Friday, July 9, 2010

Lawatan Industri Fakulti Sains ke Gebeng


29 Jun 2010
Bagi menunaikan KPI Fakulti Sains tahun 2010 iaitu untuk menguatkan jalinan kerjasama antara Universiti dan Industri, satu lawatan industri telah diadakan ke Felda Procter Gamble di Gebeng, Pahang. Seramai 15 delegasi Fakulti yang mewakili semua Jabatan telah melawat lokasi kilang dan makmal yang diketahui terkenal dengan menghasilkan produk berasaskan oleochemicals.

Lawatan ini berjaya mewujudkan satu ruang untuk pihak Fakulti mendalami dan memahami aspek pengurusan kilang bertaraf multinasional ini. Delegasi diberikan peluang untuk melawat dan melihat sendiri cara bekerja staf dan pemprosesan oleochemicals daripada palm kernel shell. Di akhir pertemuan kami, kata sepakat untuk kemungkinan ditandatangani memoradum persefahaman / letter of intent telah di persetujui oleh kedua-dua pihak.

Lawatan kali ini turut bermakna kerana kami diberikan kesempatan untuk melawat kampus Universiti Malaysia Pahang. Dua orang bekas pelajar Fakulti Sains UTM yang telah pun menjadi pensyarah di UMP iaitu En. Izan dan Cik Nadia turut membawa kami melawat sekitar Fakulti Sains dan Teknologi Industri.


Perjalanan kami ke Gebeng ini mengambil masa yang agak panjang dan kami perlu bermalam di Kuantan, bagi menghormati masa yang telah ditetapkan oleh pihak tetamu kami. Walaubagaimanapun, kami berpuas hati kerana telah berjaya menyelesaikan tugas yang diamanahkan oleh Fakulti dan Universiti.


2 comments:

  1. Job well done.

    ReplyDelete
  2. Woderful trip.......

    Hopefully we can get one GC from them...........

    ReplyDelete