Thursday, February 24, 2011

Budi dan Jasa Tetap Di Kenang

Selamat tinggal suara-suara ceria,
Dewan kuliah dan anjung kimia,
Bilik kelas dan pelajar-pelajar keletah,
Pejabat tugas dan pembantu ikhlas,
Bilik pensyarah dan timbunan buku,
Bilik aktiviti tempat mesra terjalin.

Selamat tinggal seribu kerenah,
Datang dan pergi pelbagai wajah,
Bercampur gembira bersisip gundah,
Bergema didikan beralas madah,
Selamat tinggal universiti, jabatan dan sebuah sekolah!

Selamat datang persaraan,
Kerana segalanya hanya kesementaraan,
Melengkapi perjalanan,
Sebuah kehidupan!
Edited from Ghazali Lateh (31 Mac 2008)

Majlis meraikan persaraan dua orang staf akademik Jabatan Kimia telah diadakan semalam.
Staf yang dimaksudkan adalah PM Dr. Ahmedy Abu Naim dan En. Md. Nasir Katun.
Jasa dan kenangan bersama mereka pastinya dikenang dalam ingatan semua.


 En. Nasir sedang memberikan amanat dan panduan :)

  Sumbangan penghargaan daripada Jabatan

Sumbangan penghargaan daripada Jabatan juga untuk Dr. Ahmedy yang telah menyambung
kontrak perkhidmatan beliau.

4 comments:

  1. Nasi Briyani berlauk dua
    Daging ada ayam pun ada
    Tugas pendidik amatlah mulia
    semuga diberkati ke akhirat jua...

    ReplyDelete
  2. dua-dua sifu kimia polimer :)

    ReplyDelete
  3. Terima kasih kerana sudi menggunakan sajak saya. Suntingan yangn baik. Ghazali Lateh

    ReplyDelete
  4. http://glateh.blogspot.com/2008/04/sebuah-puisi-sempena-persaraan-gpk1.html

    karya asal tuan ghazali lateh yang cukup menarik dan berbekas di hati.
    terima kasih tuan.

    ReplyDelete