Thursday, April 8, 2010

Hijau dan Ungu




Cantik sungguh bunga ini, warnanya ungu dan berdaun hijau pekat. Itulah nikmatnya melihat akan penciptaan Tuhan, lembut saja warnanya, dan kalau warnanya terang sekalipun akan nampak serasinya tu. Bercakap tentang pemilihan warna, teringat pulak kaum hawa yang sangat cerewet apabila nak memilih warna tudung dengan warna bajunya. Sekali sekala ternampak juga ahli Jabatan Kimia yang pakai warna baju berlainan sangat dengan warna tudungnya. Katanya trendy! Hah, trendy atau tak sempat nak gosok? Tak apalah, yang penting mengajar mesti BEST, tak kiralah baju tak sama warna dengan tudungnya. Tetapi cuba anda semua bayangkan kalau kita memakai kurung berwarna hijau pekat dan dipadankan dengan tudung berwarna ungu atau kaum lelaki memakai baju kemeja berwarna hijau pekat dan tie berwarna ungu. Ok tak? Tak cuba tak tahu! Tapi takut pulak nanti pelajar lari lintang pukang..

Pokok ini sebenarnya sangat senang ditanam, malah anak pokoknya akan tumbuh di merata tempat tanpa dijemput. Kalau nak tahu lebih lagi tentang betapa “persistentnya” pokok ini tumbuh, tanyalah Dr. Nor Aziah. Kekakar ceritanya. Hah, tetapi nama nya apa? Ngak tahu juga, pandai tanam aje, nama tak penting. Atau mungkin ada di antara ahli chemist nak jadi ahli botanists dan menolong kita?

Pengajarannya dari artikel hijau dan ungu ini ialah kita semua adalah hamba Allah yang sudah semestinya tidak sehebat Pencipta yang Maha Sempurna… untuk renungan bersama di pagi Jumaat yang mulia.


2 comments:

  1. Kak Zie, ape ceritanya yg kelakar 2?

    ReplyDelete
  2. Kak Gayah pun ada si pokok ni, banyak.

    ReplyDelete