Sunday, August 8, 2010

Trifle mudah



Bahan:

Fruit cocktail ( 1 tin sederhana)
Susu segar ( 1 pint)
Kek Swiss roll (perasa pandan)
Kastad ( 4 sudu makan)
Gula ( 2 sudu makan)
sedikit mentega
Agar segera (perasa orange atau strawberry)

Cara:
1. Potong kek nipis dan lapiskan sepenuhnya dalam bekas pilihan (cantik kalau guna bekas transparent)
2. Curahkan air fruit cocktail ke atas kek supaya menyerap sepenuhnya, ini ialah untuk menghalang agar daripada masuk ke dalam kek nanti.
3. Sediakan agar segera, boleh bancuh dengan air mendidih dan sejukkan sedikit sebelum mencurahkan ke atas lapisan kek tadi. Biarkan sejuk dan menjadi beku.
4. Setelah agar beku, taburkan atau lapiskan dengan buah fruit cocktail.
5. Untuk menyediakan lapisan akhir iaitu kastad, panaskan 3/4 susu di atas api yang perlahan, sementara yang selebihnya di bancuh dengan kastad dan gula. Boleh juga gantikan susu evaporated tetapi mungkin tidak perlu masukkan gula lagi. Setelah susu agak panas, masukkan bancuhan kastad dan butter dan kacau hingga sekali menggelegak sahaja. Tutup api dan terus kacau hingga kastad agak sejuk.
6. Lapiskan kastad di atas lapisan fruit cocktail tadi dan sejukkan dalam peti ais. jangan lupa tutup bekas supaya lapisan atas kastad tidak menjadi keras dan kering.
7. Trifle ini elok disediakan fresh, atau satu malam sebelum disajikan. Kalau nak hias lagi, boleh juga ikut kreativiti masing2.



Selamat mencuba terutama di bulan puasa ni.

1 comment:

  1. The USDA and other food safety experts recommend leavіng pizza out at гοom tеmрeratuгe fοr
    no mοrе than twο hours. Whеn you аre baking bгеаd, you cаn гaіse the bгeaԁ
    dough іn thе cold oven аnԁ then just tuгn on the
    oven to the сorгect tempеraturе
    οnce thе brеаԁ is rаised.

    Іt аlso cοntains asorbic acid, beеt
    powԁеr, dгу уeast, defatted soy flοur,
    mаliс асіd, monocаlcіum ρhοsphate, modifieԁ coгn ѕtarch, natural flaѵoгs,
    rehydrated enzyme modified cheesе, sodium bicarbonatе, sorbіtаn monstearаtе, and xаnthаn gum.


    Here is my wеb page; mutter.muttigrees.org

    ReplyDelete