Tuesday, March 30, 2010

Minggu Simposium Projek Sarjana Muda Sains

Selamat Berjaya kepada semua pelajar tahun akhir SSC dan SSA. Semoga memperolehi kejayaan yang cemerlang.

Sunday, March 28, 2010

APAM GULA HANGUS (Khatijah)



APAM GULA HANGUS (Khatijah)

Bahan-bahan ( untuk sekeluarga)
2 biji telur
1 cawan gula pasir
1 cawan air
1/2 cawan minyak masak
2 sudu besar marjerin
2 sudu susu pekat
1 sudu teh soda bikarbonat.
1 1/2 cawan tepung gandum.

 

Cara-cara :
1. Gula dihanguskan kemudian dicampurkan dengan air, kemudian sejukkan
2. Didalam blender masukkan telur, susu, minyak dan marjerin, dan kisarkan anggaran 3 minit.
3. Masukkan gula yang telah disejukkan tadi bersama-sama soda bikarbonat dan dikisarkan lagi.
4. Akhir sekali masukkan tepung dan dikisar lagi sehingga sebati.
5. Kukus adunan tadi di dalam loyang yang telah disapu dengan minyak masak selama 45 minit.
6. Boleh juga menggunakan acuan mangkuk plastik.
7. Sekiranya adunan nampak cair bolehlah ditambah sedikit tepung agar apam tadi tidak mendap dan basah dibahagian bawahnya.

APAM TEPUNG BERAS (Khatijah)




APAM TEPUNG BERAS (Khatijah)

(untuk 4 orang dewasa)

Bahan:
1 cawan tepung beras
½ cawan nasi
120 mL air
½ cawan gula
2 g yis
¼ tsp eno

Caranya:
1. Nasi dikisar bersama air hingga hancur. Masukkan gula, tepung beras
dan yis dan kisar lagi sehingga sebati.
2. Peram selama 5 jam.
3. Selepas diperam titis pewarna ikut cita rasa atau biarkan warna asal dan masukkan eno. Kacau sehingga rata.
4. Masukkan ke dalam acuan kecil atau paper cup dan kukus selama 10-15 minit.

Ahli Jabatan Kimia 2008


Bergambar semasa berbengkel SKT 2009 di Alumni, UTM.

Lempeng Kelapa


Ini kuih lempeng tajaan Kak Jah tapi masih menunggu resipinya. Sedap ni, dimakan bersama sambal ikan bilis..tentu sekali dapat melegakan minda yang sedang berserabut dengan segala macam tugasan harian...baca tesis PSM, marking, fikir research, fikir pasal UTM, fikir pasal pelajar etc..etc....mujurlah ada makanan di atas meja. Terima kasih daun keladi, kalau boleh esok bawa lagi ya..

Tema: Kueh Tradisional


Hari ini tema kueh tradisional nampaknya. Dr Nordin sedang menilai kuih sum-sum Puan Norsiah (hujung meja tu). Mesti sedap tu. Zul (sekarang sedang buat PhD di Oxford), sedang menikmati kuih apam Kak Jah. Dr Che Rozid tu tak tahulah sedang makan apa. Hai Dr Bakri, takkan tengok saja? Banyak lagi kuih muih di atas meja tu sumbangan Puan Khaida, Dr Rusmidah etc...beginilah keadaan bilik aktiviti semasa kami rajin, tetapi ada juga masa meja tu kering kontang...terutama semasa time sibuk di hujung semester.
InshaAllah semua resipi yang sudah di cuba ini akan dimuatkan di dalam "Chemist Cookbook".....sabar menanti kedatangannya...may be kena suruh Dr Hasmerya publish..orang muda pasti banyak idea.

Friday, March 26, 2010

Jabatan Kimia Zaman Lama2


Sesi bergambar ahli Jabatan Kimia tetapi tidak pasti bila gambar ini diambil. Ahli yang baru2 tak ada seperti Rozid, Hasmerya, Bakri, Azah, Joajaizal atau mungkin juga mereka sedang cuti belajar. Yang sudah pencen ialah Dr Yusoff, Pak Audah, Tuan Haji Jamil dan Dr Asiah.

Bengkel SKT 2008


Ni dah lepas berbengkel sebab tu senyum manis semuanya.

Kek Kukus Pisang













KEK KUKUS PISANG (Khatijah)

Bahan:
2 cawan tepung gandum
¾ cawan mentega(cairkan dan sejukkan)
4 biji telur ayam
1 sudu the baking powder
1 sudu the baking soda
1 cawan gula
8 biji pisang emas

Caranya:
1. Pisang dilecek hingga lumat dan gaulkan dengan baking soda.
2. Tepug gandum diayak dengan baking powder.
3. Pukul telur dengan gula, masukkan mentega cair.
4. Kemudian masukkan tepung, gaul sehingga rata dan akhir sekali masukkan pisang
yang telah dilecek.
5. Kukus selama 45 minit menggunakan api yang sederhana.


KACANG POOL (Rugayah)

KACANG POOL (Rugayah)

Bahan:
1 kg daging cincang
4 tin kacang panggang
2 tin kacang peas (toskan airnya)
½ cawan kacang hijau
½ cawan kacang merah
1 packet rempah kurma
2 packet rempah beryani – (Sharifah)
15 ulas bawang merah
10 ulas bawang putih
2 inch halia
Garam
Serbuk perasa
Air secukupnya

* Kacang-kacang semua dikisar jangan terlalu halus. Kacang merah & kacang hijau direbus berasingan kemudian baru dikisar.

Bahan lain :
Roti
Telur goreng mata lembu
Limau Kasturi
Lada Hijau
Daun Sup & Daun Bawang
Bawang Goreng
Bawang Besar – potong dadu

Cara:
1. Kisar bawang putih, bawang merah dan halia.
2. Tumis bawang & halia yang telah dikisar tadi sehingga wangi.
3. Masukkan rempah kurma dan rempah beryani yang telah dibancuh dengan air. Tumis hingga garing.
4. Masukkan daging kisar dan biarkan daging masak dahulu.
5. Masukkan semua kacang yang telah dikisar tadi.
6. Masukkan air ikut anggaran jangan terlalu pekat atau terlalu cair.

* Sekiranya kurang rempah, boleh ditambah lagi tetapi perlu ditumis darat, baru dicurahkan dalam masakan. Kacang pool lebih sedap jika dimakan apabila dimasak semalaman.

CUSTARD PUDDING (Khaidawati)

CUSTARD PUDDING (Khaidawati)

Custard:
1 cup custard powder
6 cups water
Condensed milk to taste
1 can mixed fruit

Sauce:
1 tin evaporated milk
½ tin water
1 egg (separate yolk and white)
Sugar to taste
1 tsp vanilla

Method:
Stir custard with water.
Add in the condensed milk to taste.
3. Heat on the stove. Keep stirring until it thickens and bubbling.
4. Put into moulds and refrigerate.
5. For the sauce: Beat egg yolk with sugar and add evaporated milk + ½ can of water.
6. Heat the mixture but not boiling. Add vanilla.
7. Whisk egg white until stiff and add to the sauce.
8. Serve with mixed fruits

Wednesday, March 24, 2010

Ahlan Wasahlan


Assalamualaikum semua.
Ni nak try je ni. Baru je tadi, i had discussion with kak Oha utk wujudkan satu blog khas for ahli2 bilik aktiviti share their best recipes. So, I pun cuba-cuba la ni memblogkan diri. Hehe. Lps ni kita tulis lagi.