Monday, September 27, 2010

An Evening with Pn. Norsiah

Bilik Aktiviti jabatan kimia telah menganjurkan satu majlis penghargaan bersama-sama Pn. Norsiah yang baru sahaja menamatkan perkhidmatan beliau di jabatan. Sememangnya jasa dan budi Pn Norsiah akan sentiasa dikenang, dihargai dan dirindui oleh semua.
 Majlis ramah mesra sambil menikmati juadah

 Majlis sampingan sempena hari lahir bulan September 
(Prof. Dr. Wan Aini, PM Mohd Nazlan, PM Dr. Nor Aziah)




 Bergambar beramai-ramai

Bubur Lambuk Ramadhan

Dalam bulan Ramadhan yang lepas, ahli Jabatan Kimia telah berkesempatan untuk bersama-sama menyediakan juadah bubur lambuk untuk diedarkan kepada semua. Terima ksih diucapkan kepada penaja-penaja yang bermurah hati termasuk kepada semua yang terlibat menjayakan aktiviti tersebut.


     




Thursday, September 2, 2010

30 Ogos dan 1 September 2010

Tarikh 30 Ogos dan 1 September 2010 merupakan hari bersejarah kepada dua orang staf Jabatan Kimia.

Pada 30 Ogos 2010, Jabatan mengalukan kedatangan tutor baru, En Mohd Shafiq Elias (ex SSA student) ke Jabatan Kimia. Tugas pertama beliau ialah untuk berjumpa setiap pensyarah Jabatan Kimia untuk berkenalan dan ditemubual serta mendapatkan tandatangan pensyarah....maaf saya tidak kesempatan untuk mengambil gambar beliau.

Tahniah diucapkan dan selamat berkhidmat.

Pada 1 September 2010 pula merupakan hari bekerja terakhir bagi Puan Norsiah Ismail (bekas Head Girl Kolej Tunku Kurshiah 1974) yang telah pun mula bersara secara rasmi dari perkhidmatan di UTM. Kami yakin walaupun sudah bersara, kami di sini akan sentiasa memerlukan bantuan dan khidmat nasihat beliau dan inshaAllah akan terus bersama kita di masa-masa hadapan. Tahniah juga kepada Khalida, anak Puan Norsiah yang akan berangkat ke Dublin pada 7 September ini untuk meneruskan pelajarannya di bidang perubatan. Sama-sama kita doakan kejayaan kepada Khalida.

Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri



Hari raya aidilfitri bermaksud dengan amalan berpuasa sebulan Ramadhan itu manusia bisa menjadi suci dan bersih dari segala dosa dengan izin Allah sehingga ia kembali bersih seperti ia mula dilahirkan, kembali ke FITRAH nya yang asal yang sentiasa taat dan patuh pada Allah. Ameen. Manusia terdiri dari roh dan jasad, dengan mengurangkan kenikmatan jasad, mudah-mudahan roh dapat kembali merasai kenikmatan beribadat kepada Allah.

Mewakili warga blog bilik aktiviti, kami mengucapkan selamat menyambut hari raya aidil fitri dan semuga masa yang masih ada dalam bulan Ramadhan ini digunakan sebaik mungkin inshaAllah. Sama-samalah kita berdoa kepada sesama kita semuga mendapat keberkatan malam lailatulqadar yang amat dinanti-nantikan oleh setiap umat Islam.

Ampun dan maaf di atas segala kekurangan dari kami dari bilik aktiviti kimia, mudah-mudahan blog ini akan terus maju dengan seribu kenangan.