Monday, May 31, 2010

XPDC Angsi 2010

LINTAS LANGSUNG DARI ULU BENDUL (28 - 30 Mei 2010)

Serombongan ahli Jabatan Kimia yang terdiri daripada pensyarah dan keluarga, serta pelajar dilihat berkhemah dan bersiap sedia untuk menawan Gunung Angsi. Mereka semua kelihatan ceria dan bersemangat sekali.

Mereka semua memang telah bersedia dengan latihan dan perut yang berisi penuh dengan nasi goreng Pn Norsiah di pagi hari.

Adakah mereka semua berjaya ke puncak Angsi? Atau mereka hanya meninggalkan tapak kaki sahaja di hutan yang cantik ini?

Adakah mereka kepenatan? Cukupkah tenaga untuk mendaki?


Ingin tahu apa yang berlaku? Berjayakah mereka semua? Apakah peristiwa menarik yang boleh dikongsi bersama? Sama sama kita nantikan berita selanjutnya dari Gunung Angsi.


Nantikan BERITA PENUH ANGSI 2010.

Sabar ye!!

Teater Imam Al Bukhari

Assalamualaikum,

Malam tadi, selepas pulang dari ekspedisi Gunung Angsi, saya bersama sama Pn Dzana dan anaknya Hakim sempat menonton Teater Al Bukhari di Persada Convention Center, Johor Bahru.

Aktiviti anjuran Waqaf An Nur dengan kerjasama Yayasan Warisan Johor ini adalah suatu usaha yang perlu dipuji dengan melahirkan bentuk hiburan alternatif yang pastinya menjadi bualan dan siulan peminat seni.

Semasa menonton teater ini, saya dibawa ke zaman Imam Hambali, pemerintah Ma'moun dengan ajaran Muktazilah dan Al Mutawakkil yang menggantikan pemerintahan Ma'moun. Saya sendiri sudah ingat-ingat lupa dengan sejarah ini dan saya rasakan ia tidak sepatutnya berlaku. 

Lakonan memuaskan dan banyak pengajaran daripada cerita yang ingin disampaikan. Di akhir teater, saya berpesan pada diri untuk mencontohi tingkah laku, sifat dan kekuatan dalaman pejuang ilmu hadis ini, semoga hidup diberkati dan diredhai Allah swt.

Saya kongsikan sedikit gambar yang berkaitan:

Imam Hambali dan Pemerintah Ma'moun sedang berhujah
 Imam Al Bukhari ketika ajal datang menjemput, dikelilingi pelajar-pelajarnya
 Barisan pelakon yang menjayakan Teater Al Bukhari

the CHE 

Thursday, May 27, 2010

Viva MSc

Satu sesi temubual (viva) pelajar Sarjana akan diadakan seperti berikut:
Nama pelajar : Alia Sofie bt Jemale
Penyelia : Jafariah Jaafar
Pemeriksa : Wan Aini Wan Ibrahim
Tarikh : 3 Jun 2010
Masa : 9 pg
Good luck to Alia.

Lifelong Learning

This is a special request from Oha. I am sharing this learning experience couple of years back...... Jap...

Lifelong Learning

“What are you doing now?” That is the commonest question that I got nowadays. And my simple answer is always “I am studying for my PhD.” Then came responses like …”But you are already old,..what late fortys…”, “…Why do you need to study? Are you aiming for a promotion?”, “…...hmmmmmmm”. These are typical responses that I got from friends, colleagues and family members. Since I am the type that often gets swayed, it makes me think twice as to why I am troubling myself with this program. If I’m So Smart, Why Am I Not There yet? -- Success as a Balancing Act. Improvement means different things to different people. You may want to scale the heights and capture the ability to address thousands in a convention hall. Or you may need to simply get better when delivering a chalk talk to half a dozen co-workers. As for me, I need to satisfy myself by getting a PhD before I retires.

For your information, I received a JSPS-Ronpaku fellowship. The aim of JSPS's RONPAKU (Dissertation PhD) Program is to provide tutorial and financial support to promising young researchers in Asia who wish to obtain their PhD degrees from Japanese universities through the submission of a dissertation without going through a doctoral course.

