Thursday, June 10, 2010

RMK-10 Bab 5 : Di Mana Jabatan Kita?

Saya masih mencari-cari penyataan UTM sebagai RU dalam buku blueprint RMK-10. setakat ini, masih belum bertemu catatan mukasuratnya. Akan tetapi, elok juga kalau kita meneliti dulu apakah rancangan pendidikan tertiari yang dinyatakan oleh PM Najib hari ini yang releven dengan kita. Saya ekstrakkan apa yang tersurat.

GRADUAN
1) memperkukuhkan kurikulum pengajian dengan kandungan akademik dan softskills
2) Latihan industri berstruktur
3) kursus mematuhi MQF dan dipantau oleh MQA

JABATAN KIMIA: Perkara 1,2 dan 3 sudah diselesaikan tanpa perlu menunggu 2015. Bravo!


KAKITANGAN AKADEMIK


1) melantik/mengekal staf terbaik (ini rutin kita kan)

2) 15% kakitangan menjalani 6 bulan latihan industri bagi setiap lima tahun perkhidmatan (Mekanisma cuti sabatikal perlu dikemaskini?)

3) menjelang 2015, peratus staf PhD perlu 75% (hampir dan akan capai menjelang 2015)

4) Ganjaran kompetitif setanding sektor swasta dan menawarkan manfaat bukan kewangan seperti waktu mengajar yang fleksibel (perlu senaraikan manfaat bukan kewangan sebagai pensyarah berbanding kerja swasta)

5) Modul latihan asas untuk staf baru (rujuk RMC, HEK, HCD)

6) Staf baru akan diselia oleh staf kanan (Jangan biarkan mereka teraba-raba :)

7) Staf baru akan dikurangkan tugasan pengajaran dalam 3 tahun pertama untuk membolehkan mereka menyediakan asas penyelidikan dan mencari geran penyelidikan (kontroversi dan perlu penelitian lanjut :)

8) Mereka yang bersara atau staf luar negara digalakkan berkhidmat secara kontrak dengan skim yang menarik dan lebih kompetitif ( sudah dilakukan)

9) kenaikan pangkat tanpa perlu memegang jawatan pentadbiran (penyelarasan peringkat universiti) 

Any comments?

Bakri

7 comments:

  1. 6) Staf baru akan diselia oleh staf kanan (Jangan biarkan mereka teraba-raba :)

    Yang ni agak menarik untuk setiap panel memikirkan bersama untuk menolong staf yang baru balik PhD untuk establish dari segi dana dan penempatan penyelidikan masing2.

    Dari segi dana mungkin tidak susah tetapi dari segi penempatan yang agak meruncing?

    ReplyDelete
  2. antara satu tugasan PTK saya..
    bagaimana mentor-mantee boleh memudahkan laluan kerjaya pensyarah.
    mmmm..masih mencari idea :)

    ReplyDelete
  3. Antara yang boleh menolong ialah melantik junior lecturer sebagai co supervisor untuk pelajar postgraduate, sementara junior lecturer menjemput pensyarah senior sama2 menyelia pelajar PSM.

    Lepas tu bolehlah tulis paper bersama dan jangan lupa untuk share insentif publication ok!

    ReplyDelete
  4. couldn't agree more with Dr Zainoha!!

    ReplyDelete
  5. Yang mana Zul agree sangat ni? Bab share duit ke? hehe..siapa tak nak duit kan!!

    Saya sekarang dok tengah fikir macamana nanti Jabatan nak selaras makmal penyelidikan di C18, 19 dan 10 dengan bangunan baru yang sedang dibuat nun jauh di sana. Rasa macam susah tapi tak pernah pulak bincang dengan orang lain. Pensyarah lain macam tak complaint pun, jadi saya pun tak pasti apa perancangan seterusnya.

    ReplyDelete
  6. research lab tertentu di jabatan sekarang mungkin boleh dijadikan teaching lab (kena lihat teaching lab sekarang mencukupi ke tak)
    tapi bagaimana dengan research PSM? mereka tak akan feasible untuk ke bangunan baru yang nun jauh di sana.
    jadi, kita masih perlukan research lab di jabatan.
    jika semua peralatan dan bahan makmal utama di pindah ke sana, macamana pula ianya mahu dikongsi untuk kegunaan pelajar PSM?

    manakala, pelajar research juga akan sukar menggunakan peralatan yang kekal di jabatan (melainkan bangunan baru ada instrumen baru, tetapi akan memerlukan pula tambahan jawatan baru seperti pegawai sains dan pembantu makmal).

    pensyarah bagaimana pula? Ibnu Sina sudah dilihat jauh..apatah lagi bangunan baru :)

    fikirlah apa yang patut nanti..
    bincang2lah penyelesaian yang terbaik.
    saya nak kena siapkan assignment PTK dulu..ada 7 soalan bertulis yang masih belum terjawab..adehh

    ReplyDelete
  7. yg no 6 punya comment tu..hehe

    ReplyDelete