Thursday, July 29, 2010

Masakan Chef Naz


Hari ini (Khamis, 29 Julai 2010) kalau sesiapa masuk Bilik Aktviti masa lunch time, memang langkah kanan!! Apa taknya, silalah tengok apa yang terhidang di atas meja tu. Rupanya hari ni PM Nazlan menjadi chief cook. Ada kari ikan, sambal tumis udang, dan ayam blackpepper..Memang Sedap... Nasib baik saya masuk juga ke Bilik aktiviti di waktu petang so langkah petanglah, dapat juga rasa kari ikan etc. Kueh sudah melepas, cuma boleh tengok gambar saja, dah habislah tu. Agar 1 Malaysia kot namanya, sambal belacan dan ulam-ulaman disediakan oleh chef terkenal kita, Puan Norsiah yang akan mula bersara tidak lama lagi..Sob.sob..

Bilik Aktivti Kimia ni macam ni lah, ada musimnya, musim rajin masak, musim malas masak, musim exam, musim sibuk memanjang, tapi saya rasa sekarang ni musim nak kena tukar warna di Bilik tu agaknya...apa kata semua? Kalau kita upah student Global Outreach cat Bilik Aktiviti ok tak? Sponsor boleh dari perseorangan atau dari tabung Bilik Aktiviti.. setuju ke? Jom pilih warna.

Saya cadangkan warna kuning mustard dan moss green, atau purple and pink, atau black and white atau atau atauu...pilihlah apa yang suka. Kena tanya boss bilik aktivitilah untuk tindakan selanjutnya..the last time kita mengecat ialah sebelum Zul pergi buat PhD betul kan?




Add Image








4 comments:

  1. wah cantik sungguh gambar yang diambik. Rasanya pulak pasti lah lagi2 sedap ;) Thanks to the Chef yang bertungkus lumus memasak dan membeli barang dan periuk skali :)

    Aktiviti mengecat? Boleh je upah students utk GOP. Sy stuju tu and they can do the job during weekend. Betul tak?

    ReplyDelete
  2. erk..perabot boleh dicat sekali tak,
    yang tu mcm mencacatkan pemandangan,
    nak tunggu perabot yang baru ibarat menunggu org tu nak berumahtangga..hehe

    ReplyDelete
  3. Kalau setuju dengan idea GOP tu, Puan Khaida bolehlah memilih warna sesuai, orang mengecat dan ongkosnya, serta weekend mana sebab dah nak puasa ni atau selepas puasa saja...wajah baru?

    Dah ada orang setuju warna kuning tu. Kuning mustard tu memang cantik macam wall di DSI. Tapi nak matching dengan warna apa?

    ReplyDelete