lipur Ulu Bendul, Negeri Sembilan tepat jam 3 petang. Perjalanan yang mengambil masa 4 jam itu tiba ke penghujungnya apabila pemandangan indah dan damai Hutan Lipur Ulu Bendul terbentang di depan mata. Setelah siap memasang khemah, semua peserta dihidangkan dengan makan malam yang disediakan oleh Chef Jabatan Kimia setelah itu peserta mengambil peluang menghirup udara segar hutan lipur itu. Kicauan burung dan deruan air menenangkan perasaan kami. Sebelah malamnya, semua peserta perkhemahan berkenalan melalui sesi ‘ice-breaking’ yang dikendalikan oleh PM. Dr. Razali Ismail. Selepas itu, peserta perkhemahan masuk ke khemah untuk tidur. Semua pendaki menyimpan tekad dan azam untuk menawan puncak Angsi keesokan harinya.

Selepas menunaikan solat subuh berjemaah, sang mentari mula menampakkan sinarnya. Semua peserta perkhemahan sibuk mempersiapkan bekalan untuk dibawa naik ke atas gunung. Selepas sesi senaman ringan dan bacaan doa yang diketuai oleh pengarah program, PM Dr Razali Ismail, kami melangkah dengan semangat membara. Perjalanan pada mulanya nampak mudah. Pada mulanya, perjalanan kami didahului oleh Hakim dan Hazim yang bersemangat untuk menjadi orang terawal sampai ke puncak. Sepanjang perjalanan, kami dihiburkan dengan nyanyian unggas dan kicauan burung. Sambil berbual dan bergelak ketawa, kami meneruskan perjalanan sehingga ke aras pertama di Tangga Batu. Selepas bergambar dan berehat seketika, perjalanan diteruskan dengan trek perjalanan yang lebih mencabar.

Ukhwah dan kasih sayang sesama sahabat dan keluarga tergambar jelas mewarnai sepanjang perjalanan kami. Ada peserta yang terseliuh di kaki. Namun, dengan sedikit rawatan, perjalanan tetap diteruskan. Trek pendakian sangat mencabar dan curam. Di sesetengah kawasan, kami terpaksa memanjat menggunakan tali kerana tiada laluan lain. Dalam hati kami terdetik, mampukah kami sampai ke sana?? Namun, dengan sokongan dan semangat yang ditunjukkan oleh semua peserta pendakian, pendakian diteruskan sehinggalah peserta pertama di puncak yang berketinggian 825m pada pukul 11.45 pagi. Firdaus, pelajar tingkatan empat merupakan peserta pertama yang sampai ke sana dan diikuti oleh Hazim, anak Dr Zaiton. Tepat pukul 12.45 tengah hari, semua peserta selamat tiba ke puncak dengan jayanya. Kegembiraan jelas terpancar di wajah masing-masing. Antara pensyarah yang berjaya mendaki sehingga ke puncak ialah Dr Che Rozid, Dr Zainab, Pn Khaidawati, Dr Razali, Dr Nor Aziah dan En Ali. Selepas berehat dan menikmati pemandangan dari puncak, kami mula bertolak pulang. Perjalanan menuruni cerun masih mencabar. Ramai yang sudah merasa kekejangan otot, namun berkat kesabaran dan semangat, akhirnya semua peserta selamat tiba ke tapak perkhemahan..Hehehe.

Pada sebelah malamnya, diadakan barbeque. Sedap sangat! Terima kasih kepada ajk2 makanan yang telah menyediakan menu ini, Pn Norsiah, Kak Dzana dan Dr Jafariah. Selepas itu kami mengadakan sedikit post-mortem yang di kendalikan oleh Dr Razali. Antara konklusi yang dapat diambil daripada post-mortem ini ialah semangat tolong menolong dan bantu membantu adalah sangat penting dalam aktiviti pendakian. Betul lah kata Muqarrabin, pendaki Everest pertama dari Malaysia, jika kita hendak mengenal sahabat kita, ajaklah dia mendaki gunung.

