Wednesday, July 21, 2010

Jamuan Kesyukuran Citra Karisma 21 Julai 2010

Tanggal 21 Julai 2010, hari Rabu, Jabatan Kimia meraikan Majlis Kesyukuran daripada penerima anugerah Citra Karisma 2009. Tahniah dan semoga bekerja dengan lebih cemerlang, gemilang dan terbilang di masa akan datang.




Semua staf sedang khusyuk menganalisa juadah yang terhidang. Antaranya adalah Ayam Rendang, Ikan Bakar (Kembung dan Cencaru), ulam-ulaman, ikan masin (bulu ayam?), masak lemak pucuk ubi kayu dan buah tembikai. Untuk pemanis mulut, turut disediakan lompat tikam.
Ini adalah lompat tikam yang dipesan khas dari Kangkar Pulai. Hmm....sedapnya!!! Sampai bungkus dalam kotak dan dibawa balik...atau pun baru nak dikeluarkan dari kotak untuk dihidangkan? Sila hubungi Pn Asma untuk tempahan :)

Sekali lagi, terima kasih daun keladi buat semua yang bertungkus lumus menjayakan majlis ini.
Kami sudahi dengan serangkap pantun:

Mendengar lagu nyanyian Siti
Malangnya Siti empunya Dato' K
Kalau makan tak henti-henti
Nanti dapat anugerah PJK

Cuba teka apa PJK??

Gambar oleh: Dr. Shaja
Teks oleh: Nazlan and Zie

6 comments:

  1. Hihi. Apa tu?

    ReplyDelete
  2. Perjalanan jauuuuhhh ke depan. Betul ke?

    ReplyDelete
  3. PJK - perut jauh ke depan. bun...........cit.

    ReplyDelete
  4. hari-hari makan roti
    kadang-kadang makan maggi
    anugerah PJK memang dinanti
    tanda suami dijaga isteri

    lepak-lepak di bilik aktiviti
    tahun depan makan lagi

    ReplyDelete
  5. Siti kupuja dipetik Dato'K
    Hatiku pilu rasa sedih
    Kalau nak tahu apa PJK
    Siti hanya Puteri Jelmaan Kasih

    ReplyDelete
  6. ala...ingtkan Pingat Jasa Kebaktian..huk huk huk

    ReplyDelete