Wednesday, April 7, 2010

KUEH SOM SOM















KUEH SOM-SOM (Khaida/Norsiah)

Bahan:

1 cawan tepung beras

1 camca teh garam

5 – 5 ½ cawan santan

3 helai daun pandan

Cara:

1. Campurkan 2 cawan santan dengan tepung.

2. Santan selebihnya dipanaskan atas api bersama daun pandan

3. Bila santan panas masukkan adunan tepung tadi.

4. Sentiasa kacau supaya bancuhan tidak berketul. Masak sehingga likat dan berkilat.

5. Angkat dan tuang dalam mangkuk atau bekas yg sesuai.

6. Siram sirap gula kabong ke atas Bubur Som Som apabila menghidangkannya.

Bahan-bahan Sirap Gula :

2 ketul gula kabong atau 150gm gula merah

250ml air

1 sudu besar gula pasir

2 helai daun pandan


Cara-cara:

1. Satukan semua bahan dalam periuk dan panaskan atas api hingga menggelegak.

2. Masak sehingga gula larut.

3. Tapis larutan sirap sebelum menggunakannya.








1 comment:

  1. Saya beri 5* (maksimum * ni tau) utk kueh som som ini.

    ReplyDelete