Keesokan harinya, selepas bersarapan pagi, kami mula mengemas kawasan perkhemahan. Setelah selesai, kami bertolak pulang ke Johor. Dalam hati kami berkata, “Selamat Tinggal Ulu Bendul, Selamat Tinggal Gunung Angsi”. Segala memori pahit dan manis di sini akan kami simpan sebagai kenangan terindah dalam hidup ini.
Sekian.



Catatan oleh Success Hunter, ASR

Thursday, June 10, 2010

Budapest Part 2

Bangunan Parlimen yang menjadi kebanggaan penuduk Budapest. Bangunan terbesar di Hungary.
Berjumpa lagi dengan cerita dari Budapest. Tram ini lalu di hadapan hotel kami dan boleh terus pergi ke bandar (5 minit saja) dan juga ke sungai Danube. Bergantung kepada tempat kita menginap tetapi kebanyakan tempat senang dihubungi dengan tram. Sangat mudah berjalan di sini, kalau penat berjalan, naik saja mana2 tram yang sesuai dengan destinasi kita. Di waktu ini Universiti belum bercuti, pelajar sedang exam kalau tidak silap saya. Masing2 sibuk memegang nota, mungkin ada exam.

Terjumpa bunga ini di tepi jalan, sangat menarik dan unik. Secara umum, bandar Budapest hanya tersohor dengan bangunan yang besar dan unik, tetapi tidak ada sangat hiasan bunga. Bandar ini sudah melalui pelbagai jenis era sejarah yang unik (~800 tahun) termasuk penaklukan oleh Turki sekitar 1550an hingga 1700. Gereja St. Matthias yang tersergam indah di atas bukit BUDA itu juga pernah menjadi masjid tetapi mengikut pengamatan saya sejarah Islam itu seperti mahu saja ditutup oleh mereka. Parlimen mereka baru saja mengistiharkan bahawa penduduk Hungary boleh mempunyai dua kerakyatan, tetapi nampaknya jiran mereka seperti Romania agak tertekan dengan keadaan ini kerana ada lebih kurang 1 juta penduduk Hungary di Romania ketika ini. Tarikan lain Budapest ialah spa yang sangat banyak di sekitar bandar ini, mungkin sebanyak 80 semuanya. Suhu pada hari rabu ialah 35oC.
Seperti yang dijanjikan, semalam saya berjalan di sebelah malam di tebing singai Danube, kononnya nak ambil gambar di sebelah malam dengan sinaran lampu yang memukau. Tapi, sayang sekali, kamera ku tidak secanggih, jadi tak dapatlah nak ambil apa2 gambar yang menarik. Walauapapun, pada sebelah petangnya, sempat jugalah mengambil gambar bangunan Parlimen yang tersohor itu dari sebelah sini sungai, sangat cantik untuk dijadikan desktop komputer. Air sungai sudah semakin surut dan bot tourist sudah nampak mula berjalan semula tapi kami tidak sempatlah nak naik, hari ini hari terakhir conference.

Pada hemat saya, orang di Budapest ni relax dan santai saja, tidak nampak tension dan well dressed up seperti di setengah negara di sebelah timur seperti Korea etc. Keadaan bandar bersih dan selamat untuk bersiar2. Sebenarnya di mana2 pun kita kena sentiasa berhati2 kot. Secara umum, saya rasa Budapest ialah satu temapt yang menarik untuk dilawati. Tiket dari Malaysia boleh semurah RM 2000 plus dari Singapore dan semahal sekitar RM 6000 plus naik MAS. Hotel kalau mahu boleh pilih yang mengadap sungai Danube, tentunya cantik. Hotel kami di dalam kampong sikit tapi boleh tengok suasananya juga.

Saya dapat tahu UTM sudah diiktiraf menjadi Research University. Pagi2 lagi sudah dapat message dari Prof Salasiah mengenainya. Tahniah untuk semua. Jumpa lagi.

