Thursday, July 21, 2011

Anugerah Inovasi Naib Canselor 2011

Terminology Network (Jaringan Istilah), Jabatan Kimia, Fakulti Sains

Pada penganjuran anugerah kali ini, UTM buat pertama kali memperkenalkan Anugerah Inovasi Naib Canselor (AINC) yang merupakan anugerah paling berprestij diberikan kepada jabatan atau fakulti, ujar Naib Canselor UTM, Prof Datuk Ir Dr Zaini Ujang. 

''Tujuannya adalah untuk memupuk budaya kreatif dan inovatif dalam cara bekerja yang diamalkan, memperkenalkan hasil inovasi yang boleh dicontohi untuk faedah organisasi dan menyumbang kepada peningkatan kualiti perkhidmatan," ujarnya.
 


Piala Pusingan


P.M. Mohd Nazlan Mohd Muhid menerima piala dan cek untuk Anugerah Inovasi Naib Cancelor


Tahniah kepada PM Mohd Nazlan Mohd Muhid!

Bersama dengan ahli jabatan dan pemenang lain



Piala Penghargaan


Beliau berkata, AINC diberikan kepada jabatan atau fakulti yang berjaya mencetuskan idea-idea kreatif dalam pelbagai aspek pekerjaan yang dapat meningkatkan kualiti dan produktiviti organisasi.
Mengulas lanjut, pemenang anugerah tersebut yang akan diipilih daripada beberapa finalis bakal membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM12,000, piala dan sijil penghargaan.

1 comment:

  1. Congratulation PM Nazlan. Semuga akan ada lagi product lain yang lebih menarik dan bermanfaat kepada masyarakat.

    ReplyDelete