Oleh Mohamad Saufi Rosmi
Graduan SSA 2010
Selepas menunaikan solat subuh berjemaah, sang mentari mula menampakkan sinarnya. Semua peserta perkhemahan sibuk mempersiapkan bekalan untuk dibawa naik ke atas gunung. Selepas sesi senaman ringan dan bacaan doa yang diketuai oleh pengarah program, PM Dr Razali Ismail, kami melangkah dengan semangat membara. Perjalanan pada mulanya nampak mudah. Pada mulanya, perjalanan kami didahului oleh Hakim dan Hazim yang bersemangat untuk menjadi orang terawal sampai ke puncak. Sepanjang perjalanan, kami dihiburkan dengan nyanyian unggas dan kicauan burung. Sambil berbual dan bergelak ketawa, kami meneruskan perjalanan sehingga ke aras pertama di Tangga Batu. Selepas bergambar dan berehat seketika, perjalanan diteruskan dengan trek perjalanan yang lebih mencabar.
Ukhwah dan kasih sayang sesama sahabat dan keluarga tergambar jelas mewarnai sepanjang perjalanan kami. Ada peserta yang terseliuh di kaki. Namun, dengan sedikit rawatan, perjalanan tetap diteruskan. Trek pendakian sangat mencabar dan curam. Di sesetengah kawasan, kami terpaksa memanjat menggunakan tali kerana tiada laluan lain. Dalam hati kami terdetik, mampukah kami sampai ke sana?? Namun, dengan sokongan dan semangat yang ditunjukkan oleh semua peserta pendakian, pendakian diteruskan sehinggalah peserta pertama di puncak yang berketinggian 825m pada pukul 11.45 pagi. Firdaus, pelajar tingkatan empat merupakan peserta pertama yang sampai ke sana dan diikuti oleh Hazim, anak Dr Zaiton. Tepat pukul 12.45 tengah hari, semua peserta selamat tiba ke puncak dengan jayanya. Kegembiraan jelas terpancar di wajah masing-masing. Antara pensyarah yang berjaya mendaki sehingga ke puncak ialah Dr Che Rozid, Dr Zainab, Pn Khaidawati, Dr Razali, Dr Nor Aziah dan En Ali. Selepas berehat dan menikmati pemandangan dari puncak, kami mula bertolak pulang. Perjalanan menuruni cerun masih mencabar. Ramai yang sudah merasa kekejangan otot, namun berkat kesabaran dan semangat, akhirnya semua peserta selamat tiba ke tapak perkhemahan..Hehehe.
Pada sebelah malamnya, diadakan barbeque. Sedap sangat! Terima kasih kepada ajk2 makanan yang telah menyediakan menu ini, Pn Norsiah, Kak Dzana dan Dr Jafariah. Selepas itu kami mengadakan sedikit post-mortem yang di kendalikan oleh Dr Razali. Antara konklusi yang dapat diambil daripada post-mortem ini ialah semangat tolong menolong dan bantu membantu adalah sangat penting dalam aktiviti pendakian. Betul lah kata Muqarrabin, pendaki Everest pertama dari Malaysia, jika kita hendak mengenal sahabat kita, ajaklah dia mendaki gunung.
Keesokan harinya, selepas bersarapan pagi, kami mula mengemas kawasan perkhemahan. Setelah selesai, kami bertolak pulang ke Johor. Dalam hati kami berkata, “Selamat Tinggal Ulu Bendul, Selamat Tinggal Gunung Angsi”. Segala memori pahit dan manis di sini akan kami simpan sebagai kenangan terindah dalam hidup ini.
Sekian.
Catatan oleh Success Hunter, ASR
Wah, bestnya. Tahniah kepada Saufi kerana membuat laporan bergambar ini. Seronok baca dan tengok gambar. Terima kasih kerana memeriahkan lagi blog ini.
ReplyDeleteOrleans, France.
Nak tanya Dr Noraziah, apa pendapat Dr Alwi tentang pendakian gunung angsi ni dari perspektif seorang doktor. Boleh ke recommend kepada orang yang umurnya sudah 50an? Atau yang ada masalah jantung ok ke? Atau orang yang jarang2 exercise tiba2 nak daki gunung boleh ke?
ReplyDeleteTerima Kasih Dr Zainoha=)
ReplyDeleteSkadar meemriahkan..hehhee..
Jgn lupe ole2 dri Franch ye..take care=)