Tuesday, June 8, 2010

Salam dari Budapest, Hungary

Alhamdulillah selamat sampai di Budapest, cuaca sangat baik, 29oC. Kami sempat juga mengikuti program tour group yang dianjurkan oleh pihak University untuk ECCM (14 European Conference on Composite Materials - I am not a participant by the way) ini. Jadi sempatlah merakamkan beberapa tempat strategik di sekitar Budapest. Petang selepas conference habis masih boleh bersiar2 kerana maghrib masuk pukul 9 malam. Subuh habis pukul 4 pagi. Budapest dibahagi dua oleh sungai Danube, di sebelah berbukit ialah BUDA dan sebelah kanan sungai dari gambar ini yang lebih mendatar ialah PEST.

Kelihatan bangunan Parlimen yang tersergam indah, antara bangunan terbesar di Hungary ni. Parlimen terletak di sebelah PEST. Gambar diambil dari sebelah berbukit, BUDA. Memang sangat indah tetapi kamera saya tidak dapat merakamkan keadaan sebenar kecantikan di sini. Ini saja yang terbaik yang boleh dikongsi. Banyak bangunan cantik disepanjang sungai Danube yang menjadi kebanggaan orang Hungary. One of the organisers even made a joke about Hungary people during his opening speech of the conference, he said the biggest problem with Hungarian is that they claim that Budapest is the most beautiful city even if they have not even cross their borders!! haha..kalau nak claim pun kena tengok jugalah Kuala Lumpur, apa kurangnya? The tourist guide said she would really like to see KL with its skyscrapers...she said Kl is beautiful. One similar sight of Budapest similar to Kl is its greeneries. Memang banyak pokok besar dan redup. Jumlah penduduk Hungary ialah lebih kurang 10 juta dan 1.7 juta berada di Budapest, jadi memang padat di sini. Kami jumpa kedai kebab halal dan mudah sikitlah nak makan. Sekali makan untuk 2 orang lebih kurang 10-13 euro. Public transport is excellent. Kami ke mana2 naik tram saja, beli tiket untuk 7 hari dan boleh guna untuk semua jenis transport system, metro, tram, trolley bus, bus and train. Belum naik underground Metronya yang dikatakan antara tertua di Eropah, dibina sekitar 1890an. Most shops accept credit cards but euro currency agak terhad kepada tempat besar saja. Kalau kita guna euro pun dia akan beri balance dalam currency Hungary, Forint. Yang bagusnya di tempat conference disediakan tempat tukar duit. Excellent job.

Ini ialah tebing sungai Danube, sepatutnya ada jalan raya di embankment tu tapi sudah ditenggelami air, jadi ditutup untuk lalu lintas. Kita masih boleh berjalan di jalan raya biasa di atas. Banjir ini agak besar juga kerana daripada news yang saya tidak faham apa ceritanya, nampak banyak rumah yang ditenggelami air sehingga separuh paras rumah. InshaAllah akan cuba merakamkan gambar di sungai ini di waktu malam.

Monday, May 31, 2010

XPDC Angsi 2010

LINTAS LANGSUNG DARI ULU BENDUL (28 - 30 Mei 2010)

Serombongan ahli Jabatan Kimia yang terdiri daripada pensyarah dan keluarga, serta pelajar dilihat berkhemah dan bersiap sedia untuk menawan Gunung Angsi. Mereka semua kelihatan ceria dan bersemangat sekali.

Mereka semua memang telah bersedia dengan latihan dan perut yang berisi penuh dengan nasi goreng Pn Norsiah di pagi hari.

Adakah mereka semua berjaya ke puncak Angsi? Atau mereka hanya meninggalkan tapak kaki sahaja di hutan yang cantik ini?

Adakah mereka kepenatan? Cukupkah tenaga untuk mendaki?


Ingin tahu apa yang berlaku? Berjayakah mereka semua? Apakah peristiwa menarik yang boleh dikongsi bersama? Sama sama kita nantikan berita selanjutnya dari Gunung Angsi.


Nantikan BERITA PENUH ANGSI 2010.

Sabar ye!!

