Friday, April 30, 2010

Cous Cous Berlimau

Daging Couscous berlimau (Hidangan 4 orang)
Bahan untuk daging:
500g daging lembu (batang pinang), 2 ulas bawang putih (tumbuk), 1 cck halia kisar, 1 ccb serbuk jintan, 2 cck serbuk ketumbar, ½ ccb cili boh, sedikit minyak zaitun, 1 cwn stok daging, 200g buah zaitun hijau tanpa biji (dititik), ½ cwn daun ketumbar (dicincang)
Bahan untuk cous cous:
2 cwn couscous, 2 biji oren bersaiz sedang (~500g), 1 cwn air, 1 cwn jus oren, ¼ cwn hirisan badam masak, 1 cck ‘zest’ kulit lemon, 1 bawang merah kecil (hiris nipis)
Cara :
1. Gaul bawang putih dan 2/3 rempah dalam mangkuk. Gaul daging dengan campuran rempah hingga sebati. Bakar daging di atas grill hingga masak mengikut citarasa.
2. Buang kulit dan bahagian empulur limau. Potong dan hiris nipis. Tuang air dan jus di dalam kuali leper dan didihkan campuran. Alihkan dari api, masukkan couscous dan kacau rata. Tutup kuali dan biarkan selama 5 min atau hingga semua cecair telah diresap ke dalam couscous, selalu kacau couscous menggunakan garpu. Tambahkan limau dan bahan yang lain sambil dikacau dengan perlahan untuk memastikan campuran sekata.
3. Sos cili: Masak pes cili, minyak zaiton baki campuran rempah di dalam kuali yang kering hingga wangi. Tambahkan stok dan biar hingga mendidih. Biarkan merenih (tanpa ditutup) selama 3 min atau sehingga sos menjadi separuh daripada asal. Alihkan dari api dan tambahkan buah zaiton dan daun ketumbar. Hiris daging mengikut citarasa dan hidangkan daging di atas couscous dengan renjisan sos cili panas.

1 comment:

  1. InshaAllah akan cuba resipi ni sebab suka makan kuskus. Inilah makanan kegemaran orang Libya. Nanti saya akan postkan gambar hidangan kuskus yang pernah saya makan semasa di Libya.

    ReplyDelete