Wednesday, June 30, 2010

Anggur di Malaysia

Saya teruja melihat ladang anggur di Sik, Kedah. Tak sangka anggur boleh ditanam di Malaysia walaupun cuaca di Malaysia agak panas. Dengan menggunakan teknologi terkini serta pengurusan yang teliti, pokok anggur dapat mengeluarkan buah yang manis dan berkualiti. Jabatan Pertanian Perlis merupakan perintis penanaman anggur di Malaysia. Tidak hairanlah kebanyakkan orang Perlis dan Kedah menanam anggur di sebelah rumah mereka dan secara tidak langsung menambah pendapatan keluarga hasil dari jualan buah anggur. Antara varieti Anggur adalah seperti New White Malaga, Green Perliet, Black Opal ,I.A.C, Kyoho dan Isabela. Saya ada membawa balik batang pokok anggur untuk ditanam, tetapi tangan panas sangat, pokok anggur tak boleh hidup atau mungkin tanah di Johor tidak sesuai untuk penanaman anggur. Kepada yang berminat untuk melihat sendiri ladang anggur, bolehlah berkunjung ke Ladang Anggur Tasik Beris, Sik, Kedah.

Tuesday, June 29, 2010

Viva MSc

Satu sesi temubual (viva) pelajar Sarjana telah selesai diadakan seperti makluman berikut:

Nama pelajar : Nur Azlin Othman
Penyelia : Dr. Shajarahtunnur Jamil
Ko-penyelia : Dr. Muhammed Taher (UIAM)
Tarikh : 29 Jun 2010
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Bilik Mesyuarat Utama, Fakulti Sains.

Friday, June 25, 2010

Publications of 2010 - Sugeng Triwahyono and M. Nazlan M. Muhid

Sugeng T., Aishah A.J., MalikM., “Generation of protonic acid sitesfrom pentane on the surface ofPt/SO42--ZrO2 and Zn/HZSM5 evidenced by IR studyof adsorbedpyridiine", Applied Catalysis A:General,372(2010)90-193. (ImpactFactor:3.564)

SugengT., Aishah A.J., S. NajihaT., N. Najwa R., H.Hattori, “Kinetics Study of Hydrogen AdsorptiononPt/MoO3", Applied Catalysis A:General,372(2010)103-107. (ImpactFactor:3.564)

Aishah A.Jalil, Sugeng Triwahyono,N. Aini M. Razali,N. Hanis H. Hairom, Ani Idris, M. Nazlan M. Muhid, AzlyanaIsmail,N. Aisyah M.Yahaya,N.Akma L. Ahmad, HazliniDzinun, "CompleteElectrochemical Dechlorination ofChlorobenzenesin the Presence of Various AreneMediators", Journal of HazardousMaterials 174 (2010) 581-585. (ImpactFactor:4.144)

Aishah A. Jalil, Sugeng Triwahyono, S. Hazirah Adam, N. Diana Rahim, M. Arif A. Aziz, N. Hanis H. Hairom, N. Aini M. Razali, Mahani A.Z. Abidin, M. Khairul A. Mohamadiah, “Adsorption of methyl orange from aqueous solution onto calcined Lapindo volcanic mud”, Journal of Hazardous Materials, In Press, Corrected Proof, Available online 24 May 2010 (ImpactFactor:4.144) ::NEW::

Sunday, June 13, 2010

BERITA PENUH XPDC ANGSI 2010


Oleh Mohamad Saufi Rosmi
Graduan SSA 2010

Pada 29-30 Mei 2010, pensyarah dan staf dari Jabatan Kimia, Fakulti Sains telah menganjurkan ekspedisi mendaki Gunung Angsi yang terletak di Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Ekspedisi ini diadakan bertujuan bagi mengeratkan hubungan antara pensyarah,staf dan pelajar Jabatan Kimia. Bas bertolak daripada UTM ke Hutan Lipur Ulu Bendul, Negeri Sembilan tepat jam 3 petang. Perjalanan yang mengambil masa 4 jam itu tiba ke penghujungnya apabila pemandangan indah dan damai Hutan Lipur Ulu Bendul terbentang di depan mata. Setelah siap memasang khemah, semua peserta dihidangkan dengan makan malam yang disediakan oleh Chef Jabatan Kimia setelah itu peserta mengambil peluang menghirup udara segar hutan lipur itu. Kicauan burung dan deruan air menenangkan perasaan kami. Sebelah malamnya, semua peserta perkhemahan berkenalan melalui sesi ‘ice-breaking’ yang dikendalikan oleh PM. Dr. Razali Ismail. Selepas itu, peserta perkhemahan masuk ke khemah untuk tidur. Semua pendaki menyimpan tekad dan azam untuk menawan puncak Angsi keesokan harinya.

