"hope that i can learn evertyhing during my stay overthere"
Itu antara kandungan email yang pernah saya berikan kepada penyelia PhD saya sebelum berangkat ke sana. Ya, memang itu yang saya harapkan sebenarnya. Peluang untuk berada d negara luar dalam sela masa yang panjang sewajarnya menajamkan saya dengan kepelbagaian input dalam pelbagai segi. Saya meletakkan jangkaan yang tinggi untuk mempelajari segala selok-belok penyelidikan, pengurusan, pentadbiran termasuklah pengajaran. Saya cuba untuk optimakan peluang dan ruang yang ada. Namun, realiti kadangkala tidak mengizinkan cita-cita dan impian kita terlaksana. Pengajian PhD saya memerlukan saya menghabiskan kebanyakan masa di makmal. Merancang, mengambil input, melaksana, menilai output, membuat pembetulan, mengulang kembali: itu antara rutin kerja makmal yang saya lakukan. Masa-masa hujung minggu di peruntukkan untuk menyimpulkan data yang diperolehi seminggu untuk menambahbaikan kerja untuk minggu seterusnya. Kadangkala, ianya diselang seli dengan kerja makmal ringan yang tidak memerlukan fokus dan tenaga yang lebih. Itu jadual saya yang tampak sedikit terhad.

Akan tetapi, persekitaran saya banyak membantu untuk mempelbagaikan aktiviti yang saya lakukan. Sepanjang keberadaan saya di Ireland, saya berada dalam lingkungan masyarakat Malaysia yang bekerja di sana. Jangan terkejut jika saya katakan di sana ada kampung malaysia dengan seorang penghulu lantikan. Seolah-olah menyerupai kawasan taman-taman di malaysia pula. Mempunyai kebersamaan aktiviti dalam sela masa tertentu dengan mereka cukup mengujakan. Di sinilah tempatnya saya mempelajari dan menghadamkan pelbagai kemahiran yang dapat manambah dan mencipta nilai.
Balance Score Card ataupun dikenali dengan BSC. Itu antara modul yang saya pelajari secara tidak rasmi dengan mereka. Walaupun memang ketika awalnya, saya agak janggal dengan banyak terma pengurusan strategi. Namun, peluang bersama dengan mereka yang berlatarbelakangkan sains sosial memberikan banyak kefahaman yang berguna. Saya pada ketika itu menjangkakan kaedah pengurusan tersebut terlalu kompleks dan memang sukar untuk difahami.

Sekembali ke Malaysia, saya menjadi terkejut mendengar BSC. Bukan kerana janggal dengan BSC, tetapi terkejut kerana universiti saya mahu melaksanakannya. Cepat dan bersegera gerak kerjanya. Di kala pengurusan tertinggi universiti memutuskan sedemikian, saya memandang ianya satu kebaikan untuk perlaksanaan pengurusan universiti yang lebih strategi, efisien dan efektif. Namun, ada suatu asas penting yang perlu diselesaikan. BSC atau mana-mana sahaja proses 'execute' strategi memerlukan kefahaman diberikan kepada komuniti universiti. Mungkin kita masih teringat berkenaan model World Class University WCU yang disasarkan universiti beberapa tahun lepas. Salah satu sebab aspirasinya kurang berjaya adalah ianya kurang dikongsi bersama masyarakat univrersiti keseluruhannya. Begitu juga dengan BSC. Jika mereka gagal melihat BSC sebagai satu keperluan, penjayaannya akan menimbulkan masalah. Kita tidak mahu melihat sesuatu model dan strategi dibuat akan beralih dengan bertukarnya pemegang jawatan. Namun, saya percaya pihak pengurusan universiti telah meneliti perkara tersebut dan di peringkat fakulti sendiri akan mengusahakan inisiatif untuk menerapkan kefahaman BSC kepada semua komuniti fakulti. Manakala di jabatan, saya difahamkan kursus BSC akan dilaksanakan dalam jangka masa terdekat. Harus diingat, BSC hanyalah sebuah sistem. Ianya tidak akan berjaya tanpa input data daripada semua pihak.
Penyelia PhD saya banyak mengajar erti penyelidikan yang perlu diterokai dan telahpun menunjukkan jalan tersebut. Akan tetapi, saya tetap percaya nilai-nilai yang lain perlu dicari melalui usaha dan kemahuan sendiri.

Dalam artikel akan datang, saya akan cuba menggambarkan model BSC secara serba sedikit bagi siapa yang berminat untuk membaca dan persediaan sebelum berkursus :)
Bestnya kalau ada ahli jabatan yang telah lama berkecimpung dalam hal yang disebut oleh Dr Bakri ini dan dapat dikongsi pengalaman mereka dalam blog ini.
ReplyDeletePengalaman seseorang tidak dapat dibeli melainkan didokumenkan untuk dikongsi bersama..
setuju...hendaknya ada yang sudi nak bercerita atau menulis.
ReplyDeletesalah satu cara untuk kita menimba pengalaman adalah melalui pembacaan buku biografi.
saya ada plan projek buku masa cuti ni.
konon-kononnya nak share pengalaman masa PhD.
baru tahap kumpul idea..semester dah nak buka..adusss :)
sesiapa berminat nak contribute, boleh bagitahu saya..maklumlah semua kita ada PhD dan mempunyai pengalaman tersendiri.
moga2 dapat memudahkan jalan untuk generasi baru.