Friday, March 26, 2010

KACANG POOL (Rugayah)

KACANG POOL (Rugayah)

Bahan:
1 kg daging cincang
4 tin kacang panggang
2 tin kacang peas (toskan airnya)
½ cawan kacang hijau
½ cawan kacang merah
1 packet rempah kurma
2 packet rempah beryani – (Sharifah)
15 ulas bawang merah
10 ulas bawang putih
2 inch halia
Garam
Serbuk perasa
Air secukupnya

* Kacang-kacang semua dikisar jangan terlalu halus. Kacang merah & kacang hijau direbus berasingan kemudian baru dikisar.

Bahan lain :
Roti
Telur goreng mata lembu
Limau Kasturi
Lada Hijau
Daun Sup & Daun Bawang
Bawang Goreng
Bawang Besar – potong dadu

Cara:
1. Kisar bawang putih, bawang merah dan halia.
2. Tumis bawang & halia yang telah dikisar tadi sehingga wangi.
3. Masukkan rempah kurma dan rempah beryani yang telah dibancuh dengan air. Tumis hingga garing.
4. Masukkan daging kisar dan biarkan daging masak dahulu.
5. Masukkan semua kacang yang telah dikisar tadi.
6. Masukkan air ikut anggaran jangan terlalu pekat atau terlalu cair.

* Sekiranya kurang rempah, boleh ditambah lagi tetapi perlu ditumis darat, baru dicurahkan dalam masakan. Kacang pool lebih sedap jika dimakan apabila dimasak semalaman.

4 comments:

  1. Memang sedap Puan Rugayah masak.

    ReplyDelete
  2. Yang ini Kak Gayah masak sendiri? Kalau gitu...5* utk mu Kak Gayah. Hehehe.

    ReplyDelete
  3. wow..lecturer kimia mmg pandai masak..experiment di dapur!huhu

    ReplyDelete
  4. org ramai berkate puan pndai masak...:-)

    ReplyDelete