Selepas menunaikan solat subuh berjemaah, sang mentari mula menampakkan sinarnya. Semua peserta perkhemahan sibuk mempersiapkan bekalan untuk dibawa naik ke atas gunung. Selepas sesi senaman ringan dan bacaan doa yang diketuai oleh pengarah program, PM Dr Razali Ismail, kami melangkah dengan semangat membara. Perjalanan pada mulanya nampak mudah. Pada mulanya, perjalanan kami didahului oleh Hakim dan Hazim yang bersemangat untuk menjadi orang terawal sampai ke puncak. Sepanjang perjalanan, kami dihiburkan dengan nyanyian unggas dan kicauan burung. Sambil berbual dan bergelak ketawa, kami meneruskan perjalanan sehingga ke aras pertama di Tangga Batu. Selepas bergambar dan berehat seketika, perjalanan diteruskan dengan trek perjalanan yang lebih mencabar.

Ukhwah dan kasih sayang sesama sahabat dan keluarga tergambar jelas mewarnai sepanjang perjalanan kami. Ada peserta yang terseliuh di kaki. Namun, dengan sedikit rawatan, perjalanan tetap diteruskan. Trek pendakian sangat mencabar dan curam. Di sesetengah kawasan, kami terpaksa memanjat menggunakan tali kerana tiada laluan lain. Dalam hati kami terdetik, mampukah kami sampai ke sana?? Namun, dengan sokongan dan semangat yang ditunjukkan oleh semua peserta pendakian, pendakian diteruskan sehinggalah peserta pertama di puncak yang berketinggian 825m pada pukul 11.45 pagi. Firdaus, pelajar tingkatan empat merupakan peserta pertama yang sampai ke sana dan diikuti oleh Hazim, anak Dr Zaiton. Tepat pukul 12.45 tengah hari, semua peserta selamat tiba ke puncak dengan jayanya. Kegembiraan jelas terpancar di wajah masing-masing. Antara pensyarah yang berjaya mendaki sehingga ke puncak ialah Dr Che Rozid, Dr Zainab, Pn Khaidawati, Dr Razali, Dr Nor Aziah dan En Ali. Selepas berehat dan menikmati pemandangan dari puncak, kami mula bertolak pulang. Perjalanan menuruni cerun masih mencabar. Ramai yang sudah merasa kekejangan otot, namun berkat kesabaran dan semangat, akhirnya semua peserta selamat tiba ke tapak perkhemahan..Hehehe.

Pada sebelah malamnya, diadakan barbeque. Sedap sangat! Terima kasih kepada ajk2 makanan yang telah menyediakan menu ini, Pn Norsiah, Kak Dzana dan Dr Jafariah. Selepas itu kami mengadakan sedikit post-mortem yang di kendalikan oleh Dr Razali. Antara konklusi yang dapat diambil daripada post-mortem ini ialah semangat tolong menolong dan bantu membantu adalah sangat penting dalam aktiviti pendakian. Betul lah kata Muqarrabin, pendaki Everest pertama dari Malaysia, jika kita hendak mengenal sahabat kita, ajaklah dia mendaki gunung.

Keesokan harinya, selepas bersarapan pagi, kami mula mengemas kawasan perkhemahan. Setelah selesai, kami bertolak pulang ke Johor. Dalam hati kami berkata, “Selamat Tinggal Ulu Bendul, Selamat Tinggal Gunung Angsi”. Segala memori pahit dan manis di sini akan kami simpan sebagai kenangan terindah dalam hidup ini.
Sekian.



Catatan oleh Success Hunter, ASR

Thursday, June 10, 2010

RMK-10 Bab 5 : Di Mana Jabatan Kita?

Saya masih mencari-cari penyataan UTM sebagai RU dalam buku blueprint RMK-10. setakat ini, masih belum bertemu catatan mukasuratnya. Akan tetapi, elok juga kalau kita meneliti dulu apakah rancangan pendidikan tertiari yang dinyatakan oleh PM Najib hari ini yang releven dengan kita. Saya ekstrakkan apa yang tersurat.

