Monday, August 30, 2010

Salam Ulangtahun Kemerdekaan Malaysia yang ke-53
untuk semua warga Jabatan Kimia


Wednesday, August 25, 2010

UGR: Student-Supervisor Evening Discussion

25th August 2010. A Student-Supervisor Discussion for Undergraduate Research (UGR) Programme was held in the department’s Seminar Room, C10. This session was aimed exclusively for all first year students who are interested to join the UGR program, basically for them to have a face-to-face discussion with the participated lecturers. Really good outcome was obtained whereby out of 20 students who attend, we have 13 students who have confirmed to participate in this programme. Others will submit their application forms later after they have confirmed with their proposed supervisors. All in all, the event was a very beneficial and successful session and all students who came are really eager to involve with the research offered.

Here are some pictures during the session.


Others who have missed the evening but really want to participate in this programme, please contact Dr. Hasmerya Maarof (hasmerya [at] kimia.fs.utm.my) for further information. Come! The is still room for you!

Weekly Seminar (25th Aug 2010)

Weekly Seminar this week was presented by Dr. Rita Sundari. This week, we  also have a full house of audiences where the topic was about The Role of Chemistry in Mining Engineering.



Next Seminar:

Speaker: Dr Norazah Basar


Title: Remote Asymmetric Induction using Alyl/Bismuth Compounds


22 Sept 2010 (12 noon) 
Seminar Room C10 Level 2

All are invited to come!

Friday, August 20, 2010

MISTI 2010

Penyertaan Jabatan Kimia ke Minggu, Sains, Teknologi dan ICT Johor MISTI 2010 dalam mempromosikan sains kimia kepada masyarakat umumnya dan pelajar khususnya.

Welcome to our booth!                Pertandingan Chemical Garden Bermula

Menarik minat ramai pengunjung 

Proses penghakiman oleh juri jemputan (Dr. Zainab, Pn. Rugayah termasuk juga Dr. Farediah)



           Dekan Fakulti Sains FS, Prof. Mazlan dan Timbalan Dekan Pembangunan FS, Prof. Sarah sudi hadir menyampaikan hadiah kepada pemenang.


                                   Dr. Aziah dan Dr. Rozid mewakili Jawatankuasa Promosi dan pameran terus menarik ramai pengunjung cilik.
                            


Pengunjung dewasa tertarik sama     Pertandingan Mini Olimpiad Kimia UTM


Pemenang bersama Dekan FS              Pemenang Emas Olimpiad Kimia
                                                                                                            


Bermain dan belajar dengan Anisotropy Dough         

Pameran 'fascinating chemistry' yang di buka sepanjang hari sentiasa menarik minat pengunjung


Tenaga belakang tabir penggerak Pertandingan dan Pameran MISTI Jabatan Kimia juga termasuk pelajar pasca siswazah jabatan. Jutaan terima kasih kepada mereka dan penyelia masing-masing.


Majlis Penutup MISTI Johor 2010   Bersama En. Syazli, Unit Pemasaran UTM


UTM mendapat anugerah tempat pertama booth yang berjaya menarik ramai pengunjung dengan Fakulti Sains khususnya Jabatan Kimia menjadi penyumbang terbesar.

TAHNIAH DAN TERIMA KASIH KEPADA SEMUA YANG TELAH BERKAMPUNG DI PERSADA SELAMA 5 HARI BAGI MENJAYAKAN MISTI 2010.
JUMPA LAGI DALAM MISTI 2012

Tuesday, August 17, 2010

INATEX 2010


The 12th Industrial Art & Technology Exhibition was held on the 5 - 7th August 2010 at Dewan Sultan Iskandar, UTM. Above, Prof Dr Salasiah Endud giving the results of the Gold Medalists to Vice Chancellor at the closing ceremony.

Partcipants from our Department were:

a) Prof. Dr. Wan Aini Wan Ibrahim
b) Associate Prof. Mohd Nazlan Mohd Muhid
c) Prof Dr Mohd Marsin Sanagi
d) Associate Prof Dr Abdul Rahi Yacob
e) Prof Dr Alias Mohd Yusof



One for the album, Prof Dr Wan Aini and Aemi at their booth. I hope to update the results later.

Monday, August 16, 2010

Weekly Seminar

Dear all,

We will have our Weekly Seminar this Wednesday!

Speaker: Assoc Prof Dr. Zaiton Abdul Majid

Title: Cement as a Waste Treatment Media

Date: 18/8/2010 (Wednesday)
Venue: Seminar Room, C10 Level 2
Time: 12 noon

Please do invite yourself, students and others who are interested.

All are welcome!

Best wishes
Hasmerya

Thursday, August 12, 2010

Di tahap manakah solat kita?