Why do I trouble myself by staying few months in Japan alone, leaving my family, especially my school-going daughters? Why do I bother to continue studying in a foreign country, in which I do not speak the language? Besides communication barrier, there are problems like halal foods, how do I get help from fellow student researchers in the lab that most often speak very little English.

Once I arrived in Japan, all my pre-conceived thoughts about this program were proven wrong. In the lab, I felt at ease because I am not the oldest student. There are two PhD students who are in the late 50’s and the sight of them working for their doctorate degree put new perspective in my life. Motivated…rewarding…I even went to the extent of having my eyes, i.e. my lenses replaced, so that I can have “young” eyes to enable me to look at the tiny capillaries of 100-20 µm i.d. Without the eyes, it would be rather difficult to do the research, if you can’t see what you are doing. The research is moving to the nanotechnology, and we being the older generations, have to keep up with the pace.

I am amazed by the Japanese discipline and honesty. Eventhough they look aloof but they are extremely helpful if assistance was sought. The crime rate in Japan is very low because the Japanese respect the law. You can walk at 1.00 am alone and it is quite safe. People would leave their laptop and personal items on a table in the lab or a conference room, and the items would still be there when they return. Would this scenario be possible in Malaysia? Hem…maybe one day in the future………..

Lifelong learning is the concept that "It's never too soon or too late for learning", a philosophy that has taken root in a whole host of different organizations. Lifelong learning is attitudinal; that one can and should be open to new ideas, decisions, skills or behaviors. Lifelong learning throws the axiom "You can't teach an old dog new tricks" out the door. A lifelong learning framework encompasses learning throughout the life cycle, from birth to grave and in different learning environments, formal, non-formal and informal.

I have achieved what I aimed for, and as a reward for my achievement, I got myself the affordable dream car.......





~to be continued~

Tuesday, May 25, 2010

Publications 2010 - Farediah Ahmad, Hasnah Mohd Sirat

Emrizal Rajudin, Farediah Ahmad, Hasnah M. Sirat, Dayar Arbain, Hassan Y. Aboul-Enein, Chemical constituents from tiger's betel, Piper porphyrophyllum N.E.Br. (Fam. Piperaceae), Natural Product Research, (2010), 24(4): 387 – 390. Impact factor: 0.782.

Untuk Generasi Kedua Jabatan Kimia

Apakah penjadualan dan perancangan waktu harian mencukupi untuk pengurusan rumah tangga? tanya moderator Wardina kepada tetamu jemputan, Ustaz Hasrizal.
Ustaz Hasrizal mula dikenali sebagai 'ustaz cinta' apabila menerbitkan siri buku pengurusan rumahtangga; aku terima nikahnya, bercinta hingga ke syurga dan murabbi cinta. Cukup terkenal dengan blognya saifulislam.com, ustaz Hasrizal banyak terlibat dalam siri motivasi dan character building, termasuk memperkenalkan modul latihan 7th habit of highly effective muslim yang dilancarkan buat julung kali di Perkhemahan Musim Sejuk Ireland beberapa tahun lepas.
Ikuti jawapan ustaz Hasrizal dalam video berikut :)





Monday, May 24, 2010

Viva MSc

Satu pepriksaan lisan pelajar MSc (viva-voce) akan diadakan sepeti berikut:

Nama pelajar: Muhammad Syamil bin Azahar
Penyelia : P.M. Dr. Farediah Ahmad
Prof Dr Hasnah Mohd Sirat

Tarikh : 24 Mei 2010 (Isnin)
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Bilik Mesyuarat Utama, Fakulti Sains.

Good Luck.

Saturday, May 22, 2010

Who Am I?

Untuk memeriahkan sedikit minda ahli jabatan yang sentiasa sibuk tu, cuba lah jawab teka teki ini.

I am your constant companion.
I am your greatest helper and your heaviest burden.
I will push you onward or drag you down to failure. I am completely at your command.
Half of the things you do might as well turn over to me. Show me exactly how you want something done and after a few lessons I will do it automatically.
I am the servant of all great man and alas, of all the failures as well.
Those who are great, I have made great. Those who are failures, I have made failures.
I am not a machine but I work with all the precision of a machine plus the intelligence of a man.
You may run me for profit or run me for ruin, it makes no difference to me.
Take me, train me, be firm with me, - and I will place the world at your feet.
Be easy with me and I will destroy you.