GRADUAN
1) memperkukuhkan kurikulum pengajian dengan kandungan akademik dan softskills
2) Latihan industri berstruktur
3) kursus mematuhi MQF dan dipantau oleh MQA

JABATAN KIMIA: Perkara 1,2 dan 3 sudah diselesaikan tanpa perlu menunggu 2015. Bravo!


KAKITANGAN AKADEMIK


1) melantik/mengekal staf terbaik (ini rutin kita kan)

2) 15% kakitangan menjalani 6 bulan latihan industri bagi setiap lima tahun perkhidmatan (Mekanisma cuti sabatikal perlu dikemaskini?)

3) menjelang 2015, peratus staf PhD perlu 75% (hampir dan akan capai menjelang 2015)

4) Ganjaran kompetitif setanding sektor swasta dan menawarkan manfaat bukan kewangan seperti waktu mengajar yang fleksibel (perlu senaraikan manfaat bukan kewangan sebagai pensyarah berbanding kerja swasta)

5) Modul latihan asas untuk staf baru (rujuk RMC, HEK, HCD)

6) Staf baru akan diselia oleh staf kanan (Jangan biarkan mereka teraba-raba :)

7) Staf baru akan dikurangkan tugasan pengajaran dalam 3 tahun pertama untuk membolehkan mereka menyediakan asas penyelidikan dan mencari geran penyelidikan (kontroversi dan perlu penelitian lanjut :)

8) Mereka yang bersara atau staf luar negara digalakkan berkhidmat secara kontrak dengan skim yang menarik dan lebih kompetitif ( sudah dilakukan)

9) kenaikan pangkat tanpa perlu memegang jawatan pentadbiran (penyelarasan peringkat universiti) 

Any comments?

Bakri

Budapest Part 2

Bangunan Parlimen yang menjadi kebanggaan penuduk Budapest. Bangunan terbesar di Hungary.
Berjumpa lagi dengan cerita dari Budapest. Tram ini lalu di hadapan hotel kami dan boleh terus pergi ke bandar (5 minit saja) dan juga ke sungai Danube. Bergantung kepada tempat kita menginap tetapi kebanyakan tempat senang dihubungi dengan tram. Sangat mudah berjalan di sini, kalau penat berjalan, naik saja mana2 tram yang sesuai dengan destinasi kita. Di waktu ini Universiti belum bercuti, pelajar sedang exam kalau tidak silap saya. Masing2 sibuk memegang nota, mungkin ada exam.

Terjumpa bunga ini di tepi jalan, sangat menarik dan unik. Secara umum, bandar Budapest hanya tersohor dengan bangunan yang besar dan unik, tetapi tidak ada sangat hiasan bunga. Bandar ini sudah melalui pelbagai jenis era sejarah yang unik (~800 tahun) termasuk penaklukan oleh Turki sekitar 1550an hingga 1700. Gereja St. Matthias yang tersergam indah di atas bukit BUDA itu juga pernah menjadi masjid tetapi mengikut pengamatan saya sejarah Islam itu seperti mahu saja ditutup oleh mereka. Parlimen mereka baru saja mengistiharkan bahawa penduduk Hungary boleh mempunyai dua kerakyatan, tetapi nampaknya jiran mereka seperti Romania agak tertekan dengan keadaan ini kerana ada lebih kurang 1 juta penduduk Hungary di Romania ketika ini. Tarikan lain Budapest ialah spa yang sangat banyak di sekitar bandar ini, mungkin sebanyak 80 semuanya. Suhu pada hari rabu ialah 35oC.
Seperti yang dijanjikan, semalam saya berjalan di sebelah malam di tebing singai Danube, kononnya nak ambil gambar di sebelah malam dengan sinaran lampu yang memukau. Tapi, sayang sekali, kamera ku tidak secanggih, jadi tak dapatlah nak ambil apa2 gambar yang menarik. Walauapapun, pada sebelah petangnya, sempat jugalah mengambil gambar bangunan Parlimen yang tersohor itu dari sebelah sini sungai, sangat cantik untuk dijadikan desktop komputer. Air sungai sudah semakin surut dan bot tourist sudah nampak mula berjalan semula tapi kami tidak sempatlah nak naik, hari ini hari terakhir conference.

