Artikel bertajuk Let's Get Practical di dalam jurnal Nature cukup menarik untuk diperkatakan dalam kita membincangkan inovasi dalam kaedah pengajaran dan masa depan penyelidikan kimia.
Beberapa perkara yang di utarakan boleh memberikan refleks kepada kita supaya hala tuju yang lebih jelas dapat di garap dalam menjadikan tawaran pendidikan dan penyelidikan daripada jabatan adalah lebih berdaya saing.
This blog is about our experiences in the BILIK AKTIVITI JABATAN KIMIA – ‘our home away from home sanctuary’. Here we SHARE our joys and pains, celebrate our successes, and motivate ourselves. Sometimes…. we even do outrageous things to just get break away from the routines of teaching our BELOVED students and dabbling in research.… such as argue and debate, eat and laugh out loud. Welcome to our awesome world!!!
Showing posts with label Nota Hujung. Show all posts
Showing posts with label Nota Hujung. Show all posts
Monday, January 31, 2011
Monday, July 5, 2010
BSC: Doing The Right Things and Better
Dalam nota yang lepas, saya telah berjanji untuk menyambung kembali catatan ringkas berkenaan Balance Score Card BSC. Saya menamatkan anekdot tersebut dengan mencatatkan penjayaan BSC memerlukan input daripada semua pihak kerana ia hanyalah sebuah sistem pengurusan yang akan berjalan berasaskan analisa data yang dipunyai. Saya akan menyambung kembali perkongsian tersebut sebelum kita berkursus dan bersama-sama memberikan input data nanti.
Sebagaimana yang sedia maklum, perjalanan mana-mana kaedah pengurusan strategik kebiasaannya memerlukan kaedah top-down di mana pengurusan tertinggi organisasi yang seharusnya memulakan inisiatif awalan. Apabila persetujuan telah dicapai, maka perlaksanaan dan tindakan di peringkat seterusnya akan berjalan dengan lebih mudah. Namun begitu, tidak di nafikan organisasi tersebut perlu mempunyai kepakaran sebelum dapat melaksanakan mana-mana kaedah yang diputuskan. Manakala, latihan dan penerangan juga perlu disusun supaya komunikasi dapat dilakukan dengan tepat kepada seluruh komuniti organisasi. Di peringkat universiti, ini merupakan masa terbaik untuk menjalankan penerangan BSC secara menyeluruh ke semua peringkat selepas jawatankuasa pengurusan mula memahami dengan jelas berkenaan sistem tersebut. Malah dalam mana-mana langkah komunikasi strategi yang berkesan sekalipun, perlaksanaan setiap perancangan perlu dilakukan secara berperingkat. Di sinilah, proses engagement perlu dimulakan dengan organisasi akan mula mendapatkan dan memberikan nilai kepada pandangan dan kerja setiap individu.
Semua perancangan strategik di gariskan dengan melalui proses yang akan menghasilkan hasil masa depan yang lebih baik dalam ruang yang boleh di capai dan diukur. Perlaksanaannya akan melibatkan banyak perubahan yang perlu dilakukan sehingga kadangkala boleh menyanggah amalan konvensional. Oleh itu, beberapa pemerhatian perlu dilakukan terhadap beberapa perkara sebelum perubahan boleh dilaksanakan meliputi visi dan bentuk kejayaan yang perlu dicapai, kemahiran dan kemampuan yang ada, motivasi dan komitmen untuk berubah, sumber masa dan kewangan yang mencukupi serta rangka kerja yang berarah. BSC menawarkan sistem pengurusan yang telah terbukti berjaya dengan meletakkan perkaitan antara budaya, prestasi dan kewangan dalam satu peta yang lengkap dan seimbang 'Balance'. Pembentukan BSC memerlukan 9 penilaian terhadap 9 bahagian di mana 6 daripadanya melibatkan tindakan di peringkat pengurusan.
Peringkat pertama melibatkan penilaian keseluruhan organisasi melibatkan perletakan visi, misi dan nilai-nilai yang mahu di capai berasakan analisa kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman SWOT pencapaian terkini. Peringkat kedua membabitkan strategi yang ditetapkan bagi mencapai matlamat tersebut berlandaskan 4 perspektif yang berhubung kait; pelanggan, kewangan, proses dalaman serta pelajaran dan pembangunan. Harus diingat bahawa strategi mempunyai dinamika yang tersendiri yang boleh diubah berdasarkan keperluan semasa. Bahagian ketiga pula melibatkan objektif strategik yang menfokuskan kepada proses yang dilakukan bagi penambahbaikan yang berterusan. Dalam penetapan objektif strategik, kata kunci seperti 'increase', 'improve' ataupun 'grow'akan diberikan keutamaan bagi melambangkan proses penambahbaikan tersebut.

