Tuesday, June 28, 2011

Minggu Gotong Royong 5S

Minggu gotong royong untuk mengemaskini makmal telah berlangsung mulai 27 Jun 2011. Mereka yang terlibat ialah semua staf makmal Jabatan Kimia, JK Amalan 5S Jabatan, Penyelaras makmal, JK Pengurusan Makmal dan JK Keselamatan. Walaupun gotong royong ini dibuat dalam bulan Jun, tetapi gerak kerja mengemaskini STOR FAKULTI telah pun bermula sejak awal tahun 2011 lagi. Fokus utama JK secara keseluruhan ialah mengemaskini hal berkaitan penglabelan semula papan tanda, papan kenyataan, pintu makmal dan tempat penyimpanan di dalam makmal.

Sehubungan dengan itu JK ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Fakulti Sains dan pihak Harta Bina yang telah bermurah hati membantu dalam beberapa hal. JK juga mengucapan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat, mudah-mudahan kerja membaik pulih imej makmal samada dari segi fizikal mahupun pengurusannya akan menjadi budaya kerja yang berterusan inshaAllah. Sesi bergambar kenangan di Anjung Kimia mengakhiri laporan.




One for the album



Thursday, June 23, 2011

Karnival Kimia Malaysia 2011


Jabatan Kimia, Fakulti Sains, Universiti Teknologi Malaysia telah terpilih sebagai tuan rumah penganjuran Karnival Kimia Malaysia (K2M) bagi zon selatan sempena menyambut tahun antarabangsa kimia 2011. Karnival yang berlangsung selama dua hari ini dianjurkan oleh Institut Kimia Malaysia (IKM), dengan kerjasama Universiti Teknologi Malaysia (UTM), dan Jabatan Kimia Malaysia (JKM). Pelbagai aktiviti menarik disediakan di karnival ini, antaranya pameran, demonstrasi eksperimen kimia, bas bergerak pusat sains negara, pertandingan olimpiad kimia, chemical garden dan crime scene investigation, serta banyak lagi. Pengunjung karnival adalah terdiri daripada masyarakat sekitar kampus dan Johor Bahru terutamanya di kalangan pelajar dan guru sekolah serta ibu bapa. Karnival ini telah dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa perpaduan, sumber manusia, sains, teknologi dan inovasi negeri Johor, Yang Berhormat Encik M. Asojan a/l Muniyandy.

K2M Johor Bahru adalah kesinambungan daripada program yang telah dianjurkan di Kuala Lumpur, Ipoh dan Kota Marudu sebelum ini. Bertemakan Chemistry – Our life, Our future, K2M mempromosikan sains kimia yang mempunyai kaitan rapat dengan kehidupan seharian melalui 8 sub-tema iaitu kehidupan, makanan dan nutrisi, air, tenaga, bahan, minyak dan lemak, perubahan cuaca, dan kualiti hidup. Lebih menarik lagi, sebanyak lebih 70 poster berunsurkan sub-tema tersebut telah dipamerkan di sekitar tapak karnival Dataran Fakulti Sains UTM. Selain itu, syarahan ilmiah yang mengupas topik terkini dalam kimia turut diadakan, antaranya adalah masa hadapan nanokimia, kimia pengguna, kimia forensik dan kerjaya dalam kimia.

Karnival ini mendapat tumpuan daripada ramai pengunjung yang hadir untuk mengenali sains kimia dengan lebih dekat melalui peluang melakukan sendiri eksperimen kimia, mempelajari penyelidikan terkini dalam kimia dan berkongsi ilmu pengetahuan dalam kimia. Pelajar-pelajar sekolah turut diberikan peluang menyertai beberapa siri pertandingan yang menguji kecekapan ilmu kimia.

Penganjuran karnival ini diharapkan berjaya mencapai objektif yang telah ditetapkan, antaranya mempromosi kesedaran dan keprihatinan masyarakat kepada kepentingan sains kimia dan menggalakkan generasi muda untuk memilih kimia sebagai bidang kerjaya mereka.










Kredit Photo: En. Supandi Unit Media UTM

Friday, June 10, 2011

KURSUS PENGENDALIAN INSTRUMEN NMR

Kursus spektrometer NMR telah berjaya dilaksanakan pada 7-9 Jun 2011 yang dikendalikan oleh PM Dr. Satapah Ahmad dan dibantu oleh En. Azmi Md Rais serta Cik Nor Nasreena Kassim. Kursus tersebut bertujuan memberikan pendedahan kepada teknik asas pengendalian  instrumen spektrometer NMR  dan telah dihadiri oleh Pegawai Sains, Penolong Pegawai Sains serta melibatkan pelajar pasca siswazah Fakulti Sains.

Tahniah dan terima kasih kepada penganjur yang telah melaksanakan kursus NMR dengan jayanya.






