Tuesday, November 9, 2010

Lawatan Akademik ke SoChem Bristol


Dalam rangka lawatan ke Dublin, saya telah mengambil peluang untuk melawat School of Chemistry, Bristol, UK. Program ini merupakan susulan daripada pertemuan sebelum ini bersama Prof. Mike Ashfold yang telah dijemput ke Malaysia bagi menerima anugerah RSC di Kongres Kimia Malaysia yang lepas. School of Chemistry Bristol merupakan antara 3 pusat pengajian kimia yang utama di UK selain Cambridge dan Oxford, di mana kerajaan UK telah memberikan peruntukan yang cukup besar bagi pembangunan program kecemerlangan kimia di sini. 

Saya memulakan lawatan dengan mengadakan pertemuan dengan Prof. Mike Ashfold, yang juga Head of Physical Chem Section bersama alumni kimia UTM, En. Azmi Mohamed yang sedang melanjutkan pengajian PhD di sini. Pertemuan tersebut berkisar berkenaan perkembangan universiti dan penyelidikan di Malaysia serta diskusi berkenaan peranan dan laluan kerjaya ‘academician’ muda. Selepas itu, saya diperkenalkan kepada Dr. David Smith yang merupakan penolong Head of School serta pengendali program pengajian prasiswazah. Kami banyak berbincang secara dua hala berkenaan sistem pengajian kimia yang dilaksanakan di Bristol meliputi kemasukan pelajar, silibus pengajian, penilaian pelajar, kemahiran insaniah, program latihan, kebolehpekerjaan serta prospek graduan. Selain itu, Dr. Smith juga memberikan penerangan berkenaan sistem pengajaran makmal di sini yang banyak menggunakan pembelajaran maya secara berkesan.


Kemudian, saya dibawa melawat ke makmal pengajaran BristolChemLab yang mempunyai fasiliti yang cukup maju bagi pengajian prasiswazah. Ia membolehkan pengendalian amali yang advanced boleh dilakukan oleh di peringkat pengajian tersebut. Di sebelah petang, perjumpaan bersama Prof. Tom Simpson telah diatur yang mana beliau merupakan Head of Organic Biochem section. Saya berbincang berkenaan fokus penyelidikan serta perkembangan penyelidikan di sini sebelum dibawa melawat ke bangunan penyelidikan sintesis yang dibina dalam masa 10 tahun yang lepas. Prof. Simpson memberikan penerangan berkenaan projek pembangunan bangunan tersebut yang dibina bercirikan keselamatan serta keselesaan, meliputi belanjawan sebanyak 50 juta pound. Kemudian, saya dibawa berjumpa dengan Prof. Nick Norman yang merupakan Head of Inorganic section serta Ketua Eksekutif BristolChemLab yang memberikan penerangan tambahan berkenaan sistem pengajian di sini. Sela masa perbincangan, saya berkesempatan berjumpa Prof. Tim Gallagher yang merupakan Head of School yang mengalu-alukan kedatangan saya secara rasmi untuk melawat School of Chemistry Bristol. Di akhir program, Prof. Ashfold membawa saya ke makmal penyelidikan beliau dan menerangkan usaha penyelidikan yang dijalankan bersama Dr. Paul May, yang juga merupakan penyelia kepada seorang lagi alumni UTM yang juga melanjutkan pengajian PhD di sini.



Saya dimaklumkan, pihak UKM dan UM juga pernah melakukan lawatan ke sini sebelum ini. Saya cukup teruja dengan perkembangan program pendidikan kimia yang cukup kompetitif di sini serta fasiliti penyelidikan terancang yang disediakan. Manakala, hospitaliti pihak SoChem Bristol yang tinggi cukup di hargai dan pertemuan dengan kebanyakan top gun mereka merupakan pengalaman yang berharga.

Bakri@Dubin

No comments:

Post a Comment