SIP akan melibatkan 3 komponen utama; peluang yang ada, apa yang akan dihasilkan daripada ininsiatif serta keperluan yang diperlukan. SIP yang baik adalah yang telah dikenalpasti sewaktu membentuk scorecard, mempunyai hubungan dengan perspektif dan objektif strategik, menyelesaikan masalah dan memberikan manfaat yang signifikan, berasaskan input data seperti risiko yang dihadapi, masa dan kewangan untuk implementasi rancangan serta berjadual, mampu di capai dan mempunyai sumber yang mencukupi. Disamping itu, pemilikan SIP akan diletakkan dibawah tanggungjawab individu ataupun kumpulan tertentu.
Apabila BSC telah dilaksanakan, ia memudahkan justifikasi terhadap sesuatu prestasi yang dicapai serta keperluan kewangan yang perlu diperolehi. Sistem laporan berasaskan BSC akan memudahkan analisa pencapaian dengan gambaran objektif dan KPI telah diletakkan, isu dan kesan telah dikenalpasti, tindakan penambahbaikan boleh diperincikan serta pertanggungjawaban telah berikan. Dalam sistem BSC yang terbaik, sasaran akan dinilai secara tahunan dan scorecard keseluruhan akan diberikan nilai terbaru dalam sela masa 3 tahun. Secara kesimpulannya, semua perlaksanaan BSC tetap memerlukan semua pihak melihat BSC sebagai satu keperluan organisasi yang perlu dilaksanakan bersama.
Selamat berkursus!
Thursday, June 10, 2010
RMK-10 Bab 5 : Di Mana Jabatan Kita?
Saya masih mencari-cari penyataan UTM sebagai RU dalam buku blueprint RMK-10. setakat ini, masih belum bertemu catatan mukasuratnya. Akan tetapi, elok juga kalau kita meneliti dulu apakah rancangan pendidikan tertiari yang dinyatakan oleh PM Najib hari ini yang releven dengan kita. Saya ekstrakkan apa yang tersurat.
GRADUAN
1) memperkukuhkan kurikulum pengajian dengan kandungan akademik dan softskills
2) Latihan industri berstruktur
3) kursus mematuhi MQF dan dipantau oleh MQA
JABATAN KIMIA: Perkara 1,2 dan 3 sudah diselesaikan tanpa perlu menunggu 2015. Bravo!
KAKITANGAN AKADEMIK
1) melantik/mengekal staf terbaik (ini rutin kita kan)
2) 15% kakitangan menjalani 6 bulan latihan industri bagi setiap lima tahun perkhidmatan (Mekanisma cuti sabatikal perlu dikemaskini?)
3) menjelang 2015, peratus staf PhD perlu 75% (hampir dan akan capai menjelang 2015)
4) Ganjaran kompetitif setanding sektor swasta dan menawarkan manfaat bukan kewangan seperti waktu mengajar yang fleksibel (perlu senaraikan manfaat bukan kewangan sebagai pensyarah berbanding kerja swasta)
5) Modul latihan asas untuk staf baru (rujuk RMC, HEK, HCD)
6) Staf baru akan diselia oleh staf kanan (Jangan biarkan mereka teraba-raba :)
7) Staf baru akan dikurangkan tugasan pengajaran dalam 3 tahun pertama untuk membolehkan mereka menyediakan asas penyelidikan dan mencari geran penyelidikan (kontroversi dan perlu penelitian lanjut :)
8) Mereka yang bersara atau staf luar negara digalakkan berkhidmat secara kontrak dengan skim yang menarik dan lebih kompetitif ( sudah dilakukan)
9) kenaikan pangkat tanpa perlu memegang jawatan pentadbiran (penyelarasan peringkat universiti)
Any comments?
