Thursday, October 28, 2010

Bengkel COPPA Pengajian Siswazah

Kesibukan mula menjadi sinonim dengan ahli jabatan kimia menjelang pengakhiran semester pertama pengajian. Kali ini, bengkel penyediaan audit kualiti bagi program pengajian siswazah menjadi mercu tanda kesibukan mingguan setiap ahli jabatan.



Wednesday, October 27, 2010

Rabu: Program Perkembangan Pelajar

Seperti kebiasaan dan rutin jabatan, hari Rabu sentiasa di meriahkan dengan pelbagai aktiviti meliputi pelbagai bengkel dan mesyuarat peringkat jabatan dan pelbagai pertemuan rasmi dengan pelajar.  Pada hari ini, telah diadakan dua program 'student-centric' melibatkan pelajar tahun dua dan pelajar tahun akhir.

Program yang pertama adalah taklimat latihan industri (LI) kepada pelajar tahun dua yang akan mengikuti latihan industri pada sesi akan datang. Prof. Dr. Abdul Rahim Yacob selaku wakil jabatan kimia telah memberikan taklimat berkenaan introduksi kepada latihan industri serta pendedahan kepada jangkaan yang perlu dipenuhi oleh pelajar sewaktu mengikuti program LI tersebut.




Program kedua yang melibatkan perkembangan pelajar adalah untuk pelajar tahun akhir, meliputi diskusi kerjaya dan persediaan dalam persaingan kerjaya. Sesi taklimat ini telah disampaikan oleh Ir. Mohd Khir Muhammad selaku Pengarah Ikasuri Sdn. Bhd serta Pengerusi IEM Cawangan Selatan.




Semoga kedua-dua program dapat membantu pelajar jabatan kimia ke arah mewujudkan graduan yang kompeten dalam ruang lingkup transformasi pembangunan modal insan pelajar.

Wednesday, October 13, 2010

Kek Penghargaaan Pelajar

Ini ialah kek pemberian Mohd Saufi dan Faizuan tanda penghargaan mereka kepada semua pensyarah Jabatan Kimia sempena Konvokesyen 2010. Kek ini diletakkan di Bilik Aktiviti, mungkin ramai yang dapat rasa. Alhamdulillah...

Rasa nak tulis pantun tapi idea tak datang-datang.....maaflah ya.

Friday, October 8, 2010

Weekly Seminar (6th Oct 2010)

Our first Weekly Seminar this week after the long break was presented by Dr. Norazah Basar entitled "Remote Asymmetric Induction Using Alyl Bismuth Compounds". The work presented was based on her PhD work and the audiences shown very good interest in her talk by giving several response in the Q&A session.

The abstract of her talk will be upload later.

Dr Norazah Basar
Listening enthusiastically

Till here then. See you in our next Weekly Seminar!!!

Monday, September 27, 2010

An Evening with Pn. Norsiah

Bilik Aktiviti jabatan kimia telah menganjurkan satu majlis penghargaan bersama-sama Pn. Norsiah yang baru sahaja menamatkan perkhidmatan beliau di jabatan. Sememangnya jasa dan budi Pn Norsiah akan sentiasa dikenang, dihargai dan dirindui oleh semua.
 Majlis ramah mesra sambil menikmati juadah

 Majlis sampingan sempena hari lahir bulan September 
(Prof. Dr. Wan Aini, PM Mohd Nazlan, PM Dr. Nor Aziah)




 Bergambar beramai-ramai

Bubur Lambuk Ramadhan

Dalam bulan Ramadhan yang lepas, ahli Jabatan Kimia telah berkesempatan untuk bersama-sama menyediakan juadah bubur lambuk untuk diedarkan kepada semua. Terima ksih diucapkan kepada penaja-penaja yang bermurah hati termasuk kepada semua yang terlibat menjayakan aktiviti tersebut.


     




Thursday, September 2, 2010

30 Ogos dan 1 September 2010

Tarikh 30 Ogos dan 1 September 2010 merupakan hari bersejarah kepada dua orang staf Jabatan Kimia.

Pada 30 Ogos 2010, Jabatan mengalukan kedatangan tutor baru, En Mohd Shafiq Elias (ex SSA student) ke Jabatan Kimia. Tugas pertama beliau ialah untuk berjumpa setiap pensyarah Jabatan Kimia untuk berkenalan dan ditemubual serta mendapatkan tandatangan pensyarah....maaf saya tidak kesempatan untuk mengambil gambar beliau.

Tahniah diucapkan dan selamat berkhidmat.

Pada 1 September 2010 pula merupakan hari bekerja terakhir bagi Puan Norsiah Ismail (bekas Head Girl Kolej Tunku Kurshiah 1974) yang telah pun mula bersara secara rasmi dari perkhidmatan di UTM. Kami yakin walaupun sudah bersara, kami di sini akan sentiasa memerlukan bantuan dan khidmat nasihat beliau dan inshaAllah akan terus bersama kita di masa-masa hadapan. Tahniah juga kepada Khalida, anak Puan Norsiah yang akan berangkat ke Dublin pada 7 September ini untuk meneruskan pelajarannya di bidang perubatan. Sama-sama kita doakan kejayaan kepada Khalida.