Monday, May 31, 2010

Teater Imam Al Bukhari

Assalamualaikum,

Malam tadi, selepas pulang dari ekspedisi Gunung Angsi, saya bersama sama Pn Dzana dan anaknya Hakim sempat menonton Teater Al Bukhari di Persada Convention Center, Johor Bahru.

Aktiviti anjuran Waqaf An Nur dengan kerjasama Yayasan Warisan Johor ini adalah suatu usaha yang perlu dipuji dengan melahirkan bentuk hiburan alternatif yang pastinya menjadi bualan dan siulan peminat seni.

Semasa menonton teater ini, saya dibawa ke zaman Imam Hambali, pemerintah Ma'moun dengan ajaran Muktazilah dan Al Mutawakkil yang menggantikan pemerintahan Ma'moun. Saya sendiri sudah ingat-ingat lupa dengan sejarah ini dan saya rasakan ia tidak sepatutnya berlaku. 

Lakonan memuaskan dan banyak pengajaran daripada cerita yang ingin disampaikan. Di akhir teater, saya berpesan pada diri untuk mencontohi tingkah laku, sifat dan kekuatan dalaman pejuang ilmu hadis ini, semoga hidup diberkati dan diredhai Allah swt.

Saya kongsikan sedikit gambar yang berkaitan:

Imam Hambali dan Pemerintah Ma'moun sedang berhujah
 Imam Al Bukhari ketika ajal datang menjemput, dikelilingi pelajar-pelajarnya
 Barisan pelakon yang menjayakan Teater Al Bukhari

the CHE 

2 comments:

  1. x rugi menonton nyer walau pun badan penat. Memang best....

    ReplyDelete
  2. Tak pernah tengok teater, jadi tak boleh imagine.

    ReplyDelete