Bakri

Friday, June 4, 2010
Balance Score Card: Introduksi
"hope that i can learn evertyhing during my stay overthere"
Itu antara kandungan email yang pernah saya berikan kepada penyelia PhD saya sebelum berangkat ke sana. Ya, memang itu yang saya harapkan sebenarnya. Peluang untuk berada d negara luar dalam sela masa yang panjang sewajarnya menajamkan saya dengan kepelbagaian input dalam pelbagai segi. Saya meletakkan jangkaan yang tinggi untuk mempelajari segala selok-belok penyelidikan, pengurusan, pentadbiran termasuklah pengajaran. Saya cuba untuk optimakan peluang dan ruang yang ada. Namun, realiti kadangkala tidak mengizinkan cita-cita dan impian kita terlaksana. Pengajian PhD saya memerlukan saya menghabiskan kebanyakan masa di makmal. Merancang, mengambil input, melaksana, menilai output, membuat pembetulan, mengulang kembali: itu antara rutin kerja makmal yang saya lakukan. Masa-masa hujung minggu di peruntukkan untuk menyimpulkan data yang diperolehi seminggu untuk menambahbaikan kerja untuk minggu seterusnya. Kadangkala, ianya diselang seli dengan kerja makmal ringan yang tidak memerlukan fokus dan tenaga yang lebih. Itu jadual saya yang tampak sedikit terhad.

Akan tetapi, persekitaran saya banyak membantu untuk mempelbagaikan aktiviti yang saya lakukan. Sepanjang keberadaan saya di Ireland, saya berada dalam lingkungan masyarakat Malaysia yang bekerja di sana. Jangan terkejut jika saya katakan di sana ada kampung malaysia dengan seorang penghulu lantikan. Seolah-olah menyerupai kawasan taman-taman di malaysia pula. Mempunyai kebersamaan aktiviti dalam sela masa tertentu dengan mereka cukup mengujakan. Di sinilah tempatnya saya mempelajari dan menghadamkan pelbagai kemahiran yang dapat manambah dan mencipta nilai.
Balance Score Card ataupun dikenali dengan BSC. Itu antara modul yang saya pelajari secara tidak rasmi dengan mereka. Walaupun memang ketika awalnya, saya agak janggal dengan banyak terma pengurusan strategi. Namun, peluang bersama dengan mereka yang berlatarbelakangkan sains sosial memberikan banyak kefahaman yang berguna. Saya pada ketika itu menjangkakan kaedah pengurusan tersebut terlalu kompleks dan memang sukar untuk difahami.

Sekembali ke Malaysia, saya menjadi terkejut mendengar BSC. Bukan kerana janggal dengan BSC, tetapi terkejut kerana universiti saya mahu melaksanakannya. Cepat dan bersegera gerak kerjanya. Di kala pengurusan tertinggi universiti memutuskan sedemikian, saya memandang ianya satu kebaikan untuk perlaksanaan pengurusan universiti yang lebih strategi, efisien dan efektif. Namun, ada suatu asas penting yang perlu diselesaikan. BSC atau mana-mana sahaja proses 'execute' strategi memerlukan kefahaman diberikan kepada komuniti universiti. Mungkin kita masih teringat berkenaan model World Class University WCU yang disasarkan universiti beberapa tahun lepas. Salah satu sebab aspirasinya kurang berjaya adalah ianya kurang dikongsi bersama masyarakat univrersiti keseluruhannya. Begitu juga dengan BSC. Jika mereka gagal melihat BSC sebagai satu keperluan, penjayaannya akan menimbulkan masalah. Kita tidak mahu melihat sesuatu model dan strategi dibuat akan beralih dengan bertukarnya pemegang jawatan. Namun, saya percaya pihak pengurusan universiti telah meneliti perkara tersebut dan di peringkat fakulti sendiri akan mengusahakan inisiatif untuk menerapkan kefahaman BSC kepada semua komuniti fakulti. Manakala di jabatan, saya difahamkan kursus BSC akan dilaksanakan dalam jangka masa terdekat. Harus diingat, BSC hanyalah sebuah sistem. Ianya tidak akan berjaya tanpa input data daripada semua pihak.
Penyelia PhD saya banyak mengajar erti penyelidikan yang perlu diterokai dan telahpun menunjukkan jalan tersebut. Akan tetapi, saya tetap percaya nilai-nilai yang lain perlu dicari melalui usaha dan kemahuan sendiri.

Dalam artikel akan datang, saya akan cuba menggambarkan model BSC secara serba sedikit bagi siapa yang berminat untuk membaca dan persediaan sebelum berkursus :)
Thursday, May 27, 2010
Lifelong Learning
This is a special request from Oha. I am sharing this learning experience couple of years back...... Jap...