Nak kongsi kartun ni.. sebagai renungan kita di bulan mulia ini.
Picture taken from here

p/s: Rasanya ada satu lagi yg tertinggal.. Orang tertidur masa dlm solat terawih.. hehe

Monday, August 9, 2010

Tetamu Istimewa Bilik Aktiviti

Hari ini, bilik aktiviti jabatan kimia berbesar hati menerima kunjungan daripada tetamu istimewa iaitu Naib Canselor UTM, Dato' Prof Zaini Ujang. Dalam kesibukan beliau, Prof Zaini bersama En Azham (Pejabat NC) telah bersedia meluangkan masa bagi memenuhi jemputan tidak rasmi bilik aktiviti melalui PM Nazlan. Jemputan tersebut bersempena program rutin 'potluck' bilik aktiviti sebelum menerima kedatangan Ramadhan. Terima kasih tidak terhingga kepada Dato' NC kerana sudi berkunjung ke bilik aktiviti jabatan kimia yang merupakan 'nadi' penyumbang kepada kompetensi ahli jabatan kimia sejak dulu sehingga sekarang.

Blood Pressure Measurement oleh Dato' NC bersama Dekan FS Prof Mazlan, PM Nazlan dan En Azham. Alat tersebut telah ditaja oleh Unit Perkhidmatan Analisis dan pemeriksaan rutin sentiasa dilakukan oleh ahli jabatan bagi memastikan kelestarian kesihatan masing-masing.

 
PM Nazlan menunjukkan catatan rekod kesihatan ahli jabatan kepada Dato' NC sambil dibantu oleh PM Dr. Nor Aziah yang merupakan pakar kesihatan kanan Dr. Alwi.


PM Nazlan memberikan penerangan berkenaan pengurusan data online jabatan kimia di bilik komputer yang bersebelahan bilik aktiviti.


Sambil berbincang, Dato' NC dijemput mengadap makanan 'potluck' yang ditaja oleh ahli jabatan. Sedikit bekalan di berikan kepada Dato' NC untuk di bawa pulang kerana beliau berpuasa pada hari ini.

InsyaAllah jemputan lain akan menyusul lagi di masa-masa akan datang.

IHYA' RAMADHAN 2010

Oleh Prof. Madya Dr. Satapah Ahmad

Ramadhan, Dulu, Kini dan Selamanya



Ramadhan adalah bulan mulia yang merupakan penghulu segala bulan, bulan yang penuh dengan keberkatan yang seharusnya dinanti-nantikan oleh semua manusia, terutama orang yang beriman. Bulan ini membuka peluang seluas-luasnya kepada orang yang beriman untuk merebut sebanyak-banyak pahala daripada Allah SWT semata-mata untuk persediaan dan kepentingan akhirat – dengan harapan mereka akan menemui Allah SWT dengan penuh kegembiraan, insyaAllah.  Bulan Ramadhan akan melatih dan mendisiplinkan manusia ke arah ketaqwaan kepada Allah SWT. Oleh itu sewajarnyalah kita mempersiapkan diri dengan sebaik-baik yang mungkin bagi menghadapi bulan ini dan seterusnya merebut peluang keemasan yang telah dibuka oleh Allah SWT kepada hamba-hamba-Nya – Allah Al-Rahman, Al-Rahim – Maha Pengasih dan Maha  Penyayang. Maka terpulanglah kepada kita sebagai hamba-Nya untuk mendapat rahmat tersebut melalui amalan yang dilaksanakan dengan penuh kesedaran, kefahaman, ketulusan dan keikhlasan hati semata-mata mengharapkan keredhaan-Nya. Harus diingatkan juga amalan ini perlu diteruskan hinggalah bertemu semula Ramadhan pada tahun akan datang, insyaAllah.

Malam Pengiktirafan Fakulti Sains 2010

 
4 Ogos 2010 adalah tarikh bersejarah bagi Fakulti Sains, dengan penganjuran aktiviti tahunan, iaitu Malam Pengiktirafan Fakulti Sains yang telah diadakan di Dewan Alumni, UTM.  Pelbagai anugerah telah disampaikan untuk menghargai khidmat staf sepanjang tahun 2009, termasuk untuk staf bersara di Jabatan Kimia iaitu Prof. Madya Dr. Asiah Hussin. 

