Monday, August 9, 2010

Malam Pengiktirafan Fakulti Sains 2010

 
4 Ogos 2010 adalah tarikh bersejarah bagi Fakulti Sains, dengan penganjuran aktiviti tahunan, iaitu Malam Pengiktirafan Fakulti Sains yang telah diadakan di Dewan Alumni, UTM.  Pelbagai anugerah telah disampaikan untuk menghargai khidmat staf sepanjang tahun 2009, termasuk untuk staf bersara di Jabatan Kimia iaitu Prof. Madya Dr. Asiah Hussin. 

 
Pesara Jabatan Kimia bersama suami turut memeriahkan majlis

Majlis berlangsung secara sederhana tetapi meriah. Pelbagai hidangan disediakan, antaranya Sup Gear Box, Nasi goreng, Sate ayam dan daging, mee kari dan banyak lagi. Selain makanan yang banyak dan lazat, para tetamu yang bertuah pulang dengan hadiah cabutan bertuah yang disediakan.
Majlis kali ini dianjurkan oleh Badan Kebajikan Staf Fakulti Sains yang dipengerusikan oleh Pn. Hajjah Norsiah Ismail. Beliau berucap dipentas sambil menyatakan ini adalah kali terakhir untuk beliau bersama-sama dalam majlis sebegini kerana beliau akan bersara tidak lama lagi. Pihak majlis telah bersedia lebih awal untuk mengadakan sedikit sketsa 'suprise' buat Hajjah Norsiah iaitu segmen deklamasi sajak, oleh En. Mohd Amin. Seterusnya sejambak bunga mawar merah dihadiahkan kepada Hajjah Norsiah, oleh Dekan Fakulti Sains.
Pn. Hajjah Norsiah bersama-sama Prof. Dr. Wan Aini Wan Ibrahim bergambar kenangan diakhir majlis
Majlis berakhir kira-kira jam 10.30 malam.

No comments:

Post a Comment