Thursday, April 1, 2010

Sedikit Pandangan untuk Blog Bilik Aktiviti Kimia


Tentang Blog Bilik Aktiviti Kimia

Assalamualaikum semua,

Sedikit perkembangan: inshaAllah kita akan buat satu mesyuarat bersama KJK baru dan yang lain2 yang berminat dalam masa cuti ini untuk sama2 fikirkan samada semua setuju dengan kewujudan blog ini.

Tujuan asal ialah untuk berkongsi resipi tetapi nampaknya boleh dikembangkan lagi dengan hal-hal lain yang boleh menarik minat pembaca terutama ahli kimia jabatan. Oleh itu saya sarankan beberapa idea untuk blog ini untuk dibincangkan bersama nanti:

Tag yang boleh diadakan ialah:
1) sudut dapur kimia - sesiapa saja boleh share resipi yang dimasak kat rumah, lagi simple lagi bagus tetapi kena ada gambarlah, menarik sikit. Yang penting dah cuba di dapur sendiri dan lebih baik kalau dibawa untuk makan di bilik aktiviti.

2) Sudut hati - ada beberapa pensyarah yang suka memuatkan dalam email kita tentang hal-hal kehidupan dan sudut agama (Puan Norsiah dan Prof Wan Azelee selalu tulis dalam email), jadi saya rasa lebih baik menggunakan blog ini daripada di email jabatan. Yang penting ialah artikel dapat memberi motivasi kepada semua. Kalau boleh artikel mesti pendek tetapi praktikal. Mungkin Prof Halimaton boleh berkongsi pengalaman menjadi menerima anugerah merdeka, atau yang lain2 yang lain yang mahu menulis cetusan hati untuk dikongsi bersama. Yang penting mesti interesting untuk dibaca kerana anak2 kita juga akan menjenguk blog ini nanti kalau diwar-warkan.

3) Sudut silatulrahim - kita mahu blog ini menjadi penyambung tali persaudaraan di antara ahli jabatan, tidak kira di mana mereka berada, yang sudah pencen, yang cuti belajar, yang pergi conferences, haji etc...boleh masukkan gambar2 mereka, jadi tidak perlulah lagi nak buat newsletter yang macam Puan Hanim buat dulu.

4) Kebajikan - boleh hebahkan perkahwinan, mendapat menantu, cucu, takziah, lantikan dan sebagainya, at least blog boleh dijadikan sebagai achive Jabatan.

5) Aktiviti Jabatan lain - seperti hari keluarga, jamuan raya, PSM, gotong royong, bengkel, workshop etc.

6) sudut kesihatan dan tips bermakna

Saya kira itu sudah cukup untuk kita fikirkan nanti. Sekian, satu pandangan dari Zainoha.

8 comments:

  1. Saya setuju Dr. Zainoha. Go! Go! Jabatan kimia!

    ReplyDelete
  2. Gambar anak/cucu sapa ni?

    ReplyDelete
  3. kak zie boleh bg tips kekal langsing lagi bergaya..kan kak zie??

    ReplyDelete
  4. Saya juga nak suggest kita adakan sudut "Garden kita"

    ReplyDelete
  5. Mama!

    Great ideas..wow ^_^

    ReplyDelete
  6. Hah, dapat idea lagi. Saya nak suggest diadakan juga Tag: Our Publications. Sesiapa ada publications for 2010, boleh email kepada saya atau masukkan sendiri dalam blog ini. Jadi nanti ramai orang boleh cite juga dari blog ni, bolehlah menolong UTM..Ok tak?

    ReplyDelete
  7. Great idea, kak oha. I like! Tapi publication & artikel tak rasmi juga dialu2kan.

    ReplyDelete