Tuesday, April 6, 2010

Nota Hujung


'Output' atau 'Outcome'?

Apakah ada beza antara makna pengeluaran dan penghasilan? Ataupun lebih tepat diistilahkan dari terjemahan 'output' dan 'outcome'.

Itulah antara cedukan maklumat semasa program perjumpaan bulanan bersama Datuk NC UTM. Semuanya banyak menjurus kepada peranan universiti dalam merealisasikan unjuran Model Ekonomi Baru (MEB) negara yang akan menjadi intipati pembentangan RMK-10. Posisi universiti telah diletakdudukkan dalam rangka MEB, antaranya sebagai enjin penjana modal insan berpengetahuan dan berkemahiran. Harapan tersebut telah lama di kumandangkan, malah universiti telahpun berusaha meningkatkan kualiti graduan masing-masing. Di UTM sendiri, program awalan yang dilancarkan seumpama '7 attribut graduan' telah meletakkan asas kepada tanda aras kompetensi pelajar. Rombakan kebanyakan kurikulum pengajian universiti juga telah dilaksanakan bagi memastikan kerelevenan kursus dengan kehendak semasa tanpa mengetepikan keperluan utama akademik. Kurikulum pengajian bercorak klasik mula ditinggalkan dengan keutamaan diberikan kepada peningkatan kemahiran 'soft skill' kemahiran insaniah graduan. Yang terbaru, program asas keusahawanan mula diperkenalkan di peringkat universiti dan diwajibkan kepada graduan bagi memastikan mereka mempunyai nilai tambah sifat-sifat usahawan dalam diri masing-masing.

Mari kita meneliti perkara yang diutarakan pada mulanya, antara makna 'outcome' dan 'output'. Jika di ambil contoh seorang motivator, 'output' nya adalah bilangan peserta yang bersedia mengeluarkan duit untuk menghadiri kursus yang dianjurkan. Akan tetapi, 'outcome' adalah lebih besar sifatnya daripada perkara yang dinyatakan tersebut. Ianya akan berkisar kepada sejauh mana peserta berjaya menggunakan ilmu yang diperolehi daripada program untuk manfaat diri dan masyarakat keseluruhannya.

Jadi, adakah graduan keluaran UTM adalah produk dari proses 'output' ataupun 'outcome' universiti? Jawapannya ada di sekeliling anda. 

Nota Gambar: 2 orang graduan SSC (Kimia Industri) UTM yang mengikuti pengajian PhD di Trinity College Dublin.

6 comments:

  1. Bagus analogy tu, sebab itu kita ada outcome based learning bukan output based learning, betul tak?

    ReplyDelete
  2. couldnt agree more!
    dari sudut penyelidikan, bolehkah kita mengatakan antara outputnya ialah bilangan penerbitan dan outcomenya ialah penerbitan terujuk dalam jurnal berimpak tinggi?

    ReplyDelete
  3. Rasanya outcome ialah kesan positif yang diberi balik kepada masyarakat mungkin dalam bentuk produk atau modal insan berkemahiran tinggi. Apa macam, ok tak?

    ReplyDelete
  4. betul 3X :)
    outcome penyelidikan yang 'tangible' senang untuk di nampak dan di ukur. Contohnya penerbitan yang berkualiti, graduan pelajar yang berdayasaing ataupun produk yang mempunyai daya komersil.
    Penerbitan berkualiti merujuk kepada pengeluaran bahan rujukan yang menjadi pencetus kepada kemajuan idea baru dan perangsang kepada perkembangan ilmu yang lain.
    Graduan pelajar berdaya saing merujuk kepada kompetensi mereka berasaskan kemahiran yang diperolehi sewaktu tempoh pengajian.
    Produk yang mempunyai nilai komersil merujuk kepada penghasilan produk untuk manfaat sejagat.

    ada ke outcome yang 'intangible'?

    ReplyDelete
  5. Hah, ini dah semakin rumit...baik kita start tajuk lain pulak. Menunggu lagi banyak nukilan pemikir dari Dr. Bakri

    ReplyDelete
  6. orang lain yang fikir, saya tulis je :)
    sekadar memeriahkan suasana blog kita.

    ReplyDelete