 
Pesara Jabatan Kimia bersama suami turut memeriahkan majlis

Majlis berlangsung secara sederhana tetapi meriah. Pelbagai hidangan disediakan, antaranya Sup Gear Box, Nasi goreng, Sate ayam dan daging, mee kari dan banyak lagi. Selain makanan yang banyak dan lazat, para tetamu yang bertuah pulang dengan hadiah cabutan bertuah yang disediakan.
Majlis kali ini dianjurkan oleh Badan Kebajikan Staf Fakulti Sains yang dipengerusikan oleh Pn. Hajjah Norsiah Ismail. Beliau berucap dipentas sambil menyatakan ini adalah kali terakhir untuk beliau bersama-sama dalam majlis sebegini kerana beliau akan bersara tidak lama lagi. Pihak majlis telah bersedia lebih awal untuk mengadakan sedikit sketsa 'suprise' buat Hajjah Norsiah iaitu segmen deklamasi sajak, oleh En. Mohd Amin. Seterusnya sejambak bunga mawar merah dihadiahkan kepada Hajjah Norsiah, oleh Dekan Fakulti Sains.
Pn. Hajjah Norsiah bersama-sama Prof. Dr. Wan Aini Wan Ibrahim bergambar kenangan diakhir majlis
Majlis berakhir kira-kira jam 10.30 malam.

Sunday, August 8, 2010

Trifle mudah



Bahan:

Fruit cocktail ( 1 tin sederhana)
Susu segar ( 1 pint)
Kek Swiss roll (perasa pandan)
Kastad ( 4 sudu makan)
Gula ( 2 sudu makan)
sedikit mentega
Agar segera (perasa orange atau strawberry)

Parkia Speciosa festival?



Fancy a Parkia Speciosa Festival? What on earth is Parkia Speciosa anyway? Well, the picture shows it all. Yes it is the great PETAI!!!! Our good friend is seen here peeling some petai probably been donated by someone? Is it Dr Razali? Please correct me if I am wrong. Apa yang penting...kerjasama as Hasmerya says. Ada yang donate petai, ada yang tolong peel, dan ada yang tukang masak nanti kat rumah. Itu yang bestnya, esoknya pasti sudah terhidang di Bilik Aktiviti. Suatu masa dulu kita juga pernah buat Festival Ubi Kayu!! Ubi dari kampong halaman donated by Norazah and macam2 masakan ada, getuk ubi, ubi rebus dengan sambal ikan bilis, lempeng ubi, pengat ubi dan juga ubi goreng bersama bawang, resepi ini belum update pun lagi. Yang susahnya, chef di bilik aktiviti ni jenis yang masak pakai campak aje, jadi masa nak tulis resepi dah kelam kabut, nak ukur sikit punya payah. Itulah yang jadi lambat nak buat resepi book. Ok, ini sedikit maklumat tentang petai yang telah diberi oleh KJK sendiri, termasuklah gambar di atas ni..

Wednesday, August 4, 2010

Program Membudayakan Al Quran

Fakulti Sains sejak sekian lama telah menganjurkan Program Membudayakan Al Quran setiap hari Rabu, jam 0815 hingga 0900, bertempat di Bilik Mesyuarat Utama Fakulti Sains.

Program berbentuk pembacaan al quran dan terjemahan mengikut ayat-ayat yang dibacakan. Selain itu, program ini turut disertai dengan perbincangan tajwid ayat-ayat yang dibacakan.


Program ini terbuka kepada semua staf Fakulti Sains dan jemputlah semua hadir ke program ini pada masa akan datang.

the CHE

Tuesday, August 3, 2010

Jamuan Kesyukuran


Pada hari Selasa, 3 Ogos 2010, ahli Jabatan menikmati satu jamuan kesyukuran kenaikan pangkat Prof Dr Wan Aini dan PM Dr Zaiton.

Kelihatan juga Dr Mamoun yang turut hadir pada jamuan ini. Beliau akan berangkat pulang US pada hari Rabu. Antara lauk yang terhidang ialah ikan asam pedas, kerabu sotong suun, ayam percik, kangkong ikan masin, ulaman dan sambal belacan...sedap semuanya. Ada juga kueh lompat tikam lagi. Macam sudah sinonim dengan bilik aktiviti ni. Apalah agaknya yang ditanya oleh Dr Mamoun tu?


Nampak gaya macam belum selesai lagi perbincangan Dr Mamoun dengan Dr Zainab tu, esok dah nak balik. Dr Mamoun bersama Fakulti Sains telah memulakan aktiviti Undergraduate research program (walaupun sebenarnya kita juga pernah buat Program Saintis Cemerlang di bawah Ibnu Sina dahulu dan telah melahirkan saintis muda seperti yang ada di Jabatan Kimia sekarang ini).


Hah, at last ada ayam percik, boleh cuba kot. Terima kasih daun keladi kepada penderma makanan Bilik Aktiviti hari ini, mudah-mudahan dimurahkan lagi rezeki yang halal, ameen..