Lifelong Learning
“What are you doing now?” That is the commonest question that I got nowadays. And my simple answer is always “I am studying for my PhD.” Then came responses like …”But you are already old,..what late fortys…”, “…Why do you need to study? Are you aiming for a promotion?”, “…...hmmmmmmm”. These are typical responses that I got from friends, colleagues and family members. Since I am the type that often gets swayed, it makes me think twice as to why I am troubling myself with this program. If I’m So Smart, Why Am I Not There yet? -- Success as a Balancing Act. Improvement means different things to different people. You may want to scale the heights and capture the ability to address thousands in a convention hall. Or you may need to simply get better when delivering a chalk talk to half a dozen co-workers. As for me, I need to satisfy myself by getting a PhD before I retires.
For your information, I received a JSPS-Ronpaku fellowship. The aim of JSPS's RONPAKU (Dissertation PhD) Program is to provide tutorial and financial support to promising young researchers in Asia who wish to obtain their PhD degrees from Japanese universities through the submission of a dissertation without going through a doctoral course.
Why do I trouble myself by staying few months in Japan alone, leaving my family, especially my school-going daughters? Why do I bother to continue studying in a foreign country, in which I do not speak the language? Besides communication barrier, there are problems like halal foods, how do I get help from fellow student researchers in the lab that most often speak very little English.
Once I arrived in Japan, all my pre-conceived thoughts about this program were proven wrong. In the lab, I felt at ease because I am not the oldest student. There are two PhD students who are in the late 50’s and the sight of them working for their doctorate degree put new perspective in my life. Motivated…rewarding…I even went to the extent of having my eyes, i.e. my lenses replaced, so that I can have “young” eyes to enable me to look at the tiny capillaries of 100-20 µm i.d. Without the eyes, it would be rather difficult to do the research, if you can’t see what you are doing. The research is moving to the nanotechnology, and we being the older generations, have to keep up with the pace.
I am amazed by the Japanese discipline and honesty. Eventhough they look aloof but they are extremely helpful if assistance was sought. The crime rate in Japan is very low because the Japanese respect the law. You can walk at 1.00 am alone and it is quite safe. People would leave their laptop and personal items on a table in the lab or a conference room, and the items would still be there when they return. Would this scenario be possible in Malaysia? Hem…maybe one day in the future………..
Lifelong learning is the concept that "It's never too soon or too late for learning", a philosophy that has taken root in a whole host of different organizations. Lifelong learning is attitudinal; that one can and should be open to new ideas, decisions, skills or behaviors. Lifelong learning throws the axiom "You can't teach an old dog new tricks" out the door. A lifelong learning framework encompasses learning throughout the life cycle, from birth to grave and in different learning environments, formal, non-formal and informal.
I have achieved what I aimed for, and as a reward for my achievement, I got myself the affordable dream car.......
~to be continued~

Tuesday, May 25, 2010
Untuk Generasi Kedua Jabatan Kimia
Apakah penjadualan dan perancangan waktu harian mencukupi untuk pengurusan rumah tangga? tanya moderator Wardina kepada tetamu jemputan, Ustaz Hasrizal.
Ustaz Hasrizal mula dikenali sebagai 'ustaz cinta' apabila menerbitkan siri buku pengurusan rumahtangga; aku terima nikahnya, bercinta hingga ke syurga dan murabbi cinta. Cukup terkenal dengan blognya saifulislam.com, ustaz Hasrizal banyak terlibat dalam siri motivasi dan character building, termasuk memperkenalkan modul latihan 7th habit of highly effective muslim yang dilancarkan buat julung kali di Perkhemahan Musim Sejuk Ireland beberapa tahun lepas.
Ikuti jawapan ustaz Hasrizal dalam video berikut :)

Thursday, May 20, 2010
Revisit Bajet 2010
SEMPENA PENYERTAAN JABATAN DI MINGGU SAINS, TEKNOLOGI DAN ICT (MISTI 2010) PERINGKAT NEGERI JOHOR (22-27 JUN 2010)
Pembentangan belanjawan negara bagi tahun 2010 telah di lakukan pada akhir bulan oktober tahun lepas. Pelbagai pihak yang berminat telah berdiskusi berkenaan hala tuju dan polisi kewangan yang perlu dijadikan landasan keutamaan bagi pacuan ekonomi untuk 2010 sebelum bermulanya dasar Rancangan Malaysia Ke-10 bagi tahun 2011-2015. Harus diingat bahawa bajet 2010 di bentang ketikamana ekonomi negara dan rantau dunia mula menunjukkan isyarat positif rentetan dari kemelesetan sebelumnya. Namun, kekangan kewangan masih tetap di rasai, seraya agihan kek belanjawan kali ini perlu diperhatikan dengan cermat supaya ianya terus dapat meningkatkan daya saing negara ke tahap lebih tinggi. Akan tetapi, pada masa yang sama agenda memasyarakatkan ekonomi negara tidak di ketepikan.
