Monday, July 26, 2010

Resipi for the Month - Pilau Bilik Aktiviti








Lama tidak menulis resipi. Resipi untuk bulan ini ialah seperti berikut yang telah disediakan oleh Puan Khaida, Zie, Farediah dan Norsiah. Jangan lupa mencuba di rumah ok.


Ayam Masala


Bahan-bahannya:
Ayam
Bawang besar Holland – mayang
Halia
Bawang putih
Tomato (7 Biji) - cincang
Cili padi - cincang
Kunyit (serbuk)
Garam masala
Paprika/serbuk cili
Daun ketumbar
Garam
Gula

Cara:
1. Goreng bawang besar hingga garing
2. Masukkan halia dan bawang putih yang ditumbuk
3. Masukkan tomato yg di cincang, cili padi, paprika/ serbuk cili dan serbuk kunyit.
4. Masukkan daun ketumbar sedikit
5. Masukkan ayam dan biarkan mendidih sehingga kuah pekat. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
6. Bila ayam telah empuk dan kuah pekat, taburkan 2 sudu teh garam masala.
7. Akhir sekali taburkan daun ketumbar ke atas ayam.



Nasi Pilau

Bahan-bahannya:
Bawang besar Holland – mayang
Halia
Bawang putih
Tomato (7 Biji) - cincang
Garam masala
Paprika/serbuk cili
Daun ketumbar
Garam
Mix vege
Lada hitam
Bunga cengkih
Jintan halus

Cara:
1. Goreng bawang sehingga garing.
2. Masukkan bawang putih dan halia yang ditumbuk.
3. Masukkan tomato yang dicincang.
4. Masukkan paprika/serbuk cili, mix vege dan garam masala.
5. Masukkan air ( 1 beras: 1.5 air ). Beras hendaklah direndam selama 30 minit sebelum itu.
6. Masukkan garam, 7 biji cengkih dan 7 biji lada hitam.
7. Bila dah masak, taburkan jintan halus atas nasi dengan cara gosokkan jintan halus pada tapak tangan.



Chutney

Bahan-bahannya:
Bawang besar Holland
Daun ketumbar
Daun pudina
Garam
Gula
Limau nipis
Tairu

Cara:
1. Kisar bawang besar, daun ketumbar, daun pudina sehingga halus.
2. Tambahkan garam, gula, limau nipis dan tairu dalam bahan-bahan yang dikisar.





Udang Masala


Bahan-bahannya:
Udang
Bawang besar potong wedges
Bawang putih kisar
Lada merah hidup kisar
Chilli padi kisar (amount ikut cita rasa pedas)
Garam marsala ( 1tsp)
Garam
Gula

Cara:
1. Goreng udang yang telah digaul dengan kunyit dan garam setengah masak. Angkat
2. Goreng bawang putih, chilli merah dan chilli padi yang ditumbuk hingga garing.
3. Masukkan bawang besar.
4. Masukkan garam marsala dan udang, gula dan garam secukup rasa.

3 comments:

  1. Thanks a lot.

    Saya makan 3 kali hari tu. Walaupun ada PSZ roadshow kat bilik aktiviti, tapi saya tau itu adalah detik terindah dalam dunia pemakanan saya dan saya memang sukakan nasi pilau pn norsiah.

    I will try this recipe. It is really 'something' and I wish everyday is Pilau day!!

    ReplyDelete
  2. Terima kasih tidak terhingga kpd: Dr Farediah krn sponsor menu nasi pilau, Kak Norsiah krn telah memasak nasi pilau & ayam masala (semestinya dgn penuh kasih sayang), Kak Zie & Kak Khaida krn telah memasak udang masala (juga dgn penuh kasih sayang).
    Saya makan sekali tetapi tambah nasi sket. Mmg 'kaw' sungguh masakan ini. Mesti cuba masak!

    ReplyDelete
  3. Tadi terdengar Dr Mamoun nak melamar lagi nasi ini..haha mesti sedap dia makan..jadi ke dia nak belanja? mudah-mudahan ada rezeki lagi sebelum puasa ni..

    ReplyDelete