Thursday, June 2, 2011

Program Transformasi Pelajar: Kajian Kes Harvard Business School

Sistem pendidikan tinggi negara telah di berikan nilai baru dalam memastikan kerelevanannya dengan kehendak semasa dan keperluan pasaran. Salah satu agenda yang menjadi fokus utama ialah perlaksanaan kurikulum yang berdaya saing dan dinamik. Pembinaan kurikulum pengajian yang berkualiti merupakan antara cabaran dan juga peluang yang perlu diterima oleh pihak universiti bagi memastikan matlamat melahirkan pelajar yang kompeten dan akan tercapai. Antara lainnya, usaha ini memerlukan perlaksanaan kaedah pengajaran dan pembelajaran P&P yang berbentuk interaktif dan kolaboratif melalui usaha dan inovasi yang berterusan.

Sejajar dengan hasrat tersebut, UTM telah memperkenalkan kursus berbentuk kajian kes yang diasaskan melalui rujukan model Harvard Business School (HBS). Untuk permulaan, kursus tambahan ini diperkenalkan kepada pelajar di tahun akhir dan tahun pertama pengajian SSA dan SSC.

 

Pada semester pertama perlaksanaan, 2 kajian kes HBS telah diperkenalkan kepada pelajar iaitu kes ‘Starbucks: Delivering Customer Service’ untuk pelajar 3SSA/SSC dan kes ‘Ernie Budding A’ untuk 1SSA/SSC. Pemilihan kes tersebut dilakukan berdasarkan kepada keperluan yang signifikan kepada pelajar tersebut. Bagi pelajar tahun akhir, pendedahan kepada kes tersebut membolehkan pelajar mendapat input berkenaan ekosistem pengurusan organisasi dan nilai keusahawanan dan entrepreneurial yang berguna untuk meningkatkan kualiti pengetahuan pelajar apabila bergraduan. Manakala pelajar tahun pertama mendapat pendedahan berkenaan kes yang melibatkan proses pengajian dan pembelajaran dalam kelas yang membolehkan pemupukan nilai pandang pelajar yang tepat terhadap proses P&P yang akan dihadapi sepanjang tempoh pengajian mereka.



Pelajar-pelajar tersebut diagihkan kepada kumpulan kecil untuk setiap tahun pengajian dengan dibantu oleh moderator yang berperanan mengendalikan perjalanan kursus tersebut yang akan mengambil masa 2 jam untuk kajian setiap kes. Bagi pelajar tahun pertama, kursus ini membawa markah 20% yang digabungkan ke dalam kursus ‘Introduction to Programme’, manakala pelajar tahun akhir direkodkan kehadiran untuk catatan. Manakala, pada semester kedua perlaksanaan, pelajar tahun pertama didedahkan kepada kes ‘Starbucks: Delivering Customer Service’ dan pelajar tahun akhir mendapat pengalaman mengkaji kes perniagaan ‘Nantucket Nectars’.




Dalam culaan dapatan yang diperolehi, kesemua pelajar telah memberikan tanda positif dan maklumbalas yang sangat menggalakkan terutamanya melibatkan peningkatan kemahiran generik. Pelajar tahun pertama bersetuju untuk meneruskan kajian kes seterusnya pada semester yang akan datang, manakala pelajar tahun akhir berharap mereka mendapat pengalaman mengikuti kes tersebut lebih awal. Di pihak Jabatan, moderator kajian kes telah dilantik secara sukarela dan Jabatan mengharapkan penambahan tenaga moderator daripada semua pensyarah bagi meningkatkan keberkesanan perjalanan kajian kes, justeru lebih ramai lagi pelajar di semua tahun pengajian dapat dilibatkan bersama.
Antara Moderator terlibat:
1)     PM Dr. Zaiton Abd Majid (Penyelaras Jabatan)
2)     Dr. Che Rozid Mamat
3)     Dr. Mohd Bakri Bakar
4)     Pn Hanim Awab
5)     Dr. Norazah Basar
6)     En. Hashim Baharin
7)     Pn. Aemi Syazwani Abdul Keyon
8)     Pn. Siti Norhawani
9)     En. Mohd Syafiq Elias

Laporan Rasmi:



No comments:

Post a Comment