Mohd Nazlan, Zainab, Hashim dan Khatijah (gambar kiri ke kanan)
(i) Pendahuluan
Unit Komputan Kimia terdiri daripada wakil-wakil Panel Pengajian Jabatan Kimia untuk mewakili bidang-bidang berbeza dalam Kimia.
Rangkaian Istilah (Terminology Network)
www.istilah.utm.my
Prof. Madya Mohd Nazlan Bin Mohd Muhid (Ketua)
En. Hashim Bin Baharin
Pn. Hjh. Khatijah Binte Zakaria
Prof. Madya Dr. Zainab Binte Ramli
Unit Komputan Kimia,
Jabatan Kimia, Fakulti Sains
(ii) Penglibatan dalam bidang
Unit Komputan Kimia menyediakan perkhidmatan komputan terhadap produk berkomputer kepada pelajar dan staf Jabatan Kimia secara khusus dan Fakulti amnya. UKK bertanggung jawab kepada kebolehpercayaan laman sesawang Jabatan Kimia, sistem pentadbiran dan pelbagai perkakasan pelayan-pelayan khas seperti pelayan komunikasi dan laman sesawang. UKK berusaha untuk menjadi pusat rujukan perkakasan komputer dan menyediakan komuniti universiti dengan perundingan, nasihat pembelian, penyelenggaraan dan perkhidmatan pembaikan apabila perlu.
(iii) Pencapaian terkini
(a) Berjaya menangani dan menyediakan carian samada istilah dalam Bahasa Inggeris atau Bahasa Malaysia dengan cepat dan tepat bagi peristilahan dalam bidang Sains dan kejuruteraan.
(b) Carian Kamus Pelajar dan Dwibahasa dengan lebih 2 juta perkataan samada dalam Bahasa Inggeris atau Bahasa Malaysia dengan definisi perkataan.
(c) Penterjemahan Bahasa Inggeris-Malaysia dalam talian yang cepat dan tepat untuk penggunaan umum secara automatik.
(d) Pemeriksa Ejaan Bahasa Malaysia sambil menaip dan Bahasa Inggeris bagi MicrosoftÒ Internet Explorer
(e) Memberi panduan peristilahan dalam talian dan prosedur pemeriksa ejaan Bahasa Malaysia bersama Kamus Resam dalam MicrosoftÒ Office.
(iv) Pencapaian tertinggi
(a) Istilah Sains dan Kejuruteraan lengkap
(b) Kamus mengandungi lebih 2 juta perkataan
(c) Pemeriksa Ejaan Bahasa Malaysia MicrosoftÒ Internet Explorer yang pertama semenjak Januari 2010
(d) Pemproses Perkataan Dwibahasa EZWord dengan Pemeriksaa Ejaan (ITEX 2003 – gangsa)