WHO AM I?

Thursday, May 20, 2010

Ulam Bukan Sembarangan Ulam

Gambar ini dihantar oleh WAWI kepada saya untuk dimasukkan ke dalam blog. Jadi sudah pastilah ianya ditanam di belakang rumahnya. Hai, kenapa pulak ada si cili padi di celah2 rimbunan herba tu? Hmmm...pengurusan tanaman bagaimana ya? Ada pulak yang masih di dalam plastik beg hitam, cuma tak pasti siapa empunya badan. Herba, cili atau....? Yang pasti katanya daunnya sangat sedap dibuat ulam. Saya rasa macam pernah tanam pokok ini suatu ketika dahulu tapi dah extinct, ulat juga suka rupanya.

Saya kurang pasti nama pokok herba ini dan tuan punya pokok pun tak tahu juga. Cari punya cari, rasanya pokok herba ini namanya pokok "Sambung Nyawa". Kalau saya salah tolong perbetulkan. Pokok ini dikatakan boleh mengubat banyak penyakit antaranya, menurunkan kolesterol, darah tinggi, meredakan sembelit, kencing manis, dan masalah buah pinggang (linaherbs.blogspot.com).

Nama lain: Googolipid, Mollucan spinach, Akar sebiak, seribu dinar. Family: Asteraceae.

Hah, apa lagi jom ke belakang rumah WAWI!...

Revisit Bajet 2010

SEMPENA PENYERTAAN JABATAN DI MINGGU SAINS, TEKNOLOGI DAN ICT  (MISTI 2010) PERINGKAT NEGERI JOHOR  (22-27 JUN 2010)

Pembentangan belanjawan negara bagi tahun 2010 telah di lakukan pada akhir bulan oktober tahun lepas. Pelbagai pihak yang berminat telah berdiskusi berkenaan hala tuju dan polisi kewangan yang perlu dijadikan landasan keutamaan bagi pacuan ekonomi untuk 2010 sebelum bermulanya dasar Rancangan Malaysia Ke-10 bagi tahun 2011-2015. Harus diingat bahawa bajet 2010 di bentang ketikamana ekonomi negara dan rantau dunia mula menunjukkan isyarat positif rentetan dari kemelesetan sebelumnya. Namun, kekangan kewangan masih tetap di rasai, seraya agihan kek belanjawan kali ini perlu diperhatikan dengan cermat supaya ianya terus dapat meningkatkan daya saing negara ke tahap lebih tinggi. Akan tetapi, pada masa yang sama agenda memasyarakatkan ekonomi negara tidak di ketepikan.

Bagi masyarakat sains, pembentangan belanjawan  memberikan input terbaik terhadap keseriusan kerajaan dalam menjadikan bidang sains dan teknologi, S&T sebagai satu teras utama kemajuan negara seiring negara maju yang lain. Tumpuan belanjawan dalam meningkatkan kualiti pendidikan S&T pada semua peringkat harus mendapat perhatian. Ini kerana negara telah menyasarkan untuk memenuhi nisbah bilangan saintis dan jurutera penyelidikan (RSE) sehingga mencapai sasaran 50 RSE bagi setiap 10,000 tenaga kerja menjelang 2010. Mengikut rekod kajian Pusat Sains dan Teknologi Maklumat Malaysia (MASTIC), nisbah RSE yang di catatkan negara pada tahun 2006 iaitu 17.9 RSE iaitu jauh dari nisbah RSE yang dimiliki oleh negara-negara maju seperti Singapura (87.4), Korea (89.9), Jerman (112.1), New Zealand (178.8) dan Jepun (202.8). Di peringkat awal pendidikan, proses pemulihan kembali polisi PPSMI seharusnya diberikan keutamaan terutamanya dalam menarik kembali minat pelajar kepada bidang S&T. Oleh kerana faktor bahasa pembelajaran telah di kenalpasti banyak menyekat pemupukan minat awal pelajar sebelum ini, pihak kerajaan perlu mengambil tindakan yang bersegera bagi memastikan lompongan pendidikan S&T yang telah terbentuk berjaya ditampung. Di peringkat pendidikan pengajian tinggi pula, peruntukan geran biasiswa dan penyelidikan untuk pelajar di peringkat pasca siswazah; sarjana dan PhD perlu diteruskan dan di berikan lebih nilai tarikan menepati aspirasi peningkatan modal insan S&T yang digariskan oleh MOSTI. Lebih dari itu, penerokaan segmen baru dalam peruntukan penyelidikan peringkat pasca kedoktoran sepertimana amalan negara maju perlu dilakukan dengan kadar segera bagi memastikan kelangsungan penyelidikan terarah dilakukan pada peringkat tertinggi.

