Thursday, September 2, 2010

30 Ogos dan 1 September 2010

Tarikh 30 Ogos dan 1 September 2010 merupakan hari bersejarah kepada dua orang staf Jabatan Kimia.

Pada 30 Ogos 2010, Jabatan mengalukan kedatangan tutor baru, En Mohd Shafiq Elias (ex SSA student) ke Jabatan Kimia. Tugas pertama beliau ialah untuk berjumpa setiap pensyarah Jabatan Kimia untuk berkenalan dan ditemubual serta mendapatkan tandatangan pensyarah....maaf saya tidak kesempatan untuk mengambil gambar beliau.

Tahniah diucapkan dan selamat berkhidmat.

Pada 1 September 2010 pula merupakan hari bekerja terakhir bagi Puan Norsiah Ismail (bekas Head Girl Kolej Tunku Kurshiah 1974) yang telah pun mula bersara secara rasmi dari perkhidmatan di UTM. Kami yakin walaupun sudah bersara, kami di sini akan sentiasa memerlukan bantuan dan khidmat nasihat beliau dan inshaAllah akan terus bersama kita di masa-masa hadapan. Tahniah juga kepada Khalida, anak Puan Norsiah yang akan berangkat ke Dublin pada 7 September ini untuk meneruskan pelajarannya di bidang perubatan. Sama-sama kita doakan kejayaan kepada Khalida.

2 comments:

  1. Tahniah Buat tutor baru Jabatan Kimia, Mohd Syafiq Elias yang dilahirkan pada 27 mac 1990=)
    moga beliau terus ceria dan bersemangat bertugas.. Salam Tahniah buatmu !

    Terima Kasih Pn Norsiah atas segalanya..jasamu tetap dikenang..Tahniah juga buat Khalida..selamat jalan dfan selamat berjaya.

    Buat semua pensyarah2 dan teman2ku, Doakan juga kejayaanku!=)
    Salam sayang untuk semua~

    ReplyDelete
  2. Thank you very much for the wonderful time i have in the Jabatan. Those beautiful moments will be cherished till the end of my life. Walau pun dah bersara, Jabatan Kimia sentiasa berada dekat dengan saya.

    ReplyDelete