Tuesday, April 6, 2010

Majlis Penyerahan Tugas KJK

Hari ini dalam sejarah. Majlis penyerahan tugas antara mantan KJK dan KJK ke-13, wanita pertama diadakan di Bilik Aktiviti.
The Ladies - sempat bergambar setelah masing-masing kekenyangan
Pn. Norsiah with the Che yang menjadi penganjur majlis ini

KJK yang ke-13, PM Dr. Wan Aini Wan Ibrahim

Majlis ini disaksikan oleh Dekan FS dan staf-staf akademik yang tak bercuti dan tidak pergi ke Perlis. Ada orang tu menembak semut dirumahnya. Pun tak datang jugak. Tak mengapa la. Sate dah abis pun!!!

Sekian sahaja berita tak rasmi dari bilik aktiviti.

Mengambil cuti menembak semut
semut mati menghurung tulang
Hari ini KJK baru kita sambut
semoga Jabatan Kimia berjaya dijulang!

Siapa yang bercuti sila balas pantun ni.


9 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. tungguuuu gambar2 yg menarik....

    ReplyDelete
  3. mana mana nak tembak semut? boleh ke? pakai M16 ke? pelik pulak..erm, im soo curious!

    ReplyDelete
  4. Kuala Perlis letaknya jeti
    Feri ke Langkawi baru tersadai
    Bercuti bukan sebarang cuti
    Semua marking sudah terlangsai

    Buah anggur beratnya berkati-kati
    Ladangnya besar di Sg Batu Pahat
    Bercuti bukan sebarang cuti
    Sampel dipilih sejarah dipahat

    Dari Zainoha dan Azah yang bercuti di Kangar, Perlis. Nanti Azah akan bubuh gambar bila senang.

    ReplyDelete
  5. Eh, setelah masing2 kekenyangan? Tipu aa.. Makanan masih tak berusik tuh.

    ReplyDelete
  6. wah, kak Oha berpantun, tak leh nak kalah. hehe. Yang menulis entry diatas adalah campuran idea the CHE, kak zie and Kak Dzana. hehe.

    Zul, kak gayah yg tembak semut2 tu. Nanti dia ajarkan zul mcm mana gayanya.

    Kak Has, makanan banyak sgt. Ramai plak yg bercuti. huhu

    ReplyDelete
  7. Pedang kilat bertatah permata,
    dibawa dari negara parsi,
    selesailah sudah pengajian saya,
    salah dan silap harap dimaafi=)

    cm tersalah masuk je..
    tp, xpe la..
    bak kata Kak Oha..
    asalkan paham ,dah ok..hee~

    ReplyDelete
  8. Mohamad ni Saufi ya? Bagus pantun tu. Kalah cikgu punya pantun.

    ReplyDelete
  9. hehehe..time kasih Cikgu..saya mmg bermnat bab berpantun2 ni=)
    bak kata Dr Bakri, smbil2 memeriahkan blog ni=)
    Ye Dr..Saya SAufi=)

    ReplyDelete