Kedudukan terkini penarafan universiti sedunia berdasarkan culaan pihak THE-QS telah dikeluarkan dan menyaksikan perubahan kedudukan beberapa universiti tempatan. Lonjakan tersebut berlaku kerana terdapatnya perubahan drastik dalam sistem urustadbir universiti terutamanya dari segi usahasama peringkat antarabangsa dan pengiktirafan penyelidikan walaupun perlu dinyatakan bahawa perubahan tersebut agak lewat berlaku. Antara kunci utamanya adalah peningkatan penerbitan penyelidikan yang teraku mutunya serta menjalani penilaian yang lebih bersistematik. Namun, momentum yang telah di mulakan memerlukan dana yang cukup tinggi bagi memastikan penyelidikan yang strategik terus terlaksana. Naib Canselor UM, dalam kenyataannya menyebut universiti tempatan memerlukan minima belanjawan sekurang-kurangnya RM 200 juta bagi meninggikan dayacapai setanding universiti terkemuka dunia. Di negara kita, kebanyakan bidang penyelidikan dan inovasi negara masih lagi tertumpu di universiti dengan belanjawan penyelidikan masih lagi menjadi faktor penghad. Oleh itu, langkah galakan kepada pihak swasta untuk turut terlibat sama dalam usaha penyelidikan adalah dialu-alukan terutamanya dalam penyelidikan berdaya maju yang boleh mencapai tahap pengkomersilan. Pihak kerajaan perlu menyediakan insentif-insentif menarik kepada pihak industri yang mahu turut sama menyumbang ke arah peningkatan bidang penyelidikan dan inovasi negara.

Belanjawan yang dilakukan pada masa ekonomi sedunia menguncup memaksa kerajaan untuk lebih berhemah dan melakukan banyak pemotongan peruntukan mengikut keperluan negara. Kementerian MOSTI akan berperanan sebagai penasihat utama bagi memastikan peruntukan belanjawan untuk tujuan S&T tidak mengalami kemunduran kewangan. Akan tetapi, saintis juga perlu berperanan bagi meyakinkan pihak kerajaan terutamanya ahli politik akan kepentingan sains dan mampu menjelaskan bagaimana sains mampu menyumbang kepada masyarakat pada masa kemelesetan tersebut.

Wednesday, May 19, 2010

Publications of 2010 - Wan Azlina Ahmad

1. Wan Azlina Ahmad, Zainul Akmar Zakaria, Ali Reza Khasim, Muhamad Anuar Alias, Shaik Muhammad Hasbullah Shaik Ismail. Pilot-scale removal of chromium from industrial wastewater using the ChromeBac™ system, Bioresource Technology, 101 (2010) 4371– 4378. Impact Factor: 4.453

2. W.A. Ahmad, Z.A. Zakaria, A.R.Khasim and S.M.H. Shaik Ismail (2010),
“Removal of Chromium from Industrial Wastewater Using Microorganisms”, Proceedings of the 1st IWA Malaysia Young Water Professionals Conference, Kuala Lumpur. ISBN 983-9805-86-4.

