Selamat tinggal suara-suara ceria,
Dewan kuliah dan anjung kimia,
Bilik kelas dan pelajar-pelajar keletah,
Pejabat tugas dan pembantu ikhlas,
Bilik pensyarah dan timbunan buku,
Bilik aktiviti tempat mesra terjalin.
Selamat tinggal seribu kerenah,
Datang dan pergi pelbagai wajah,
Bercampur gembira bersisip gundah,
Bergema didikan beralas madah,
Selamat tinggal universiti, jabatan dan sebuah sekolah!
Selamat datang persaraan,
Kerana segalanya hanya kesementaraan,
Melengkapi perjalanan,
Sebuah kehidupan!
Edited from Ghazali Lateh (31 Mac 2008) Dewan kuliah dan anjung kimia,
Bilik kelas dan pelajar-pelajar keletah,
Pejabat tugas dan pembantu ikhlas,
Bilik pensyarah dan timbunan buku,
Bilik aktiviti tempat mesra terjalin.
Selamat tinggal seribu kerenah,
Datang dan pergi pelbagai wajah,
Bercampur gembira bersisip gundah,
Bergema didikan beralas madah,
Selamat tinggal universiti, jabatan dan sebuah sekolah!
Selamat datang persaraan,
Kerana segalanya hanya kesementaraan,
Melengkapi perjalanan,
Sebuah kehidupan!
Staf yang dimaksudkan adalah PM Dr. Ahmedy Abu Naim dan En. Md. Nasir Katun.
Jasa dan kenangan bersama mereka pastinya dikenang dalam ingatan semua.
En. Nasir sedang memberikan amanat dan panduan :)
Sumbangan penghargaan daripada Jabatan
Sumbangan penghargaan daripada Jabatan juga untuk Dr. Ahmedy yang telah menyambung
kontrak perkhidmatan beliau.
Nasi Briyani berlauk dua
ReplyDeleteDaging ada ayam pun ada
Tugas pendidik amatlah mulia
semuga diberkati ke akhirat jua...
dua-dua sifu kimia polimer :)
ReplyDeleteTerima kasih kerana sudi menggunakan sajak saya. Suntingan yangn baik. Ghazali Lateh
ReplyDeletehttp://glateh.blogspot.com/2008/04/sebuah-puisi-sempena-persaraan-gpk1.html
ReplyDeletekarya asal tuan ghazali lateh yang cukup menarik dan berbekas di hati.
terima kasih tuan.