Wednesday, April 7, 2010

Umrah Menuju Allah: Catatan Peristiwa

Tanggal 8 - 18 Februari 2010 adalah tarikh bersejarah buat kami di Jabatan Kimia, kerana pada tarikh ini seramai 20 rombongan ahli Jabatan Kimia bersama keluarga masing-masing berkesempatan mengerjakan ibadat Umrah dan Ziarah. Disini kami ingin berkongsi cerita, melayari kronologi catatan peristiwa sepanjang perjalanan suci ini.

Perjalanan dimulakan pada pagi 8 Feb 2010. Terima kasih kepada Pn. Dzana Ibrahim dan Dr. Norazah bersama suami yang sudi menghantar kami ke foyer pentadbiran UTM.

Sebahagian rombongan bergambar kenangan di KLIA. Ramai keluarga dan sahabat yang datang memberikan ucapan selamat jalan.


Kami akhirnya tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdul Aziz. Masa tu masing-masing kepenatan sebab perjalanan mengambil masa selama hampir 12 jam. Walaubagaimanapun, masing-masing masih lagi berupaya mengukir senyuman mahupun membuat lawak spontan.


Kami kemudiannya dibawa ke Bahaudin Hotel di Madinah. Beginilah keadaan dihadapan hotel tersebut. Kedua-dua wanita diatas bukanlah wanita Arab, sebaliknya adalah PM Dr. Wan Aini dan PM Dr Zainab.


Catatan akan bersambung ...

3 comments:

  1. Vid clip tu dah siap? Kalau nak extra video, ko leh mintak ka nab. Aku dah bagi yg aku nyer kat kak nab.

    ReplyDelete
  2. Rozid, we use the tasbih that you gave us when we travel, comel dan kecil aje, jadi senang dibawa. May Allah reward you in this world and hereafter. Ameen.

    ReplyDelete
  3. Bila nak sambung cerita? Terlalu sibuk buat CRR ke? Jangan stress sangat, takut kena CPR pulak!!

    ReplyDelete