Pada hemat saya, orang di Budapest ni relax dan santai saja, tidak nampak tension dan well dressed up seperti di setengah negara di sebelah timur seperti Korea etc. Keadaan bandar bersih dan selamat untuk bersiar2. Sebenarnya di mana2 pun kita kena sentiasa berhati2 kot. Secara umum, saya rasa Budapest ialah satu temapt yang menarik untuk dilawati. Tiket dari Malaysia boleh semurah RM 2000 plus dari Singapore dan semahal sekitar RM 6000 plus naik MAS. Hotel kalau mahu boleh pilih yang mengadap sungai Danube, tentunya cantik. Hotel kami di dalam kampong sikit tapi boleh tengok suasananya juga.

Saya dapat tahu UTM sudah diiktiraf menjadi Research University. Pagi2 lagi sudah dapat message dari Prof Salasiah mengenainya. Tahniah untuk semua. Jumpa lagi.

Tuesday, June 8, 2010

Salam dari Budapest, Hungary

Alhamdulillah selamat sampai di Budapest, cuaca sangat baik, 29oC. Kami sempat juga mengikuti program tour group yang dianjurkan oleh pihak University untuk ECCM (14 European Conference on Composite Materials - I am not a participant by the way) ini. Jadi sempatlah merakamkan beberapa tempat strategik di sekitar Budapest. Petang selepas conference habis masih boleh bersiar2 kerana maghrib masuk pukul 9 malam. Subuh habis pukul 4 pagi. Budapest dibahagi dua oleh sungai Danube, di sebelah berbukit ialah BUDA dan sebelah kanan sungai dari gambar ini yang lebih mendatar ialah PEST.

Kelihatan bangunan Parlimen yang tersergam indah, antara bangunan terbesar di Hungary ni. Parlimen terletak di sebelah PEST. Gambar diambil dari sebelah berbukit, BUDA. Memang sangat indah tetapi kamera saya tidak dapat merakamkan keadaan sebenar kecantikan di sini. Ini saja yang terbaik yang boleh dikongsi. Banyak bangunan cantik disepanjang sungai Danube yang menjadi kebanggaan orang Hungary. One of the organisers even made a joke about Hungary people during his opening speech of the conference, he said the biggest problem with Hungarian is that they claim that Budapest is the most beautiful city even if they have not even cross their borders!! haha..kalau nak claim pun kena tengok jugalah Kuala Lumpur, apa kurangnya? The tourist guide said she would really like to see KL with its skyscrapers...she said Kl is beautiful. One similar sight of Budapest similar to Kl is its greeneries. Memang banyak pokok besar dan redup. Jumlah penduduk Hungary ialah lebih kurang 10 juta dan 1.7 juta berada di Budapest, jadi memang padat di sini. Kami jumpa kedai kebab halal dan mudah sikitlah nak makan. Sekali makan untuk 2 orang lebih kurang 10-13 euro. Public transport is excellent. Kami ke mana2 naik tram saja, beli tiket untuk 7 hari dan boleh guna untuk semua jenis transport system, metro, tram, trolley bus, bus and train. Belum naik underground Metronya yang dikatakan antara tertua di Eropah, dibina sekitar 1890an. Most shops accept credit cards but euro currency agak terhad kepada tempat besar saja. Kalau kita guna euro pun dia akan beri balance dalam currency Hungary, Forint. Yang bagusnya di tempat conference disediakan tempat tukar duit. Excellent job.

Ini ialah tebing sungai Danube, sepatutnya ada jalan raya di embankment tu tapi sudah ditenggelami air, jadi ditutup untuk lalu lintas. Kita masih boleh berjalan di jalan raya biasa di atas. Banjir ini agak besar juga kerana daripada news yang saya tidak faham apa ceritanya, nampak banyak rumah yang ditenggelami air sehingga separuh paras rumah. InshaAllah akan cuba merakamkan gambar di sungai ini di waktu malam.

Friday, June 4, 2010

Balance Score Card: Introduksi

"hope that i can learn evertyhing during my stay overthere"

Itu antara kandungan email yang pernah saya berikan kepada penyelia PhD saya sebelum berangkat ke sana. Ya, memang itu yang saya harapkan sebenarnya. Peluang untuk berada d negara luar dalam sela masa yang panjang sewajarnya menajamkan saya dengan kepelbagaian input dalam pelbagai segi. Saya meletakkan jangkaan yang tinggi untuk mempelajari segala selok-belok penyelidikan, pengurusan, pentadbiran termasuklah pengajaran. Saya cuba untuk optimakan peluang dan ruang yang ada. Namun, realiti kadangkala tidak mengizinkan cita-cita dan impian kita terlaksana. Pengajian PhD saya memerlukan saya menghabiskan kebanyakan masa di makmal. Merancang, mengambil input, melaksana, menilai output, membuat pembetulan, mengulang kembali: itu antara rutin kerja makmal yang saya lakukan. Masa-masa hujung minggu di peruntukkan untuk menyimpulkan data yang diperolehi seminggu untuk menambahbaikan kerja untuk minggu seterusnya. Kadangkala, ianya diselang seli dengan kerja makmal ringan yang tidak memerlukan fokus dan tenaga yang lebih. Itu jadual saya yang tampak sedikit terhad.  
 