Bagi masyarakat sains, pembentangan belanjawan memberikan input terbaik terhadap keseriusan kerajaan dalam menjadikan bidang sains dan teknologi, S&T sebagai satu teras utama kemajuan negara seiring negara maju yang lain. Tumpuan belanjawan dalam meningkatkan kualiti pendidikan S&T pada semua peringkat harus mendapat perhatian. Ini kerana negara telah menyasarkan untuk memenuhi nisbah bilangan saintis dan jurutera penyelidikan (RSE) sehingga mencapai sasaran 50 RSE bagi setiap 10,000 tenaga kerja menjelang 2010. Mengikut rekod kajian Pusat Sains dan Teknologi Maklumat Malaysia (MASTIC), nisbah RSE yang di catatkan negara pada tahun 2006 iaitu 17.9 RSE iaitu jauh dari nisbah RSE yang dimiliki oleh negara-negara maju seperti Singapura (87.4), Korea (89.9), Jerman (112.1), New Zealand (178.8) dan Jepun (202.8). Di peringkat awal pendidikan, proses pemulihan kembali polisi PPSMI seharusnya diberikan keutamaan terutamanya dalam menarik kembali minat pelajar kepada bidang S&T. Oleh kerana faktor bahasa pembelajaran telah di kenalpasti banyak menyekat pemupukan minat awal pelajar sebelum ini, pihak kerajaan perlu mengambil tindakan yang bersegera bagi memastikan lompongan pendidikan S&T yang telah terbentuk berjaya ditampung. Di peringkat pendidikan pengajian tinggi pula, peruntukan geran biasiswa dan penyelidikan untuk pelajar di peringkat pasca siswazah; sarjana dan PhD perlu diteruskan dan di berikan lebih nilai tarikan menepati aspirasi peningkatan modal insan S&T yang digariskan oleh MOSTI. Lebih dari itu, penerokaan segmen baru dalam peruntukan penyelidikan peringkat pasca kedoktoran sepertimana amalan negara maju perlu dilakukan dengan kadar segera bagi memastikan kelangsungan penyelidikan terarah dilakukan pada peringkat tertinggi.
Pembentangan belanjawan negara bagi tahun 2010 telah di lakukan pada akhir bulan oktober tahun lepas. Pelbagai pihak yang berminat telah berdiskusi berkenaan hala tuju dan polisi kewangan yang perlu dijadikan landasan keutamaan bagi pacuan ekonomi untuk 2010 sebelum bermulanya dasar Rancangan Malaysia Ke-10 bagi tahun 2011-2015. Harus diingat bahawa bajet 2010 di bentang ketikamana ekonomi negara dan rantau dunia mula menunjukkan isyarat positif rentetan dari kemelesetan sebelumnya. Namun, kekangan kewangan masih tetap di rasai, seraya agihan kek belanjawan kali ini perlu diperhatikan dengan cermat supaya ianya terus dapat meningkatkan daya saing negara ke tahap lebih tinggi. Akan tetapi, pada masa yang sama agenda memasyarakatkan ekonomi negara tidak di ketepikan.
