Tuesday, August 3, 2010

Jamuan Kesyukuran


Pada hari Selasa, 3 Ogos 2010, ahli Jabatan menikmati satu jamuan kesyukuran kenaikan pangkat Prof Dr Wan Aini dan PM Dr Zaiton.

Kelihatan juga Dr Mamoun yang turut hadir pada jamuan ini. Beliau akan berangkat pulang US pada hari Rabu. Antara lauk yang terhidang ialah ikan asam pedas, kerabu sotong suun, ayam percik, kangkong ikan masin, ulaman dan sambal belacan...sedap semuanya. Ada juga kueh lompat tikam lagi. Macam sudah sinonim dengan bilik aktiviti ni. Apalah agaknya yang ditanya oleh Dr Mamoun tu?


Nampak gaya macam belum selesai lagi perbincangan Dr Mamoun dengan Dr Zainab tu, esok dah nak balik. Dr Mamoun bersama Fakulti Sains telah memulakan aktiviti Undergraduate research program (walaupun sebenarnya kita juga pernah buat Program Saintis Cemerlang di bawah Ibnu Sina dahulu dan telah melahirkan saintis muda seperti yang ada di Jabatan Kimia sekarang ini).


Hah, at last ada ayam percik, boleh cuba kot. Terima kasih daun keladi kepada penderma makanan Bilik Aktiviti hari ini, mudah-mudahan dimurahkan lagi rezeki yang halal, ameen..

No comments:

Post a Comment