Wednesday, October 27, 2010

Rabu: Program Perkembangan Pelajar

Seperti kebiasaan dan rutin jabatan, hari Rabu sentiasa di meriahkan dengan pelbagai aktiviti meliputi pelbagai bengkel dan mesyuarat peringkat jabatan dan pelbagai pertemuan rasmi dengan pelajar.  Pada hari ini, telah diadakan dua program 'student-centric' melibatkan pelajar tahun dua dan pelajar tahun akhir.

Program yang pertama adalah taklimat latihan industri (LI) kepada pelajar tahun dua yang akan mengikuti latihan industri pada sesi akan datang. Prof. Dr. Abdul Rahim Yacob selaku wakil jabatan kimia telah memberikan taklimat berkenaan introduksi kepada latihan industri serta pendedahan kepada jangkaan yang perlu dipenuhi oleh pelajar sewaktu mengikuti program LI tersebut.




Program kedua yang melibatkan perkembangan pelajar adalah untuk pelajar tahun akhir, meliputi diskusi kerjaya dan persediaan dalam persaingan kerjaya. Sesi taklimat ini telah disampaikan oleh Ir. Mohd Khir Muhammad selaku Pengarah Ikasuri Sdn. Bhd serta Pengerusi IEM Cawangan Selatan.




Semoga kedua-dua program dapat membantu pelajar jabatan kimia ke arah mewujudkan graduan yang kompeten dalam ruang lingkup transformasi pembangunan modal insan pelajar.

1 comment: