Sewaktu dijemput oleh pihak pejabat MARA lreland untuk memberikan komentar motivasi, saya tercari-cari buku rujukan yang boleh di kongsi bersama peserta yang merupakan bakal-bakal doktor perubatan. Memetik hikmah 'the flowing river' oleh Paulo Coelho, penulis magnum opus 'the alchemist' amat menyegarkan terutamanya dalam menyentuh persoalan 'human touch'. Namun, ada satu buku yang menjadi tumpuan utama saya dalam wacana motivasi tersebut; Jack Canfield 'Prinsip kejayaan'. Terdapat satu persamaan penting yang di kemukakan dalam buku tersebut yang menjadi topik asas perbincangan selama sejam tersebut.
Seketika selepas saya sekembali ke tanahair, saya di minta oleh pihak fakulti untuk memberi pengisian motivasi untuk satu bengkel kecemerlangan pelajar. Kesempatan tersebut digunakan untuk mencanaikan kembali terbitan persamaan 'E+R=O'. Bezanya cuma audiens yang berlainan.
E + R = O
E= event; R= respons; O= outcome dengan E adalah pemalar.

'Event' adalah perkara yang berlaku yang mana kita tidak ada kuasa untuk mengubahnya.
'Respons' adalah tindakbalas kita terhadap perkara yang berlaku.
'Outcome' ialah hasil tindakbalas kita terhadap perkara tersebut.
Memerhatikan persamaan tersebut, jika E adalah pemalar, apakah penentuan kepada nilai kepositifan ataupun kenegatifan perkara O? Jawapannya akan bergantung kepada R sama ada bernilai positif ataupun negatif.
Ya, ianya berkaitan dengan respons yang kita pilih terhadap perkara yang berlaku. Saya memberikan analogi mudah kepada pelajar-pelajar tersebut. Jika hujan turun di awal hari sebelum kuliah pagi dimulakan, apakah pilihan yang boleh dilakukan oleh mereka. Untuk memberhentikan hujan bukanlah di bidang kuasa yang ada. Memilih untuk berdiam diri di kolej kediaman sambil menyambung lena tidur adalah satu pilihan. Berusaha untuk pergi ke kelas sama ada berpayung atau melalui ikhtiar lain juga merupakan satu pilihan lain yang ada. Pilihan yang mana dibuat akan menentukan hasil akhir yang di terima.
Perkara yang sama juga dapat diaplikasikan di mana-mana terutamanya dalam menangani tekanan urusan seharian kita di rumah ataupun di pejabat. Kita sudah biasa dengan ungkapan 'be positive'. Namun mengaitkan nilai positif dengan hasil seharian yang diperolehi adalah suatu yang mengujakan.
Kita tidak boleh mengubah nilai E, tetapi kita mampu mengubah nilai R supaya nilai keseluruhan O adalah positif.
Akan tetapi, realitinya tidak semudah itu. Mempositifkan segala apa yang berlaku di sekeliling kita merupakan tugasan yang cukup sukar. Tambahan pula apabila ruang pergaulan kita semakin melebar dan perhubungan semakin meluas. Karenah manusia yang pelbagai rencam pasti memberikan bermacam tambahan warna kepada corak kehidupan kita. Bersabar. Saya rasa itulah kunci kata yang akan banyak menyumbang kepada nilai respons kita yang positif. Persoalannya, mampukah kita? Sekali lagi, pilihan akhir tetap di tangan kita semua.

"Sungguh menakjubkan perkaranya orang yang beriman, kerana segala urusannya adalah baik baginya. Dan hal yang demikian itu tidak akan terdapat kecuali hanya pada orang mu'min: Iaitu jika ia mendapatkan kebahagiaan, ia bersyukur, kerana (ia mengetahui) bahawa hal tersebut merupakan yang terbaik untuknya. Dan jika ia tertimpa musibah, ia bersabar, kerana (ia mengetahui) bahawa hal tersebut merupakan hal terbaik bagi dirinya." (HR. Muslim)
Agree..where there is a will.there is a way=)
ReplyDeleteTindakan atau respons kita boleh dikaitkan dengan habit seseorang. Melalui pengalaman sendiri, habit seseorang bisa berubah, samada kepada lebih positif atau negatif. Sepanjang perjalanan hidup kita kadangkala kita memungut habit yang positif atau negatif. Kata orang, untuk sesuatu itu menjadi habit kita, kita perlu melakukannya selama 40 hari, samada habit baik atau tidak. Kalau tak percaya cubalah. Nak cuba yang mana satu? Tentulah nak cuba yang baik kan? Tak cuba tak tahu...
ReplyDeleteAlah bisa tegal biasa.
sangat betul, sikap sendiri juga akan mempengaruhi keputusan di buat.
ReplyDeleteStephen Covey ada tulis berkenaan sifat seek first to understand, then to be understood.
Sikap ini penting terutamanya dalam perkara melibatkan persoalan hubungan 'inter' peribadi supaya keputusan di buat tidak terburu-buru.
Datuk NC selalu sebut berkenaan 8th habit,
salah satunya terasnya ialah empowerment.
Kita maju dengan memajukan bersama orang lain :)
Barulah daripada efektif menjadi hebat!