3. Raihan Musa, Zainul Akmar Zakaria, Wan Azlina Ahmad, Mohd Saufi Mohd Sidek, Ali Reza Khasim and Shaik Muhammad Hasbullah Shaik Ismail (2010), “Removal of Chromium and Organic Matters from Industrial Wastewater Using the ChromeBacTM system”, In (eds.;Saji Baby and Parvinder Singh Sandhu).
2010 International Conference on Environmental Science and Technology (ICEST 2010). Research Publishing Services, Singapore, 193-197, doi:10.3850/978-981-08-5716-5 T076.

4. Norsuhada Abdul Karim, Shaik Muhammad Hasbullah Shaik Ismail, Zainul Akmar Zakaria and Wan Azlina Ahmad (2010), “Potential Application of the ChromeBacTM Sludge as Supplement for Balsam Growth”, In (eds.) Saji Baby and Parvinder Singh Sandhu. 2010 International Conference on Environmental Science and Technology (ICEST 2010). Research Publishing Services, Singapore, 220-224, doi:10.3850/978-981-08-5716-5 T083.


Department Meeting: A reminder

Salam,

Just to remind that our department meeting is on the 26th May 2010.

All department staff attendance is compulsory (unless written permission is obtained)

Meeting starts at 8.30 am.
Venue: Bilik Mesyuarat Jabatan C10

Wednesday, May 12, 2010

Industrial Wastewater Workshop

A one day workshop on industrial wastewater treatment will be held on the 2nd of June 2010 at the Chemistry Department, jointly organised by UTMBacTec Research Group, Chemistry Department and Department of Environment Johor. For further details, please check in http://utmonline.utm.my/ on their slide banner. This workshop is organised in conjunction with "World Environment Day 2010" which is on the 5th of June.

Tuesday, May 11, 2010

What is white and smells so good?

Another tricky one! There are million things that may be white and smells good isn't it? White cempaka, white kemuning, white roses and white kemboja and the list goes on..But you have to believe me, this one really smells good. This plant was given to me by a good friend and will always be looking forward for it to bloom. The white flower looks so elegant on its sturdy proud green flower base. You can see the other buds ready to open up and share with us its lovely fragrance. I love to collect plants from friends and relatives and I will cherish it as a token of friendship. Some survived a long time, while others wilt away. Is that what friendship is all about? I wonder....
Friends add colours to our lives, some gives good influence while others torture you endlessly. White orchid may be white and has no smell and yet people like it. Some white flower is not even pretty and yet we love it for its good smell. For whatever reason we choose them, they are all white. It is how we want to perceive it. The same thing goes with people. Get what I mean? ha.ha...or have I confused you? What I am trying to say is that try to see people from their good side because we too would like to be perceived in the same way. Easier said than done?..well may be..but its worth trying.
This plant is known as HEDYCHIUM CORONARIUM or better known as Butterfly Ginger taking after the shape of the flower that resembles butterflies. Hedychium coronarium is a ginger family and the most fragrant of all. It is popular in Hawaii and the Pacific Islands and makes a good cut flower for scenting the home. I usually put some in a bowl of water and place it on my dining table. It is a tough plant, grows well in containers, but will quickly grow out of the container and will need to be divided every now and then. After the flowers have faded, cut the old stems as this will encourage new growth.
See you next time with more garden ideas from the Staff of Bilik Aktiviti Kimia.....inshaAllah.

Ruellia macosperma dwarf

In my earlier article entitled "
Hijau dan Ungu", this flower was posted as a close shot and I remember someone asking, "Wow, so beautiful, what flower is this? Yet, this same flower is propagating uncontrollably in her own lovely garden. The difference? One is a close shot and looks rather extraordinary and now I am posting the bigger version of the whole plant which makes it more recognisable. It still looks great though. At that time I didn't know it's name yet. Now I know what it is. It is known as Ruellia macosperma dwarf. I cannot explain the dwarf part, good enough to know the name I suppose. It is usually planted as a surface coverage, quite short in height and the flower comes in dark purple, soft pink or striking white. This picture was taken from my garden and will be looking forward to get some donations from friends of the other two colours.
So lesson to learn? Well what I can think of is, sometimes we have all the required qualities for success (whatever you want your success to be that is), it is how we appreciate what we already have and make the best of it. Make it look important, market it well, and perhaps put some good and strategic finishing to it. Be passionate about anything we do and the creativity will follow.....inshaAllah.