Bagi masyarakat sains, pembentangan belanjawan memberikan input terbaik terhadap keseriusan kerajaan dalam menjadikan bidang sains dan teknologi, S&T sebagai satu teras utama kemajuan negara seiring negara maju yang lain. Tumpuan belanjawan dalam meningkatkan kualiti pendidikan S&T pada semua peringkat harus mendapat perhatian. Ini kerana negara telah menyasarkan untuk memenuhi nisbah bilangan saintis dan jurutera penyelidikan (RSE) sehingga mencapai sasaran 50 RSE bagi setiap 10,000 tenaga kerja menjelang 2010. Mengikut rekod kajian Pusat Sains dan Teknologi Maklumat Malaysia (MASTIC), nisbah RSE yang di catatkan negara pada tahun 2006 iaitu 17.9 RSE iaitu jauh dari nisbah RSE yang dimiliki oleh negara-negara maju seperti Singapura (87.4), Korea (89.9), Jerman (112.1), New Zealand (178.8) dan Jepun (202.8). Di peringkat awal pendidikan, proses pemulihan kembali polisi PPSMI seharusnya diberikan keutamaan terutamanya dalam menarik kembali minat pelajar kepada bidang S&T. Oleh kerana faktor bahasa pembelajaran telah di kenalpasti banyak menyekat pemupukan minat awal pelajar sebelum ini, pihak kerajaan perlu mengambil tindakan yang bersegera bagi memastikan lompongan pendidikan S&T yang telah terbentuk berjaya ditampung. Di peringkat pendidikan pengajian tinggi pula, peruntukan geran biasiswa dan penyelidikan untuk pelajar di peringkat pasca siswazah; sarjana dan PhD perlu diteruskan dan di berikan lebih nilai tarikan menepati aspirasi peningkatan modal insan S&T yang digariskan oleh MOSTI. Lebih dari itu, penerokaan segmen baru dalam peruntukan penyelidikan peringkat pasca kedoktoran sepertimana amalan negara maju perlu dilakukan dengan kadar segera bagi memastikan kelangsungan penyelidikan terarah dilakukan pada peringkat tertinggi.Kedudukan terkini penarafan universiti sedunia berdasarkan culaan pihak THE-QS telah dikeluarkan dan menyaksikan perubahan kedudukan beberapa universiti tempatan. Lonjakan tersebut berlaku kerana terdapatnya perubahan drastik dalam sistem urustadbir universiti terutamanya dari segi usahasama peringkat antarabangsa dan pengiktirafan penyelidikan walaupun perlu dinyatakan bahawa perubahan tersebut agak lewat berlaku. Antara kunci utamanya adalah peningkatan penerbitan penyelidikan yang teraku mutunya serta menjalani penilaian yang lebih bersistematik. Namun, momentum yang telah di mulakan memerlukan dana yang cukup tinggi bagi memastikan penyelidikan yang strategik terus terlaksana. Naib Canselor UM, dalam kenyataannya menyebut universiti tempatan memerlukan minima belanjawan sekurang-kurangnya RM 200 juta bagi meninggikan dayacapai setanding universiti terkemuka dunia. Di negara kita, kebanyakan bidang penyelidikan dan inovasi negara masih lagi tertumpu di universiti dengan belanjawan penyelidikan masih lagi menjadi faktor penghad. Oleh itu, langkah galakan kepada pihak swasta untuk turut terlibat sama dalam usaha penyelidikan adalah dialu-alukan terutamanya dalam penyelidikan berdaya maju yang boleh mencapai tahap pengkomersilan. Pihak kerajaan perlu menyediakan insentif-insentif menarik kepada pihak industri yang mahu turut sama menyumbang ke arah peningkatan bidang penyelidikan dan inovasi negara.
Belanjawan yang dilakukan pada masa ekonomi sedunia menguncup memaksa kerajaan untuk lebih berhemah dan melakukan banyak pemotongan peruntukan mengikut keperluan negara. Kementerian MOSTI akan berperanan sebagai penasihat utama bagi memastikan peruntukan belanjawan untuk tujuan S&T tidak mengalami kemunduran kewangan. Akan tetapi, saintis juga perlu berperanan bagi meyakinkan pihak kerajaan terutamanya ahli politik akan kepentingan sains dan mampu menjelaskan bagaimana sains mampu menyumbang kepada masyarakat pada masa kemelesetan tersebut.
Thursday, May 6, 2010
E + R= O?
Sewaktu dijemput oleh pihak pejabat MARA lreland untuk memberikan komentar motivasi, saya tercari-cari buku rujukan yang boleh di kongsi bersama peserta yang merupakan bakal-bakal doktor perubatan. Memetik hikmah 'the flowing river' oleh Paulo Coelho, penulis magnum opus 'the alchemist' amat menyegarkan terutamanya dalam menyentuh persoalan 'human touch'. Namun, ada satu buku yang menjadi tumpuan utama saya dalam wacana motivasi tersebut; Jack Canfield 'Prinsip kejayaan'. Terdapat satu persamaan penting yang di kemukakan dalam buku tersebut yang menjadi topik asas perbincangan selama sejam tersebut.
