Berkat kesabaran antara kita menelek, memerhati dan meluangkan masa, Anjung Kimia jabatan semakin ceria dan bertambah serinya dari semasa ke semasa. Semalam, anjung kimia dikejutkan dengan lawatan tidak terancang daripada Dato' NC yang sedang mengikuti program berbasikal bersama pelajar di sekitar UTM. Tampak Dato' Zaini berpuas hati dengan usaha tersendiri Jabatan dalam menyumbang kepada kelestarian kampus. Dr. Razali telah menyambut kedatangan Dato' NC dan rombongan. Apa isi perbincangan mereka? Sila tanyakan Dr. Raz :)
Bertambah menariknya, pada hari ini ternampak seolah-olah seorang pensyarah yang tidak dikenali (dari Bahagian landskap FAB barangkali) sedang mengendalikan kuliah lapangan dengan menjadikan pokok dan tumbuhan sekitar anjung sebagai kajian kes dan contoh. Apabila diperhatikan, pelajar-pelajar tersebut sedang mempelajari pelbagai jenis dan corak pokok serta tumbuhan yang ditanam di sekitar anjung. Ianya cukup menarik kerana membuktikan anjung kita telah mula terkenal dan menempa nama :) Namun, menjadi satu cabaran pula kepada tenaga sukarelawan jabatan untuk terus meningkatkan keterserlahan anjung dan mencipta potensi nilai yang tinggi (apakah?).
Pembelajaran lapangan daripada kelas yang tidak di kenal
haha.... 'pensyarah dan kelas yang tak dikenali'
ReplyDeletegood job to all who had made anjung kimia a success! it is indeed beautiful....
ha3~~hari tu nmpak dorg belek2 pokok kat situ..
ReplyDeletetertanya2 gak "jbtn kemi ada twarkan sbjek pasal tumbuhan ke???"...
Semuga Anjung Kimia akan terus berbakti kepada pelajar dan staf Jabatan Kimia.
ReplyDeleteSekarang nak kena fikir macamana nak maintain tempat ini supaya sentiasa kemas dan menarik.
Keperluan terdesak: ongkos dan tenaga....
laporan yg menarik! saya suka!!!
ReplyDeleteAnjung Kimia menarik, tepi bangunan yang tak menarik...
ReplyDelete