Saturday, May 14, 2011

Simposium Projek Sarjana Muda 2010/ 2011

Simposium Projek Sarjana Muda PSM merupakan antara program rutin yang wajib dilalui oleh pelajar tahun akhir di Jabatan Kimia sebelum bergraduasi. Pelajar akan melalui proses pembelajaran baru dengan melakukan pembentangan akademik projek penyelidikan masing-masing. Pelbagai nota kegembiran dan 'kesedihan' telah dicatat oleh pelajar-pelajar sepanjang 3 hari simposium yang diadakan pada 9-11 Mei 2011. Sekalung penghargaan kepada semua penyelia yang telah meletakkan usaha yang berterusan dalam proses membimbing dan menjadi mentor kepada pelajar masing-masing, setinggi budi juga kepada pembantu makmal yang banyak membantu melicinkan proses penyelidikan pelajar, sejuta terima kasih diucapkan kepada Jawatankuasa PSM di peringkat Jabatan yang menguruskan program penyelidikan ini sepanjang setahun pengajian tahun akhir, serta sejumlah tahniah kepada semua pelajar yang memberikan komitmen dengan memberikan persembahan akhir yang menarik lagi bermaklumat.

Antara kelainan yang diadakan pada sesi Simposium PSM pada kali ini adalah penilaian pelajar juga telah melibatkan pihak industri, selaras dengan hasrat utama UTM bagi mewujudkan hubungan erat pihak universiti dan pihak berkepentingan luar yang lain. Usaha ini memberikan peluang kepada universiti mendapatkan penilaian  terhadap kualiti pembelajaran pelajar di universiti dan prestasi pelajar yang akan dilahirkan. 5 orang pelajar telah dipilih bagi membentangkan hasil penyelidikan mereka dihadapan wakil dari pihak Industri. Jabatan Kimia sangat berbesar hati menerima tetamu jemputan dari industri iaitu Puan Nisrin dari Institut Resin Malaysia dan En. Khairul Azhar dari Prima Sierra Chemicals.





Pelajar sedang membentangkan hasil penyelidikan




 Dua Wakil Pihak Industri

1 comment:

  1. Gambar2 agak kelam macam projektor dalam dewan kuliah ni ke? Walau bagaimanapun tahniah kepada AJK yang menjayakan projek tahun akhir. Tahniah.
    Projektor agaknya di bawah seliaan Fakulti atau bahagian penyelenggaraan. Dia orang tak bagi syarahan, kuliah, seminar, ....

    ReplyDelete