Thursday, May 6, 2010

E + R= O?

Sewaktu dijemput oleh pihak pejabat MARA lreland untuk memberikan komentar motivasi, saya tercari-cari buku rujukan yang boleh di kongsi bersama peserta yang merupakan bakal-bakal doktor perubatan.  Memetik hikmah 'the flowing river' oleh Paulo Coelho, penulis magnum opus 'the alchemist' amat menyegarkan terutamanya dalam menyentuh persoalan 'human touch'. Namun, ada satu buku yang menjadi tumpuan utama saya dalam wacana motivasi tersebut; Jack Canfield  'Prinsip kejayaan'. Terdapat satu persamaan penting yang di kemukakan dalam buku tersebut yang menjadi topik asas perbincangan selama sejam tersebut.

E + R = O

E= event; R= respons; O= outcome dengan E adalah pemalar.

Seketika selepas saya sekembali ke tanahair, saya di minta oleh pihak fakulti untuk memberi pengisian motivasi untuk satu bengkel kecemerlangan pelajar. Kesempatan tersebut digunakan untuk mencanaikan kembali terbitan persamaan 'E+R=O'. Bezanya cuma audiens yang berlainan.
 
'Event' adalah perkara yang berlaku yang mana kita tidak ada kuasa untuk mengubahnya.
'Respons' adalah tindakbalas kita terhadap perkara yang berlaku.
'Outcome' ialah hasil tindakbalas kita terhadap perkara tersebut.

Memerhatikan persamaan tersebut, jika E adalah pemalar, apakah penentuan kepada nilai kepositifan ataupun kenegatifan perkara O? Jawapannya akan bergantung kepada R sama ada bernilai positif ataupun negatif.

Ya, ianya berkaitan dengan respons yang kita pilih terhadap perkara yang berlaku. Saya memberikan analogi mudah kepada pelajar-pelajar tersebut. Jika hujan turun di awal hari sebelum kuliah pagi dimulakan, apakah pilihan yang boleh dilakukan oleh mereka. Untuk memberhentikan hujan bukanlah di bidang kuasa yang ada. Memilih untuk berdiam diri di kolej kediaman sambil menyambung lena tidur adalah satu pilihan. Berusaha untuk pergi ke kelas sama ada berpayung atau melalui ikhtiar lain juga merupakan satu pilihan lain yang ada. Pilihan yang mana dibuat akan menentukan hasil akhir yang di terima.

Perkara yang sama juga dapat diaplikasikan di mana-mana terutamanya dalam menangani tekanan urusan seharian kita di rumah ataupun di pejabat. Kita sudah biasa dengan ungkapan 'be positive'. Namun mengaitkan nilai positif dengan hasil seharian yang diperolehi adalah suatu yang mengujakan.  

Kita tidak boleh mengubah nilai E, tetapi kita mampu mengubah nilai R supaya nilai keseluruhan O adalah positif.

Akan tetapi, realitinya tidak semudah itu. Mempositifkan segala apa yang berlaku di sekeliling kita merupakan tugasan yang cukup sukar. Tambahan pula apabila ruang pergaulan kita semakin melebar dan perhubungan semakin meluas. Karenah manusia yang pelbagai rencam  pasti memberikan bermacam tambahan warna kepada corak kehidupan kita. Bersabar. Saya rasa itulah kunci kata yang akan banyak menyumbang kepada nilai respons kita yang positif. Persoalannya, mampukah kita? Sekali lagi, pilihan akhir tetap di tangan kita semua.      

"Sungguh menakjubkan perkaranya orang yang beriman, kerana segala urusannya adalah baik baginya. Dan hal yang demikian itu tidak akan terdapat kecuali hanya pada orang mu'min: Iaitu jika ia mendapatkan kebahagiaan, ia bersyukur, kerana (ia mengetahui) bahawa hal tersebut merupakan yang terbaik untuknya. Dan jika ia tertimpa musibah, ia bersabar, kerana (ia mengetahui) bahawa hal tersebut merupakan hal terbaik bagi dirinya." (HR. Muslim)