Monday, July 19, 2010

Lawatan Muhibbah Jabatan Kimia

         Sebagai memenuhi tanggungjawab sosial, Jabatan Kimia akan menganjurkan lawatan dan kunjungan muhibbah tahunan ke rumah-rumah dan persatuan kebajikan terpilih di sekitar Johor. Pada kali ini, 10 orang wakil jabatan menerusi Badan Kebajikan Staf Jabatan Kimia telah melawat Rumah Kebajikan Seri Kenangan RKSK Johor Bahru, Kempas pada 8 Jun yang lepas untuk menyampaikan sumbangan yang diterima daripada semua ahli Jabatan. Sebanyak RM 1500 telah berjaya dikumpulkan hasil sumbangan ahli jabatan untuk di sampaikan kepada pihak pengurusan rumah kebajikan tersebut. Sumbangan duit tersebut telah digunakan untuk membeli keperluan penghuni rumah kebajikan mengikut saranan pihak pengurusan RKSK. 








         Pada mulanya, wakil jabatan diberikan taklimat oleh timbalan pengetua RKSK berkenaan pengurusan rumah kebajikan tersebut. Beliau juga menyentuh berkenaan persoalan tanggungjawab dan keutamaan anak dalam menjaga ibu bapa masing-masing sambil memberikan contoh kes-kes yang kebiasaannya di hadapi oleh RKSK. Selepas itu, rombongan jabatan di bawa melawat penghuni RKSK di kediamanan masing-masing yang kebanyakannya adalah warga emas, dan diberikan kesempatan untuk beramah mesra dengan mereka. Selepas 3 jam berada di RKSK, semua wakil jabatan bertolak pulang ke UTM dengan membawa pengharapan supaya kebajikan warga emas diberikan perhatian yang berterusan dengan anak-anak tetap mempunyai peranan dan tanggungjawab yang utama dalam menjaga komuniti keluarga masing-masing. 

WE CARE...

1 comment:

  1. Semuga bahagia selalu walaupun sudah warga emas.

    ReplyDelete