Seketika selepas saya sekembali ke tanahair, saya di minta oleh pihak fakulti untuk memberi pengisian motivasi untuk satu bengkel kecemerlangan pelajar. Kesempatan tersebut digunakan untuk mencanaikan kembali terbitan persamaan 'E+R=O'. Bezanya cuma audiens yang berlainan.
E + R = O
E= event; R= respons; O= outcome dengan E adalah pemalar.

'Event' adalah perkara yang berlaku yang mana kita tidak ada kuasa untuk mengubahnya.
'Respons' adalah tindakbalas kita terhadap perkara yang berlaku.
'Outcome' ialah hasil tindakbalas kita terhadap perkara tersebut.
Memerhatikan persamaan tersebut, jika E adalah pemalar, apakah penentuan kepada nilai kepositifan ataupun kenegatifan perkara O? Jawapannya akan bergantung kepada R sama ada bernilai positif ataupun negatif.
Ya, ianya berkaitan dengan respons yang kita pilih terhadap perkara yang berlaku. Saya memberikan analogi mudah kepada pelajar-pelajar tersebut. Jika hujan turun di awal hari sebelum kuliah pagi dimulakan, apakah pilihan yang boleh dilakukan oleh mereka. Untuk memberhentikan hujan bukanlah di bidang kuasa yang ada. Memilih untuk berdiam diri di kolej kediaman sambil menyambung lena tidur adalah satu pilihan. Berusaha untuk pergi ke kelas sama ada berpayung atau melalui ikhtiar lain juga merupakan satu pilihan lain yang ada. Pilihan yang mana dibuat akan menentukan hasil akhir yang di terima.
Perkara yang sama juga dapat diaplikasikan di mana-mana terutamanya dalam menangani tekanan urusan seharian kita di rumah ataupun di pejabat. Kita sudah biasa dengan ungkapan 'be positive'. Namun mengaitkan nilai positif dengan hasil seharian yang diperolehi adalah suatu yang mengujakan.
Kita tidak boleh mengubah nilai E, tetapi kita mampu mengubah nilai R supaya nilai keseluruhan O adalah positif.
Akan tetapi, realitinya tidak semudah itu. Mempositifkan segala apa yang berlaku di sekeliling kita merupakan tugasan yang cukup sukar. Tambahan pula apabila ruang pergaulan kita semakin melebar dan perhubungan semakin meluas. Karenah manusia yang pelbagai rencam pasti memberikan bermacam tambahan warna kepada corak kehidupan kita. Bersabar. Saya rasa itulah kunci kata yang akan banyak menyumbang kepada nilai respons kita yang positif. Persoalannya, mampukah kita? Sekali lagi, pilihan akhir tetap di tangan kita semua.

"Sungguh menakjubkan perkaranya orang yang beriman, kerana segala urusannya adalah baik baginya. Dan hal yang demikian itu tidak akan terdapat kecuali hanya pada orang mu'min: Iaitu jika ia mendapatkan kebahagiaan, ia bersyukur, kerana (ia mengetahui) bahawa hal tersebut merupakan yang terbaik untuknya. Dan jika ia tertimpa musibah, ia bersabar, kerana (ia mengetahui) bahawa hal tersebut merupakan hal terbaik bagi dirinya." (HR. Muslim)
Wednesday, April 28, 2010
Di Mana Kualiti Kita?
"Kenapa? Dr sedih ke kalau kami tak ambil kursus fakulti sains?"
Pertanyaan tersebut membuatkan saya termenung seketika.
Pertanyaan tersebut membuatkan saya termenung seketika.
Bermula minggu lepas, saya telah mengambil alih tugasan mengajar pelajar=pelajar ekspress MARA-UTM. Sukatan silibus yang perlu di hadamkan oleh pelajar tersebut adalah separas tahap pengajian matrikulasi. Namun, saya suka mengeksplorasi contoh-contoh yang lebih 'advanced' kepada pelajar sebagai bahan tambah pengajaran supaya ianya menjadi lebih menarik.
"Bila nanti awak ambil kursus kimia, awak akan akan belajar topik ini lebih khusus dalam satu subjek berbeza." jelas saya kepada pelajar tersebut. "Boleh saya tahu berapa orang ‘plan’ untuk ambil kursus kimia?. Tanya saya lagi.
