Monday, August 9, 2010

Tetamu Istimewa Bilik Aktiviti

Hari ini, bilik aktiviti jabatan kimia berbesar hati menerima kunjungan daripada tetamu istimewa iaitu Naib Canselor UTM, Dato' Prof Zaini Ujang. Dalam kesibukan beliau, Prof Zaini bersama En Azham (Pejabat NC) telah bersedia meluangkan masa bagi memenuhi jemputan tidak rasmi bilik aktiviti melalui PM Nazlan. Jemputan tersebut bersempena program rutin 'potluck' bilik aktiviti sebelum menerima kedatangan Ramadhan. Terima kasih tidak terhingga kepada Dato' NC kerana sudi berkunjung ke bilik aktiviti jabatan kimia yang merupakan 'nadi' penyumbang kepada kompetensi ahli jabatan kimia sejak dulu sehingga sekarang.

Blood Pressure Measurement oleh Dato' NC bersama Dekan FS Prof Mazlan, PM Nazlan dan En Azham. Alat tersebut telah ditaja oleh Unit Perkhidmatan Analisis dan pemeriksaan rutin sentiasa dilakukan oleh ahli jabatan bagi memastikan kelestarian kesihatan masing-masing.

 
PM Nazlan menunjukkan catatan rekod kesihatan ahli jabatan kepada Dato' NC sambil dibantu oleh PM Dr. Nor Aziah yang merupakan pakar kesihatan kanan Dr. Alwi.


PM Nazlan memberikan penerangan berkenaan pengurusan data online jabatan kimia di bilik komputer yang bersebelahan bilik aktiviti.


Sambil berbincang, Dato' NC dijemput mengadap makanan 'potluck' yang ditaja oleh ahli jabatan. Sedikit bekalan di berikan kepada Dato' NC untuk di bawa pulang kerana beliau berpuasa pada hari ini.

InsyaAllah jemputan lain akan menyusul lagi di masa-masa akan datang.

1 comment:

  1. Pic yang last tu mcm reminiscene between former teachers and student :)

    ReplyDelete