Tuesday, April 27, 2010

Salam dari Kyoto

Alhamdulillah, dah masuk minggu ke-4 saya di bumi matahari terbit ni. Bunga sakura pun dah luruh hampir kesemuanya.. Bagi yg belum tahu, saya di sini untuk program JENESYS - Japan-East Asia Network of Exchange for Students and Youths selama 3 bulan. Senang citer.. wat research collaboration kat sini la..



First time in Japan, actually. Alhamdulillah.. pengalaman yg best2 belaka.. yang adventure pun ada gak.. Minggu pertama saya sakura tengah kembang.. jadi group kami buat 'Ohanami Party' utk menikmati keindahan bunga sakura ni. Bunga sakura sebenarnya hanya kembang 2 minggu dan kemudian akan luruh dan sepanjang tahun tersebut hanya akan berdaun saja. Jadi sebab itulah keindahannya dinantikan dan diraikan.


Macam2 yg kami makan.. tengok saja la atas meja tuh.. Ada sushi, pizza, dango, keropok, air, etc.. Sebenarnya makanan ringan je. Pastu ada dango.. Salah satu manisan tradisional Jepun. Sangat manis! Saya tersalah amik. Terambil satu cucuk ada 3 dango.. Adeh.. jenuh juga nak abiskan!

Hari pertama terus masuk lab.. hari ke-2 dah run simulation. Seronok! Sebab hampir 3 bulan dah tak run calculation. Dan komputernya sangat laju! Super computerla, katakan.. InsyaAllah.. kalau ada rezeki, saya akan tubuhkan satu di UTM. Yela.. bila lagi kita nak mula, kan?

Suhu di sini masih sejuk. Biasanya dari 8 ke 19 darjah celcius. Huhu.. macam winter juga la rasanya. Mungkin sebab itu juga sakura lambat kembang dan lambat luruh. Alhamdulillah.. rezeki saya.


Di hujung minggu, saya berjalan2 di Palace Garden. Dalam taman ni ada istana, tapi istana kecil dan tak dibuka rasanya. Sebab masa saya pergi pintu palace ni ditutup je. Sekali tengok, arkitekturnya sama seperti di korea. Taman ni dibuka untuk orang awam, dan ada banyak pokok sakura. Ramai yang datang berkelah dan ada juga yg mengambil gambar dan melukis. Tengok saja kakak2 yang pakai kimono tu... Excited sungguh dia tengok kawan dia ambil gambar.

Pergerakan saya di sini kebanyakannya ialah dengan basikal. Jadi jimat la juga. 30 minit juga la nak ke institut saya. Dalam hati saya berkata, "Memang saya ni takleh lari dengan merempit, kot". Haha! Okaylah.. sampai lain hari! Doakan saya di sini, ya!

Wednesday, April 7, 2010

Umrah Menuju Allah: Catatan Peristiwa

Tanggal 8 - 18 Februari 2010 adalah tarikh bersejarah buat kami di Jabatan Kimia, kerana pada tarikh ini seramai 20 rombongan ahli Jabatan Kimia bersama keluarga masing-masing berkesempatan mengerjakan ibadat Umrah dan Ziarah. Disini kami ingin berkongsi cerita, melayari kronologi catatan peristiwa sepanjang perjalanan suci ini.

Perjalanan dimulakan pada pagi 8 Feb 2010. Terima kasih kepada Pn. Dzana Ibrahim dan Dr. Norazah bersama suami yang sudi menghantar kami ke foyer pentadbiran UTM.

Sebahagian rombongan bergambar kenangan di KLIA. Ramai keluarga dan sahabat yang datang memberikan ucapan selamat jalan.


Kami akhirnya tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdul Aziz. Masa tu masing-masing kepenatan sebab perjalanan mengambil masa selama hampir 12 jam. Walaubagaimanapun, masing-masing masih lagi berupaya mengukir senyuman mahupun membuat lawak spontan.


Kami kemudiannya dibawa ke Bahaudin Hotel di Madinah. Beginilah keadaan dihadapan hotel tersebut. Kedua-dua wanita diatas bukanlah wanita Arab, sebaliknya adalah PM Dr. Wan Aini dan PM Dr Zainab.


Catatan akan bersambung ...