Nak kongsi kartun ni.. sebagai renungan kita di bulan mulia ini.
Picture taken from here
p/s: Rasanya ada satu lagi yg tertinggal.. Orang tertidur masa dlm solat terawih.. hehe
This blog is about our experiences in the BILIK AKTIVITI JABATAN KIMIA – ‘our home away from home sanctuary’. Here we SHARE our joys and pains, celebrate our successes, and motivate ourselves. Sometimes…. we even do outrageous things to just get break away from the routines of teaching our BELOVED students and dabbling in research.… such as argue and debate, eat and laugh out loud. Welcome to our awesome world!!!
Showing posts with label renungan. Show all posts
Showing posts with label renungan. Show all posts
Thursday, August 12, 2010
Monday, August 9, 2010
IHYA' RAMADHAN 2010
Oleh Prof. Madya Dr. Satapah Ahmad
Ramadhan adalah bulan mulia yang merupakan penghulu segala bulan, bulan yang penuh dengan keberkatan yang seharusnya dinanti-nantikan oleh semua manusia, terutama orang yang beriman. Bulan ini membuka peluang seluas-luasnya kepada orang yang beriman untuk merebut sebanyak-banyak pahala daripada Allah SWT semata-mata untuk persediaan dan kepentingan akhirat – dengan harapan mereka akan menemui Allah SWT dengan penuh kegembiraan, insyaAllah. Bulan Ramadhan akan melatih dan mendisiplinkan manusia ke arah ketaqwaan kepada Allah SWT. Oleh itu sewajarnyalah kita mempersiapkan diri dengan sebaik-baik yang mungkin bagi menghadapi bulan ini dan seterusnya merebut peluang keemasan yang telah dibuka oleh Allah SWT kepada hamba-hamba-Nya – Allah Al-Rahman, Al-Rahim – Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Maka terpulanglah kepada kita sebagai hamba-Nya untuk mendapat rahmat tersebut melalui amalan yang dilaksanakan dengan penuh kesedaran, kefahaman, ketulusan dan keikhlasan hati semata-mata mengharapkan keredhaan-Nya. Harus diingatkan juga amalan ini perlu diteruskan hinggalah bertemu semula Ramadhan pada tahun akan datang, insyaAllah.
Subscribe to:
Posts (Atom)