Berjumpa lagi dengan cerita dari Budapest. Tram ini lalu di hadapan hotel kami dan boleh terus pergi ke bandar (5 minit saja) dan juga ke sungai Danube. Bergantung kepada tempat kita menginap tetapi kebanyakan tempat senang dihubungi dengan tram. Sangat mudah berjalan di sini, kalau penat berjalan, naik saja mana2 tram yang sesuai dengan destinasi kita. Di waktu ini Universiti belum bercuti, pelajar sedang exam kalau tidak silap saya. Masing2 sibuk memegang nota, mungkin ada exam.
Terjumpa bunga ini di tepi jalan, sangat menarik dan unik. Secara umum, bandar Budapest hanya tersohor dengan bangunan yang besar dan unik, tetapi tidak ada sangat hiasan bunga. Bandar ini sudah melalui pelbagai jenis era sejarah yang unik (~800 tahun) termasuk penaklukan oleh Turki sekitar 1550an hingga 1700. Gereja St. Matthias yang tersergam indah di atas bukit BUDA itu juga pernah menjadi masjid tetapi mengikut pengamatan saya sejarah Islam itu seperti mahu saja ditutup oleh mereka. Parlimen mereka baru saja mengistiharkan bahawa penduduk Hungary boleh mempunyai dua kerakyatan, tetapi nampaknya jiran mereka seperti Romania agak tertekan dengan keadaan ini kerana ada lebih kurang 1 juta penduduk Hungary di Romania ketika ini. Tarikan lain Budapest ialah spa yang sangat banyak di sekitar bandar ini, mungkin sebanyak 80 semuanya. Suhu pada hari rabu ialah 35oC.
Seperti yang dijanjikan, semalam saya berjalan di sebelah malam di tebing singai Danube, kononnya nak ambil gambar di sebelah malam dengan sinaran lampu yang memukau. Tapi, sayang sekali, kamera ku tidak secanggih, jadi tak dapatlah nak ambil apa2 gambar yang menarik. Walauapapun, pada sebelah petangnya, sempat jugalah mengambil gambar bangunan Parlimen yang tersohor itu dari sebelah sini sungai, sangat cantik untuk dijadikan desktop komputer. Air sungai sudah semakin surut dan bot tourist sudah nampak mula berjalan semula tapi kami tidak sempatlah nak naik, hari ini hari terakhir conference.
Pada hemat saya, orang di Budapest ni relax dan santai saja, tidak nampak tension dan well dressed up seperti di setengah negara di sebelah timur seperti Korea etc. Keadaan bandar bersih dan selamat untuk bersiar2. Sebenarnya di mana2 pun kita kena sentiasa berhati2 kot. Secara umum, saya rasa Budapest ialah satu temapt yang menarik untuk dilawati. Tiket dari Malaysia boleh semurah RM 2000 plus dari Singapore dan semahal sekitar RM 6000 plus naik MAS. Hotel kalau mahu boleh pilih yang mengadap sungai Danube, tentunya cantik. Hotel kami di dalam kampong sikit tapi boleh tengok suasananya juga.
Saya dapat tahu UTM sudah diiktiraf menjadi Research University. Pagi2 lagi sudah dapat message dari Prof Salasiah mengenainya. Tahniah untuk semua. Jumpa lagi.
No comments:
Post a Comment