Akan tetapi, persekitaran saya banyak membantu untuk mempelbagaikan aktiviti yang saya lakukan. Sepanjang keberadaan saya di Ireland, saya berada dalam lingkungan masyarakat  Malaysia yang bekerja di sana. Jangan terkejut jika saya katakan di sana ada kampung malaysia dengan seorang penghulu lantikan. Seolah-olah menyerupai kawasan taman-taman di malaysia pula. Mempunyai kebersamaan aktiviti dalam sela masa tertentu dengan mereka cukup mengujakan. Di sinilah tempatnya saya mempelajari dan menghadamkan pelbagai kemahiran yang dapat manambah dan mencipta nilai.

Balance Score Card ataupun dikenali dengan BSC. Itu antara modul yang saya pelajari secara tidak rasmi dengan mereka. Walaupun memang ketika awalnya, saya agak janggal dengan banyak terma pengurusan strategi. Namun, peluang bersama dengan mereka yang berlatarbelakangkan sains sosial memberikan banyak kefahaman yang berguna. Saya pada ketika itu menjangkakan kaedah pengurusan tersebut terlalu kompleks dan memang sukar untuk difahami.

Sekembali ke Malaysia, saya menjadi terkejut mendengar BSC. Bukan kerana janggal dengan BSC, tetapi terkejut kerana universiti saya mahu melaksanakannya. Cepat dan bersegera gerak kerjanya. Di kala pengurusan tertinggi universiti memutuskan sedemikian, saya memandang ianya satu kebaikan untuk perlaksanaan pengurusan universiti yang lebih strategi, efisien dan efektif. Namun, ada suatu asas penting yang perlu diselesaikan. BSC atau mana-mana sahaja proses 'execute' strategi memerlukan kefahaman diberikan kepada komuniti universiti. Mungkin kita masih teringat berkenaan model World Class University WCU yang disasarkan universiti beberapa tahun lepas. Salah satu sebab aspirasinya kurang berjaya adalah ianya kurang dikongsi bersama masyarakat univrersiti keseluruhannya. Begitu juga dengan BSC. Jika mereka gagal melihat BSC sebagai satu keperluan, penjayaannya akan menimbulkan masalah. Kita tidak mahu melihat sesuatu model dan strategi dibuat akan beralih dengan bertukarnya pemegang jawatan. Namun, saya percaya pihak pengurusan universiti telah meneliti perkara tersebut dan di peringkat fakulti sendiri  akan mengusahakan inisiatif untuk  menerapkan kefahaman BSC kepada semua komuniti fakulti. Manakala di jabatan, saya difahamkan kursus BSC akan dilaksanakan dalam jangka masa terdekat. Harus diingat, BSC hanyalah sebuah sistem. Ianya tidak akan berjaya tanpa input data daripada semua pihak.
         
Penyelia PhD saya banyak mengajar erti penyelidikan yang perlu diterokai dan telahpun menunjukkan jalan tersebut. Akan tetapi, saya tetap percaya nilai-nilai yang lain perlu dicari melalui usaha dan kemahuan sendiri. 
 
Dalam artikel akan datang, saya akan cuba menggambarkan model BSC secara serba sedikit bagi siapa yang berminat untuk membaca dan persediaan sebelum berkursus :)

Gambar Juhanni di Australia

Ni saya ambil gambar yang telah dihantar oleh Juhanni yang sedang cuti belajar (PhD) di Australia. Email ni sudah lama dihantar, jadi saya fikir elok di upload ke blog ini untuk tatapan semua. Tengoklah betapa cutenya anak Juhanni bermain dengan koala bear, kangaroo etc..




















Thursday, June 3, 2010

Sekalung Tahniah.

Warga Jabatan Kimia ingin mengucapkan Tahniah diatas kenaikan pangkat staf Jabatan Kimia.

Profesor Dr. Wan Aini Wan Ibrahim

dan

Profesor Madya Dr. Zaiton Abdul Majid

Akhir kata dari kami, bila nak buat kenduri? =)