Hanya dua orang sahaja yang memberikan 'respons' yang mereka telah memilih untuk terus mendaftar sebagai pelajar sains kimia untuk tahun seterusnya. Pelajar yang lain kebanyakannya akan mengambil kursus kejuruteraan.
"Saya tidaklah sedih, asalkan awak pilih kursus yang awak pasti minat dan sesuai dengan kebolehan masing-masing", jawab saya pada mereka. "Tapi sedihlah juga sikit-sikit', sambung saya lagi. Semua pelajar tersenyum.
Apa yang saya utarakan di atas mempunyai makna kepada peranan pensyarah dan kualiti yang ada di fakulti sains. Ramai menganggap fakulti sains merupakan fakulti yang memberikan perkhidmatan kepada fakulti lain. Dengan kata lain, fakulti lain mempunyai akses yang cukup meluas untuk mendapatkan bantuan daripada fakulti sains berupa tenaga pengajar. Dan berikutan daripada penganjuran program ekspress MARA -UTM tersebut, fakulti lain kini memperolehi satu lagi nilai tambahan percuma berupa pelajar yang terbaik.
Kita semua sedia maklum, transisi daripada persekolahan ke universiti adalah tempoh penting yang perlu diberikan perhatian terutamanya melibatkan persoalan perubahan 'mind-setting'. Pelajar di tahun pertama pengajian memerlukan tambahan didikan daripada pensyarah masing-masing terutamanya dalam proses penyesuaian diri mereka dengan suasana universiti. Peranan pensyarah pelajar tahun pertama cukup signifikan bagi menentukan langkah pelajar seterusnya. Sejak sekian lama, fakulti sains telah berjaya mendidik pelajar bagi program ekspres tersebut dengan kekangan tenaga dan masa yang ada. Kemudiannya, pelajar-pelajar yang telah sedia terdidik akan disalurkan kepada fakulti-fakulti lain mengikut pilihan pelajar. Universiti sewajarnya melihat peranan yang telah di mainkan oleh fakulti sains dalam proses keseluruhan kelahiran seseorang graduan daripada peringkat awal sehingga ke akhir.
Dan jika ada pelajar tersebut yang berjaya dengan cemerlang, bukankah fakulti sains juga berhak menumpang tuah walaupun akhirnya mereka bergraduan melalui label fakulti lain?
Saya bukan bercakap mengenai persaingan antara fakulti kerana menyedari hubungan 'empowerment' antara satu sama lain adalah cukup penting dalam ekosistem universiti kita. Namun, apa yang saya tekankan adalah antara salah satu kualiti yang ada pada fakulti sains yang sewajarnya diberikan markah A+ oleh semua pihak. Itu belum lagi melibatkan kualiti R&D yang banyak menjana proses penyelidikan universiti yang akan di ulas lagi dalam tulisan mendatang.

Kelas pengajaran saya akan berakhir pada minggu ini. Sudah tentu ianya satu pengalaman yang menggembirakan walaupun kadang-kadang meletihkan. 'Kudos' untuk pensyarah fakulti sains terutamanya di jabatan kimia yang bersekang mata bersingsing lengan dalam mendidik semua para pelajar. Lupa pula saya. Semuanya juga adalah pensyarah-pensyarah saya juga sewaktu ketika dahulu :) Salut!
Tuesday, April 6, 2010
Nota Hujung
'Output' atau 'Outcome'?
Apakah ada beza antara makna pengeluaran dan penghasilan? Ataupun lebih tepat diistilahkan dari terjemahan 'output' dan 'outcome'.
Mari kita meneliti perkara yang diutarakan pada mulanya, antara makna 'outcome' dan 'output'. Jika di ambil contoh seorang motivator, 'output' nya adalah bilangan peserta yang bersedia mengeluarkan duit untuk menghadiri kursus yang dianjurkan. Akan tetapi, 'outcome' adalah lebih besar sifatnya daripada perkara yang dinyatakan tersebut. Ianya akan berkisar kepada sejauh mana peserta berjaya menggunakan ilmu yang diperolehi daripada program untuk manfaat diri dan masyarakat keseluruhannya.
Jadi, adakah graduan keluaran UTM adalah produk dari proses 'output' ataupun 'outcome' universiti? Jawapannya ada di sekeliling anda.
Nota Gambar: 2 orang graduan SSC (Kimia Industri) UTM yang mengikuti pengajian PhD di Trinity College Dublin.
Subscribe to:
Posts (Atom)