Sunday, March 28, 2010

APAM GULA HANGUS (Khatijah)



APAM GULA HANGUS (Khatijah)

Bahan-bahan ( untuk sekeluarga)
2 biji telur
1 cawan gula pasir
1 cawan air
1/2 cawan minyak masak
2 sudu besar marjerin
2 sudu susu pekat
1 sudu teh soda bikarbonat.
1 1/2 cawan tepung gandum.

 

Cara-cara :
1. Gula dihanguskan kemudian dicampurkan dengan air, kemudian sejukkan
2. Didalam blender masukkan telur, susu, minyak dan marjerin, dan kisarkan anggaran 3 minit.
3. Masukkan gula yang telah disejukkan tadi bersama-sama soda bikarbonat dan dikisarkan lagi.
4. Akhir sekali masukkan tepung dan dikisar lagi sehingga sebati.
5. Kukus adunan tadi di dalam loyang yang telah disapu dengan minyak masak selama 45 minit.
6. Boleh juga menggunakan acuan mangkuk plastik.
7. Sekiranya adunan nampak cair bolehlah ditambah sedikit tepung agar apam tadi tidak mendap dan basah dibahagian bawahnya.

1 comment:

  1. 5* utk apam gula hangus. Bravo Kak Jah! Boleh bawa lagi sebab antara my fav kueh. :-)

    ReplyDelete