 

INOVASI NMR YANG MENDAPAT ANUGERAH UTM
http://nmrjabatankimia.blogspot.com/

Photos: kredit kepada En. Supandi Unit Media UTM

Tuesday, June 7, 2011

Thursday, June 2, 2011

Program Transformasi Pelajar: Kajian Kes Harvard Business School

Sistem pendidikan tinggi negara telah di berikan nilai baru dalam memastikan kerelevanannya dengan kehendak semasa dan keperluan pasaran. Salah satu agenda yang menjadi fokus utama ialah perlaksanaan kurikulum yang berdaya saing dan dinamik. Pembinaan kurikulum pengajian yang berkualiti merupakan antara cabaran dan juga peluang yang perlu diterima oleh pihak universiti bagi memastikan matlamat melahirkan pelajar yang kompeten dan akan tercapai. Antara lainnya, usaha ini memerlukan perlaksanaan kaedah pengajaran dan pembelajaran P&P yang berbentuk interaktif dan kolaboratif melalui usaha dan inovasi yang berterusan.

Sejajar dengan hasrat tersebut, UTM telah memperkenalkan kursus berbentuk kajian kes yang diasaskan melalui rujukan model Harvard Business School (HBS). Untuk permulaan, kursus tambahan ini diperkenalkan kepada pelajar di tahun akhir dan tahun pertama pengajian SSA dan SSC.

 

Pada semester pertama perlaksanaan, 2 kajian kes HBS telah diperkenalkan kepada pelajar iaitu kes ‘Starbucks: Delivering Customer Service’ untuk pelajar 3SSA/SSC dan kes ‘Ernie Budding A’ untuk 1SSA/SSC. Pemilihan kes tersebut dilakukan berdasarkan kepada keperluan yang signifikan kepada pelajar tersebut. Bagi pelajar tahun akhir, pendedahan kepada kes tersebut membolehkan pelajar mendapat input berkenaan ekosistem pengurusan organisasi dan nilai keusahawanan dan entrepreneurial yang berguna untuk meningkatkan kualiti pengetahuan pelajar apabila bergraduan. Manakala pelajar tahun pertama mendapat pendedahan berkenaan kes yang melibatkan proses pengajian dan pembelajaran dalam kelas yang membolehkan pemupukan nilai pandang pelajar yang tepat terhadap proses P&P yang akan dihadapi sepanjang tempoh pengajian mereka.



Pelajar-pelajar tersebut diagihkan kepada kumpulan kecil untuk setiap tahun pengajian dengan dibantu oleh moderator yang berperanan mengendalikan perjalanan kursus tersebut yang akan mengambil masa 2 jam untuk kajian setiap kes. Bagi pelajar tahun pertama, kursus ini membawa markah 20% yang digabungkan ke dalam kursus ‘Introduction to Programme’, manakala pelajar tahun akhir direkodkan kehadiran untuk catatan. Manakala, pada semester kedua perlaksanaan, pelajar tahun pertama didedahkan kepada kes ‘Starbucks: Delivering Customer Service’ dan pelajar tahun akhir mendapat pengalaman mengkaji kes perniagaan ‘Nantucket Nectars’.




Dalam culaan dapatan yang diperolehi, kesemua pelajar telah memberikan tanda positif dan maklumbalas yang sangat menggalakkan terutamanya melibatkan peningkatan kemahiran generik. Pelajar tahun pertama bersetuju untuk meneruskan kajian kes seterusnya pada semester yang akan datang, manakala pelajar tahun akhir berharap mereka mendapat pengalaman mengikuti kes tersebut lebih awal. Di pihak Jabatan, moderator kajian kes telah dilantik secara sukarela dan Jabatan mengharapkan penambahan tenaga moderator daripada semua pensyarah bagi meningkatkan keberkesanan perjalanan kajian kes, justeru lebih ramai lagi pelajar di semua tahun pengajian dapat dilibatkan bersama.
Antara Moderator terlibat:
1)     PM Dr. Zaiton Abd Majid (Penyelaras Jabatan)
2)     Dr. Che Rozid Mamat
3)     Dr. Mohd Bakri Bakar
4)     Pn Hanim Awab
5)     Dr. Norazah Basar
6)     En. Hashim Baharin
7)     Pn. Aemi Syazwani Abdul Keyon
8)     Pn. Siti Norhawani
9)     En. Mohd Syafiq Elias

Laporan Rasmi:



Wednesday, June 1, 2011

Research Students Win Presentations RSC Awards


Two Chemistry DPhil students were awarded prizes for oral presentations at the "RSC Electrochemistry Group London and South East Region Postgraduate Electrochemistry Meeting and ISE Satellite Student Regional Symposium on Electrochemistry" held at University College London on 17th May 2011. Yige Zhou in Richard Compton's group was awarded first prize for her talk entitled "The electrochemistry of single silver nanoparticles via nanoparticle-electrode collision processes". Zulkifli Idris in Kylie Vincent's group was joint runner-up for his presentation "NAD+/NADH-cycling by a catalytic moiety of the Soluble Hydrogenase from Ralstonia eutropha studied by Protein Film Electrochemistry".