Monday, May 31, 2010

XPDC Angsi 2010

LINTAS LANGSUNG DARI ULU BENDUL (28 - 30 Mei 2010)

Serombongan ahli Jabatan Kimia yang terdiri daripada pensyarah dan keluarga, serta pelajar dilihat berkhemah dan bersiap sedia untuk menawan Gunung Angsi. Mereka semua kelihatan ceria dan bersemangat sekali.

Mereka semua memang telah bersedia dengan latihan dan perut yang berisi penuh dengan nasi goreng Pn Norsiah di pagi hari.

Adakah mereka semua berjaya ke puncak Angsi? Atau mereka hanya meninggalkan tapak kaki sahaja di hutan yang cantik ini?

Adakah mereka kepenatan? Cukupkah tenaga untuk mendaki?


Ingin tahu apa yang berlaku? Berjayakah mereka semua? Apakah peristiwa menarik yang boleh dikongsi bersama? Sama sama kita nantikan berita selanjutnya dari Gunung Angsi.


Nantikan BERITA PENUH ANGSI 2010.

Sabar ye!!

2 comments:

  1. Rozid, kesian gambar Khaida tu, tukar gambar lain boleh? Nak tengok pun susah, kena pusing kepala dulu. Mana orang2 yang panjat gunung angsi ni? Senyap je?

    ReplyDelete